Enjoy !
"Jisung!"
"Jisung!"
"Park Jisung!"
"Apa!"
Yuri terkejut saat Jisung membentaknya. Mereka menjadi pusat perhatian satu kampus
"Kenapa kau ni."
"Aku kenapa? Kau tu yang kenapa!"
Yuri mula mengerutkan kening. Dia tak tahu punca lelaki itu bersikap dingin dengannya sejak kebelakangan ini
Anak mata Jisung langsung tertancap pada seorang lelaki di belakang Yuri. Dia menatap tajam Sungchan
Yuri menoleh ke belakang. Akhirnya dia faham punca lelaki itu bertingkah begini "Jisung..."
"Aku dah muak dengan kau, Yuri. Dari dulu sampai sekarang perangai kau tak berubah." Jisung meringis "tak cukup satu lelaki?"
Bughkk !
Jisung terduduk selepas menerima tinjuan keras dari Sungchan
"Amenda kau sial!"
"Kau tak berhak sakitkan hati Yuri."
Jisung berdiri dari duduknya memandang Sungchan dengan marah "Bodoh!"
Bughkk!
Lelaki itu membalas tinjuan. Semua yang menyaksikan itu berteriak ketakutan setiap kali tinjuan dilakukan
Yuri membatu di situ. Matanya mula mengalirkan air mata
"Kau kacau hubungan kitaorang, kau rampas dia dari aku!" teriak Jisung
"Aku tak pernah rampas dia! Kau yang tak reti hargai dia." Sungchan tak dapat menahan kesabarannya "DIA TOLAK CINTA AKU SEBAB KAU! BERJAM-JAM DIA TUNGGU KAU TAPI KAU TAK MUNCUL! DIA JATUH SAKIT SEBAB KAU! KAU BUTA, JISUNG!"
Jisung bagai ditikam dengan kata-kata itu. Keliru jika tindakannya sudah melampau atau sebaliknya
"KALAU KAU NAK CAKAP KAU PALING TERSAKITI DEKAT SINI, KAU SALAH! KAU TAK LAYAK UNTUK YURI!" sambung Sungchan buat Jisung terhenyak
Tak lama kemudian Yuri melangkahkan kaki pergi dari sana. Dia benar-benar tak sanggup mendengar pertengkaran itu. Hatinya sekarang sakit teramat mendengar kalimat Jisung. Buat kali kedua lelaki itu menyakiti hatinya
-To be continued...