BAB 45

337 6 0
                                    

     Zayyan hanya memerhati sahaja Thalia dari jauh. Dia mengetap rahang melihat Thalia dan Hariz yang sedang bergelak tawa. Sudahla cuaca sedang panas,  bertambah panas lagi apabila melihat isterinya sebegitu. Zayyan memeluk tubuh memandang ke arah pasangan itu. Dia cemburu.

"Boss, panas betul ya harini" tegur Nuha dengan senyuman. Bukan dia tak nampak pandangan maut majikannya itu.

"Memang panas, sekarang ni hati saya pun panas jugak. Terbakar rasanya" Zayyan membetulkan topi keselamatan yang berada dikepalanya.

Nuha yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. Hampir 6 tahun bekerja di bawah Zayyan, dia sudah kenal dengan perangai lelaki itu "boss, kalau cemburu tu pergi jela. Kalau boss duduk dekat sini pun tak boleh selesaikan jugak cemburu tu. Tak rindu ke nak peluk cium isteri tu?" Usik Nuha.

Zayyan yang mendengar terus menjeling wanita itu. Dia bergerak ke arah merpati sejoli yang sedang leka bergelak tawa bersama "Riz, kau tak payah nak buat drama tamil dekat sini. Aku panas ni"

"Sabar lah kejap. Kita tunggu pekerja binaan ni dulu. Mereka tengah rehat, kejap lagi mereka sampai"

Zayyan memandang ke arah Thalia, dia lihat isterinya itu juga sedang memandang je arahnya. Tak semena dia menjeling wanita itu. Tanpa berlengah, dia terus bergerak menuju ke tempat yang sedikit teduh. Otaknya masih ligat menayangkan drama tamil Hariz dan Thalia sebentar tadi. Dia cemburu. Sedang otaknya ligat menayanngkan drama itu, tak semena ada sebatang kayu terjatuh dari bangunan yang dilaluinya.

Bunyi tersebut menarik perhatian mereka yang berada disitu

"Boss" Nuha menghampiri Zayyan yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"Nail" Hariz menepuk perlahan pipi Zayyan. Thalia yang melihat sudah terkaku. Tak tahu mahu memberi reaksi apa. Dia terkejut.

"Thalia, tolong bukakan pintu kereta saya" Hariz menghulurkan kunci keretanya kepada Thalia dan mencempung sahabatnya itu.

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now