BAB 1

14.3K 257 6
                                    


     Thalia Hadira berjalan keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman yang melebar dibibirnya. Hari tersebut merupakan hari terakhir bagi Peperiksaan SPM. Tak sabar mahu pulang berjumpa bonda tercinta. Dia sudah bernekad, habis sahaja peperiksaan SPM, dia akan menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat cancer tiroid.

dia menyimpan alatan tulid di dalam beg sekolah yang berada diluar dewan, dia memusing ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil.

"Jom la ambik gambar. Nanti mesti dah susah nak berjumpa" syasya menarik lengan thalia ke arah dinding yang berlatar belakang hutan.

"Sudahla tu, banyak dah gambar kita. Aku nak balik, nak tengok ibu aku" kata thalia mendatar. Hati mudanya risau akan Hafizah yang sedang sakit dirumah.

Bapanya kahwin lain dan akan pulang sebulan sekali sahaja. Yang buat thalia berang, kini hampir 5 bulan mereka tidak berjumpa. Ibunya jatuh sakit sejak 5 bulan yang lalu, bapanya langsung tidak tahu perihal tersebut. Tiap kali fakhrul mahu pulang ke rumah, ibunya pasti memberi alasan bahawa mereka tiada dirumah. Katanya tidak mahu fakhrul mengetahui keadaan kesihatannya. Sekarang hanya kakak kakak dan abangnya sahaja yang menjaga hafizah.

"Weh sorry aku lupa. Takpe lah kau balik lah dulu. Esok lusa aku ingat nak melawat ibu kau" syasya memandang muka thalia lama. Kesian rakannya seorang itu.

Thalia tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia mendekati rakan rakannya dan memeluk mereka "tak tahu bila lagi kita boleh berjumpa. Aku harap korang semua berjaya dunia akhirat. Nanti jangan lupa aku tau"

Selesai sahaja berpelukan sesama mereka, thalia berundur dan melambai tangan ke arah mereka.

Dia berjalan ke arah pintu pagar sekolah. Sampai sahaja di laluan gajah menyusur, dia tersentak apabila melihat seseorang yang dikenali. Lelaki tersebut tersenyum manis sehingga menampakkan lekuk dipipi nya. thalia membalas senyuman itu.

Lelaki tersebut merupakan daniel. Daniel menaruh hati terhadapnya sejak awal tahun. Apabila dia mahu membalas cinta lelaki tersebut, dia dapati ibunya menghidap cancer tiroid. Dia lupakan hasrat tersebut kerana tak mahu membuang masa lapangnya. Dia mahu mengisi masa lapang dia dengan menjaga hafizah, bukan bercinta.

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now