Enjoy !
————Yuri gugup saat berhadapan dengan Jisung. Kalau dia terus begini bila mereka akan memulakan tarian
Akhirnya Jisung melilit tangannya ke pinggang gadis itu manakala tangan kanan bertemu dengan telapak tangan milik Yuri. Gadis itu terbata namun dengan auto automatik tangannya yang bebas diletakkan ke bahu lelaki itu
Jisung tersenyum tipis
(Illustration)
Pasangan itu mula bergerak pelan sejajar dengan alunan perlahan muzik diputar
"Yuri-ah."
"Eung ?"
"Yeppeuda."
Gadis itu mengangkat wajahnya menghadap Jisung.
Lelaki itu tertawa kecil "aku jujur ja."
"Ah, gomawo." balas Yuri dengan pelan
Jisung memandang gadis itu terang-terangan buatkan Yuri berdebar.
Tiba - tiba lelaki itu melepaskan lilitan tangan dan menariknya ke luar ruangan majlis tersebut. Gadis itu terkejut dengan tingkah laku Jisung
Mereka berada di luar, di taman Universiti itu ditemani angin malam buatkan suasana terasa romantik
Contoh lokasi
Yuri memandang tepat anak mata lelaki hadapannya"Yuri, a-aku..." Jisung tergagap-gagap buatkan gadis itu heran. Jangan-jangan...
"Jisung." sahutnya cepat "kau tak sejuk ka dekat luar ni."
"Waeyo ?"
"Sekarang dah malam-"
"Yuri, dengar dulu apa aku nak cakap."
Gadis itu gugup setelah tidak dapat berikan alasan lagi. Dia berharap Jisung tidak bercakap tentang apa yang dia fikirkan. Tak mungkin, bukan
"Aku nak jujur dengan kau." lelaki itu menarik nafas sebelum menyambung kalimatnya "aku masih tak dapat lupakan kau, Yuri."
Gadis itu meluaskan mata, betapa terkejutnya kata-kata yang difikir olehnya tadi diujar terus oleh Jisung.
"Kita-"
"Aku tak boleh, Jisung." potongnya cepat buatkan lelaki itu mengerutkan kening "aku malu dengan diri aku sendiri. Kau layak dapat yang lebih baik."
"Yuri-ah lupakan je la semua tu."
Gadis itu menggeleng kukuh "aku takut kalau aku mungkir janji lagi. Maafkan aku."
"Yuri.."
"Ramai lagi perempuan lain."
Kalimat itu buat Jisung rimas. 'Ramai perempuan lain' tapi hatinya hanya pada Yuri. Kenapa perempuan itu tidak faham akan perasaannya.
"Mesti kau suka dekat Sungchan tu kan."
"Apa kau cakap ni Jisung."
Lelaki itu berdecik "tch, aku tak faham la kau ni. Kenapa kau selalu mainkan perasaan aku ? Apa salah aku dekat kau ?"
"Jisung, maafkan aku atas peristiwa dahulu. Tapi sekarang aku tak pernah mainkan perasaan kau."
"Cara kau pandang aku sama masa kita bersama dahulu." Jisung memandang miris gadis itu. " Oh, maksudnya aku silap la ni."
"Jisung..."
"Banyak betul kan lelaki dalam hati kau. Tak da maruah langsung."
Ppak !
Tamparan keras dari gadis hadapannya buat Jisung kaku seketika
Tanpa bicara, Yuri terus pergi meninggalkan lelaki itu seorang diri sambil menahan tangis
-To be continued...