BAB 31

551 6 0
                                    

     Sampai sahaja di rumah, Zayyan terus menghempas kasar kunci kereta dan handphone di atas meja kopi. Dia memandang tajam ke arah Thalia dengan tangan yang mencekak di pinggang "I penat lah Thalia. Dari dalam kereta sampai dekat rumah you membebel, bingit tau tak!"

"Saya tak akan membebel kalau awak tak buat perangai, Zayyan. Kereta saya rosak tepi jalan, saya suruh awak ambik tapi awak cakap awak busy. Awak nak bincang something dengan adik awak. Saya okay, saya tak kesah. Tapi bila sampai dekat kedai, saya tak nampak pun mana adik awak, saya cuma nampak perempuan tu sahaja, Zayyan. Paling sakit hati, awak siap cakap awak sayangkan dia. Awak nak ikut dia ke Amsterdam" luah Thalia. Air mata yang bertakung sedaya upaya dia tahan. Tak mahu dilihat oleh lelaki itu.

"Thalia, please. I dah penat. Tiap kali bercakap pasal Dee, mesti kita bergaduh. I dengan Dee tak ada apa-apa pun. You je yang suka fikir bukan-bukan. You selalu cemburu tak tentu pasal" kata Zayyan bersahaja.

Thalia yang mendengar terus sahaja tersenyum sinis. Sakit hati mendengar kata kata-kata Zayyan. Kata kata-kata Zayyan berjaya menaikkan darah mudanya. Thalia bukan seorang yang baran, tapi dia tak boleh bila ada yang cuba untuk menyalahkan dia dan berusaha untuk nampak dia yang salah.

"Saya cemburu tak tentu pasal? Oh kiranya awak tahu la yang saya tengah cemburu sekarang ni! Kalau dah tahu, kenapa awak buat jugak Zayyan? Isteri mana je yang tak cemburu tengok suami dia layan perempuan lain macam tu? Kalau nak sangat dekat perempuan tu, pergi Zayyan, pergi. Awak hantar saya balik kampung. Dasar kaki perempuan" bentak Thalia kuat. Suaranya juga sudah naik seoktaf.

"Stop Thalia, i said stop!" Zayyan menepis kasar pasu bunga yang berada di tepinya sehingga pecah. Nafasnya turun naik menahan amarah. Matanya menikam tajam ke arah sang isteri.

"You dah melampau Thalia. I penat, you tahu tak? Please jangan ikut kepala you sangat. Kalau i cakap yang i tak ada apa-apa hubungan dengan Dee bermakna i memang tak ada apa-apa. Susah sangat ke you nak  faham? Stop cakap i kaki perempuan. I hate that. Kalau you nak sangat tengok i jadi kaki perempuan, i boleh je jadi. You jangan menyesal di kemudian hari. Waktu tu i akan layan you Macam sampah Thalia. Ingat pesan i baik baik" sebaik sahaja berkata, Zayyan terus keluar dari rumah. Dia tak boleh berlama disitu, risau dia tak dapat kawal amarahnya. Dia juga risau jika Thalia diapa apakan olehnya.

Thalia melihat kepergian suaminya. Hatinya sakit dengan kata kata Zayyan. Dalam masa yang sama, dia juga turut terkejut dengan jerkahan Zayyan, jika sebelum ini, Zayyan hanya cool sahaja. Tak pernah dia melihat Zayyan semarah itu tapi peduli apa, dia lagi sakit hati.

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now