Enjoy !
————"Kau dekat mana Yuri ?"
"Aku dah nak sampai. Nanti aku inform balik."
"Ne, arasso." Wooyoung mematikan panggilan telefon. Gadis itu sedang menunggu rakannya bersama Minju. Malam ini para pelajar tampak sangat cantik mengenakan pakaian masing-masing bagi meraikan malam tari menari yang diadakan Universiti mereka.
"Minju-yah kau okay ke dengan Jaemin."
Gadis itu hanya membalas dengan senyuman
"Yah ! Jangan cakap yang.."
"Aku percayakan dia."
"Minju-"
Pada masa itu Yuri tiba. Kehadirannya sempat menarik perhatian para warga yang berada di sana. Kecantikan Kim Yuri malam itu buatkan ramai terkaku bahkan perempuan sekalipun.
Renjun juga terpaku
***
"Renjun-ah !"
"Eo ?"
"Kau tengok apa." tanya Chenle yang baru saja pulang dari tandas bersama Jisung
"Jisung, tu Yuri ke ?" tanya Renjun
Pemilik nama ikut melirik ke tempat yang dituju rakannya. Lelaki itu menatap Yuri lamat-lamat. Dia akui gadis itu sangat cantik sehingga tidak sedar jantungnya berdebar kencang. Jisung terpaku
***
"Wahh ! Yuri-ah ! Cantiknya kau !!" ujar Wooyoung
Gadis itu tertawa kecil "Kau pun apa kurangnya."
"Janganla puji-puji."
Saat asyik kumpulan gadis itu berbual, seseorang menghampiri mereka
"Minju."
"Jaemin ?"
Lelaki yang mengenakan suit hitam itu mengukir senyuman lebar.
"Aku pergi dulu. Bye." Minju mengundurkan diri, pergi bersama teman lelakinya
"Minju dengan Jaemin dah baik ?" tanya Yuri bingung
Rakannya mengangguk "aku tak faham la kenapa dia nak jugak pilih si Jaemin tu."
Yuri terdiam seketika "Jaemin tak layak ke dapat peluang kedua."