BAB 58

476 6 2
                                    

      "KAN saya dah cakap. Doktor pun bagitau yang saya demam biasa je. Tak perlu pergi klinik pun. Baik saya makan panadol je" kata - kata Thalia mendapat jelingan dari Zayyan. Thalia terdiam. Mata memandang ke arah jalan dihadapaanya

"You nak makan apa ni?"

"Taknak la. Tak ada selera" jawab Thalia. Mata menandang pula ke arah Zayyan yang hanya tenang memandu. Masih kacak walaupun masih berbaju kerja dengan lengan dilipat ke siku. Urat - urat yang timbul di lengan itu menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.

"Harini seharian you tak makan kan?"

"Eh macam mana awak tahu?" Berkelip - kelip mata Thalia memandang ke arah Zayyan. Tak semena mendapat jelingan tajam dari lelaki itu.

"Habis tu i balik kerja tadi you cakap you tak bangun tu apa?" Kata - kata lelaki itu membuatkan thalia tersenyum malu

"Tak apa lah lagipun saya tak rasa nak makan"

"You jangan nak mengada lah Thalia. Nanti jatuh sakit menyusahkan i pulak. Cukup demam je. I malas dah nak cara nanti. Banyak kerja lagi i nak kena buat"

"Oh kiranya awak nak cakap bawak saya ke klinik ni menyusahkan awak la?" Tak semena Thalia merasa berang. Berkira kah Zayyan.

"You jangan nak cari pasal boleh tak? Suka sangat fikir bukan - bukan pasal i. Boleh tak dalam sehari tu you fikir baik - baik je pasal i?" Bengang Zayyan. Kereta diberhentikan di hadapan restoran. Handbrake ditarik dan pandangan dihalakan ke arah Thalia sekilas.

"Turun la. Yang you tengok je i dah kenapa? You rasa kenyang ke tengok i?"

"Taknak" thalia peluk tubuh memandang ke luar tingkap. Zayyan yang melihat menghembus kasar nafasnya. Hai lah isteri, nasib baik tengah tak sihat, kalau tak, tak ada masanya dia nak melayan.

"Okay Thalia, habistu you nak makan apa? Bagitahu i, kita pergi cari makanan yang you nak makan tu" pujuk Zayyan lembut.

"Saya tak ada kudrat nak berjalan. Kalau kita drive thru mcd je boleh tak? Saya nak makan bubur mcd je" jari jemari Zayyan dimain main. Nak bermanja! Bukan selalu suaminya berlembut denganya begitu. Sudah lama ya!

"MAKAN la. Tengok apa lagi?" Soal zayyan setelah bubur diletakkan di atas meja kopi diruang tamu. Mata memerhati ke arah Thalia yang elok bersandar di sofa.

"Suap kan boleh?" Terkelip - kelip mata Thalia memandang ke arah Zayyan. Mahu dimanjakan!

"You ni dah kenapa mengada sangat?"

"Alaa bolehla Zayyan. Dah lama sangat saya tak bermanja dengan awak" jawab Thalia sayu. Tubir mata tiba tiba sahaja bergenang membuatkan Zayyan mengetap kuat rahangnya.

"You ni memang mengada kan? Nasib baik you demam, kalau tak memang tak lah i nak melayan you" nafas dihembus kasar. Bekas bubur dibuka dan perlahan lahan disuapkan ke mulut Thalia. Thalia tersenyum dalam hati. Sesekali jemari kasar itu mengelap bubur yang comot dibibir gadis itu!

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now