PADA petang minggu itu, zayyan hanya bersantai sahaja di rumah sepanjang hari. Apabila maghrib hampir menjengah, barulah dia merajinkan dirinya mengadakan aktiviti. Membasuh superbike kesayangan!Kini sudah sebulan Thalia tinggal bersamanya. Setiap hari ada sahaja akal gadis itu mahu mengganggu ketenteramannya. Hubungan mereka sama sahaja. Masih dingin. Mereka juga kerap bergaduh jika membangkitkan isu pelarian Thalia Hadira.
Kepala ligat menayang semula aksi Thalia pada pagi tadi. Sakit hati apabila mengingatkannya. Sejak mereka tinggal bersama, gadis itu berkeras minta tidur sebilik. Bermacam alasan Zayyan bagi tetapi Thalia tetap berdegil. Setiap pagi apabila bangun dari tidur, pasti separuh tubuh gadis itu berada di atas dadanya dan tangan kecil itu elok terlentok di pinggang Zayyan.
Dia ingat lagi pagi tadi, bukak sahaja mata, dia lihat kedudukan gadis itu masih seperti biasa. Yang menjadi perbezaannya adalah mata gadis itu memandang tepat ke arahnya. Thalia tak tidur! Thalia merenung Zayyan yang sedang tidur
"You ni dah kenapa?" Soal Zayyan apabila dia lihat wajah itu hampir dengannya. Ditolak sedikit wajah itu tetapi Thalia tetap mendekatinya lagi. Zayyan menolak tangan yang berada di pinggangnya tetapi sama sahaja. Thalia berkeras.
"Thalia, you boleh lepaskan i tak? I ni nak pergi toilet. Tak ada masa nak bergaduh dengan you" pinta Zayyan senada. Jam didinding dikerling sekilas. 3:38 pagi. Gadis itu tak tidur kah?
"Sekejap. 5 minit. Macam best pulak peluk awak macam ni. Selalunya saya peluk dalam tidur, tak sedar apa - apa. Harini baru dapat merasa" jawab Thalia selamba. Sesekali dada yang tak berbaju itu dicium membuatkan bulu roma Zayyan meremang. Pagi - pagi begini Thalia sudah mencari pasal. Kalau imannya tak kuat, sudah lama dia terkam gadis itu.
Lamunan zayyan terhenti apabila dia merasakan sesuatu terkena belakang tubuhnya. Dia mengalih pandangan ke arah lantai. Tisu. Pandangan dialih pula ke arah Thalia yang sedang menongkat dagu di atas meja batu di porch rumahnya. Mata gadis itu terkelip - kelip memandang ke arahnya. Membuat muka comel. Zayyan mengetap kuat rahangnya. Gadis itu makin lama makin gatal! Menyesal dia ajak Thalia tinggal bersamanya. Niat awal mahu lindung gadis itu daripada Syaffiq tapi lain pula yang jadi.
"Hensemnya dia, basuh moto pun encem" miang Thalia. Zayyan hanya hiraukan sahaja usikan gadis itu. Tubuh bergerak membelakangi Thalia dan menggosok rim superbike.
"Dari belakang pun hensem jugak. Geram betul kita"
"Aww seksi. Untung badan dapat suami macam ni. Dahla hensem, seksi pulak tu" usik Thalia lagi apabila dia lihat Zayyan yang sedang memakai seluar tiga suku itu sedang bercangkung sehingga seluar lelaki itu ternaik sedikit melepasi lutut.
Zayyan tergelak sinis. Tak semena tubuhnya yang sedang bercangkung itu berdiri. Kain lap dilempar kasar ke dalam baldi yang berisi air sabun itu. Baru sahaja kaki mahu menghampiri Thalia, cepat - cepat gadis itu melarikan diri. Dia tau apa yang bakal terjadi jika dia berdiam diri disitu. Semestinya dia akan di smackdown oleh Zayyan! Bukan kali pertama malah berkali - kali dia pernah kena dengan lelaki itu. Ada sekali tu sampai berbunyi kuat tengkuk Thalia terkena dengan Zayyan. Puas beristighfar. Dia fikir tengkuknya sudah patah tika itu.
YOU ARE READING
ZAYYAN (E-BOOK)
Random"Kanopi apa pulak dekat luar tu?" -Thalia Hadira "Kenduri kahwin" -Fakhrul "amboi, takkan dah berumur pun masih nak kawin lain? Nak berapa orang isteri sebenarnya? Cukup cukup la tu" -Thalia Hadira "ayah memang dah cukup 2 orang isteri SAHAJA. Ayah...