Enjoy !
Tap !
Tap !
Tap !
Tap !
Jisung berlari laju menuju ke taman tidak menghiraukan orang-orang di majlis itu. Lelaki itu gementar
"Yuri.." gumamnya
Matanya mencari-cari perempuan itu tapi tiada. Kemudian dia dapat panggilan telefon
"Renjun ?"
"Jisung. Yuri.."
.
.
.
"M-mana Yuri ?"
Minju terkejut mendapati Jisung berada di ambang pintu dorm mereka. "Jisung sunbae buat apa dekat sini?"
"Masukla dia dalam bilik." ujar Wonyoung yang baru saja keluar dari bilik sambil membawa bekas berisi air dan tuala kecil.
Jisung bergegas ke bilik
"Yuri.." lelaki itu terus duduk di katil berdampingan gadis itu. Kemudian tangannya mengusap rambut Yuri dengan lembut
Perempuan itu tersenyum pucat
"Maafkan aku." kata Jisung sambil meletakkan kepalanya di belakang tangan hangat Yuri. Perempuan itu demam panas sejurus dipaksa pulang oleh Sungchan.
"Gwechana." gadis itu megusap surai coklat rambut Jisung
"Aku lupa majlis ketua BEM harini. Kenapa kau tunggu aku."
"Kan kau yang suruh aku tunggu." balas Yuri terbatuk-batuk "bukan salah kau Jisung, jangan la nangis."
Lelaki itu mengusap air matanya sendiri melihat teman wanitanya jatuh sakit kerananya buatkan dia terus menyalahkan diri sendiri "biar aku jaga kau."
"Dah malam ni. Esok kan ada kelas."
"Esok skip je la. Aku tak boleh tengok kau macam ni sebab aku."
"Jisung, takkan kau nak tidur sini." Yuri tertawa canggung
Lelaki itu mengangguk. Respon itu buat Yuri melotot terkejut "Yaa, lelaki mana boleh duduk sini. Wonyoong dengan Minju ada jangan la risau."
"Tapi-"
"Esok kau datang balik." jelas Yuri sambil mengenggam tangan lelakinya
Jisung menatap wajah pucat gadis itu kemudian mendekatkan wajahnya. Satu kucupan lembut mendarat di bibir gadis itu buatkannya berdebar
"Saengil-chukahe, Yuri." parau Jisung kemudian keluar dari sana sebelum mengelus surai rambut teman wanitanya.
Perasaan kecewa Yuri terus menghilang selepas merasakan kucupan hangat itu.
-To be continued...