BAB 51

308 7 0
                                    

     PINTU diketuk sekali dan dibuka dari luar. Zayyan yang sedang ralit meneliti dokumen, mengangkat kepala memandang si gerangan.

"Yes Nuha?" Soal Zayyan senada.

"Ada orang nak jumpa Encik Nail" jawab Nuha perlahan. Mata memandang tepat ke arah majikannya yang kelihatan penat. Dia tahu Zayyan penat, dia juga tahu macam mana sibuknya lelaki itu sejak kebelakangan ini.

"Saya dah cakap kan? Saya tak nak jumpa siapa - siapa harini. Saya sibuk. Saya nak kena siapkan kerja saya harini jugak" kata Zayyan lembut. Dahi turut berkerut memandang ke arah Nuha yang sudah seperti cacing kepanasan. Dah kenapa wanita itu berkelakuan begitu?

"Tapi..." Belum sempat Nuha menghabiskan ayatnya, pintu pejabat Zayyan dibuka semakin luas. Muncul wajah seorang gadis tersenyum manis ke arahnya. Tak semena nafas Zayyan dihela kasar. Tubuh juga disandarkan di kerusi kerja.

"You dengar kan apa yang i cakap tadi? i busy" kata Zayyan setelah dia lihat gadis itu dengan selamba melabuh punggung di atas kerusi berhadapanya. Mata juga dikerling ke arah Nuha yang sudah keluar dan menutup pintu pejabat.

"Ya saya dengar. Saya belum pekak pun lagi Encik Zayyan" jawab Thalia sarkatik.

"So?"

"Sotong.." jawapan yang keluar dari bibir munggil gadis itu membuatkan Zayyan mengetap kuat rahangnya. Kepala memandang ke kiri dan kanan, mencari barang yang sesuai untuk melemparkan ke arah gadis itu malangnya tiada.

"Tolong keluar dan tolong faham yang i busy. I tak ada masa nak melayan lawak bodoh you ni" kata - kata kasar yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan sekeping hati Thalia Hadira hancur. Bukan sahaja hancur malah remuk. Inikah balasannya setelah meninggalkan suaminya bertahun - tahun?

"Okay sorry sebab buat lawak bodoh. Saya datang sebab nak ajak awak makan je. Awak dah lunch?"

"Dah. i dah lunch" jawab Zayyan senada. Tangan sibuk membelek dokumen yang berada di atas mejanya. Sambung kerja dan pura - pura busy. Masakan dia boleh sambung kerja dengan tenang jika gadis itu berada di hadapannya tika ini.

"Yeke? Tadi Nuha cakap awak tak makan pun lagi. Kalau awak busy dan taknak keluar tak apa, biar saya yang turun sekejap belikan makanan untuk awak" kerusi ditolak sedikit sebelum bangun dari kerusi. Baru sahaja mahu melangkah, suara Zayyan menjengah pendengarannya.

"Tak perlu belikan. i tak lapar"

"Tapi nanti awak sakit macam mana?" Soal Thalia lembut. Mata memandang ke arah Zayyan yang memandang tajam ke arahnya.

"Excuse me? i salah dengar ke? Kalau i sakit sekalipun, you ada masalah ke?" Perli Zayyan

"Kalau awak sakit mestilah saya risau. Awak kan suami saya" kata Thalia serius. Mata bertentang dengan mata tajam milik suaminya.

Zayyan yang mendengar sudah tersenyum sinis. Punggung diangkat dari kerusi dan berjalan menghampiri gadis itu. Zayyan melabuhkan punggungnya di atas meja kerja yang berada di hadapan Thalia dengan tangan yang diseluk ke dalam poket seluar kerja. Kini kedudukan mereka rapat dan setentang.

"You risaukan i? Please Thalia Hadira. Just stop acting like you care sebab Thalia Hadira yang i kenal tak pernah sekalipun kisahkan pasal  makan dan pakai i. Thalia hadira yang i kenal tak pernah sekalipun ingat yang dia dah bersuami. Thalia hadira yang i kenal juga tak pernah..." Kata kata Zayyan terhenti apabila dia lihat wajah gadis dihadapaanya sudah berubah.

Rahang diketap kuat. Dia cuba menahan diri daripada menyakiti gadis itu. Dia tahu kata - kata nya sudah megguriskan sekeping hati gadis kesayangannya itu tetapi dia perlu juga. Dia perlu melepaskan apa yang terbuku selama bertahun - tahun.

"Zayyan, saya mintak maaf. Saya tahu saya salah. Saya bodoh sebab tinggalkan awak. Waktu tu saya tak matang lagi. Saya tak boleh berfikir waras. Saya tertekan sangat - sangat sebab waktu tu saya dapat mesej macam - macam dari Syaffiq" luah Thalia. Tangan zayyan dicapai dan dicium lembut.

Thalia menyesal.

Air mata yang tumpah, Thalia hiraukan sahaja. Tak semena tubir mata Zayyan juga bergenang. Dia menarik tangannya perlahan dan dimasukkan di dalam poket semula.

"kenapa you tak cerita pada i, Thalia? Kenapa you diam waktu you dapat mesej macam tu? Kenapa you langsung tak bagitau i? i Sedar - sedar je you dah pergi!"

"I nak tanya you, i ni siapa pada you?" Sambung Zayyan setelah dia lihat Thalia hanya berdiam diri.

"Thalia, you nak kemana tu? i tak habis cakap lagi dengan you!" punggung diangkat dari atas meja dan menghampiri Thalia yang sudah memegang tombol pintu

"Saya nak pergi" jawab Thalia tanpa memandang ke arah Zayyan. Air mata dilap sendiri. Tak semena dia terdengar tawa halus dari bibir lelaki dibelakangnya.

"Pergi mana? Kali ni berapa lama pulak you nak pergi? Berapa lama pulak you nak tinggalkan i? 5 tahun? 10 tahun? Atau you nak i mati dulu baru you nak balik?" Tangan digepal penumbuk. Kalau betul Thalia mahu meninggalkan dia, itu bermakna dia kalah lagi kali ini. Itu juga bermakna dia perlu melapaskan Thalia pergi kerana dia tahu dia bukan siapa - siapa dalam hidup gadis itu.

"Kenapa awak cakap macam tu? Kata - kata tu kan satu doa. Awak betul - betul nak mati ke?"

"Kalau macam ni gayanya baik i mati jela, Thalia" pandangan dipusing ke tepi apabila dia lihat Thalia sudah memusingkan tubuh memandang ke arahnya. Langkah Thalia menghampiri Zayyan dan kedua belah pipi Zayyan dipegang lembut. Mata memandang sayu ke arah Zayyan. Berbeza sangat wajah lelaki itu. Makin cengkung.

Tak semena air mata bergenang sekali lagi. Perit tekaknya menahan tangis. Kata - kata yang mahu diluahkan juga tak terkeluar. Tangan diturun dari wajah lelaki itu apabila Zayyan menepis lembut tangan itu.

"Balik Thalia. I busy. Jangan ganggu i"

Thalia tersenyum nipis mendengar ujaran lelaki itu. Mata memandang ke arah zayyan yang sudah berpusing menghampiri kerusi kerjanya.

"Baik, saya balik dulu. Waktu lunch saya pun dah nak habis. Nanti saya datang lagi" kaki melangkah ke arah Zayyan dan sebuah ciuman singgah di wajah lelaki itu. Lama. Melepaskan rindu buat si suami. Usai begitu, dia terus sahaja keluar dari pejabat milik Zayyan.

Zayyan mengetap kuat rahangnya. Tubuh disandar kasar pada kerusi kerja.

Sungguh, rindu itu berat.

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now