• dua •

27 3 0
                                    

   BUNYI yang tidak terlalu bising dan tidak terlalu senyap menyentakkan diri ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   BUNYI yang tidak terlalu bising dan tidak terlalu senyap menyentakkan diri ini. Tetapi bukan itu punca aku tersedar dari tidur.

   Bau ubat-ubatan. Ah! Dipendekkan cerita, bau hospital. Aku benci bau ni. Berkerut-kerut dahi aku cuba untuk menolak bau itu dari terus melekat di rongga hidung.

   Rasa seperti mahu mencabut semua bulu yang membantu daya pernafasan dan deria bau aku tika ini. Tapi aku tahu, memang mustahil.

   Kepala dipegang secara lembut oleh tangan sendiri.

   "Huh?" Hanya itu yang terpacul di bibirku saat merasakan kepalaku tidak mempunyai sebarang balutan. Aku masih belum hilang ingatan untuk ingat detik hitam yang berlaku di dalam pesawat.

   "Nonsense. Kalau tu semua mimpi kenapa aku dekat hospital?" Seolah-olah bertanya dengan angin kosong, tiada siapa yang dapat menjawab pertanyaan aku.

   Tanpa melengah, aku mengangkat punggung dari katil yang dari tadi menjadi tempat pembaringan aku. Kaki laju mahu melangkah keluar bilik.

   Tetapi ada sesuatu yang menghalang. Kanula yang mencucuk belakang tapak tangan dipandang beberapa saat sebelum mataku dilarikan perlahan ke arah sepaket cecair IV yang elok tergantung pada sebatang besi yang menampungnya.

   Apa benda ni? Haih, menyusahkan. Langsung kanula yang mencucuk itu ditarik agak kuat sambil-sambil aku menggigit bawah bibir menahan sakit untuk mencabut jarum yang sudah mencucuk urat saraf di tangan ini.

   Ada sedikit darah mula keluar dari kulit yang dicucuk dengan jarum itu tetapi aku hanya menekap dengan baju merah cerah yang dipakai sekarang.

   Kali ini, langkah laju diatur keluar dari bilik. Kaunter yang berdekatan dihampiri. Entah aku pun tidak pasti sama ada itu kaunter farmasi atau kaunter pertanyaan. Yang penting, tujuan aku ke sini hanya satu.

   "Hari ni berapa hari bulan? Hari apa? Bulan berapa?" Tanpa berkias mahupun teguran sopan, aku menerjah ke arah beberapa orang jururawat yang sedang bertugas di kaunter itu.

   "Eh, cik? Mana IV drip? Cik tanggalkan ke?" Salah seorang jururawat di situ bangun dari duduknya seraya melihat ke arah tanganku yang sudah bebas dari segala air yang disoal dia itu.

   "Answer me first, can you?"

   Semuanya terdiam sambil memandang wajah sama sendiri. Aku berkerut memandang mereka yang terkulat-kulat mahu menjawab pertanyaan yang jika disoal pada budak 5 tahun, mereka juga tahu bagaimana mahu menjawab.

   Aku yang bertanya dahulu, jadi jawapan aku perlu diberi dahulu barulah aku menjawab soalannya yang baru menyusul tadi. Adil kan? Semestinya.

   "Hari ni Selasa, 17 Disember, Cik Helena." Kali ini seorang jururawat yang berbadan sedikit gempal pula menjawab. Bagus, bukan susah pun untuk jawab.

SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now