• empat •

17 3 0
                                    

<third point of view>

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<third point of view>

   SEKEPING duit kertas Malaysia berwarna oren dihulur kepada pemandu teksi yang membawanya dari pagi hinggalah ke malam sebegini.

   Dari hospital, ke pusat pertukaran mata wang, ke rumah seorang wanita yang tak sedar diri dan akhir sekali... Rumah apartmen milik arwah ibunya.

   "Dik oi... Manalah cukup 20 ringgit ni. Pak cik bawa awak dari pagi tadi sampai malam ni. Boleh dikira sehari ni penumpang pak cik seorang je, awak la tu orangnya."

   Dhea tersentak dengan kata-kata rungutan daripada lelaki tua yang duduk di tempat pemandu. Matanya tajam memandang wajah tua dihadapannya itu melalui cermin pandang belakang kereta teksi.

   "Tak cukup? Pak cik nak berapa? Seribu ringgit? Baru 3-4 tempat saya pergi. 20 ringgit pun tak cukup? Malaysia memang macam ni ke?"

   Kini, lelaki itu pula yang tampak begitu terkesima dengan balasan yang dilontarkan daripada penumpangnya yang satu ini. Dia menghembuskan nafas keluhan. Bekerja sebagai pemandu teksi hampir 10 tahun ini membuatkan dia mudah membaca situasi setiap penumpang yang menaiki teksinya.

   Sudah terbiasa kata orang.

   "Cik adik ni mesti dari luar negara, kan? Malaysia sekarang semua benda dah naik harga. Awak kena faham benda macam ni. Negara yang tengah nak meningkat maju, kan?" Tenang saja lelaki itu menerangkan.

   Dia dapat meneka situasi Dhea pun hanya kerana gadis itu bercakap Melayu dengan sedikit pelat dan perangainya seolah-olah baru berada di Malaysia selama sehari dua.

   "Cihh," Dhea berdecit menyampah. Gamaknya banyak lagi perkara yang dia perlu belajar tentang tempat lahirnya ini. Inilah impaknya apabila dapat menetap di dalam negara sendiri hanya selama lima tahun. Selebihnya hanya menghabiskan masa di negara orang.

   Atau perkataan lebih tepat, bersembunyi di negara orang. Menyedihkan.

   Sekeping duit kertas bernilai RM50 dihulur.

   "Teksi yang saya kenal cuma pak cik seorang je. Ada nombor telefon? Saya tak nak berurusan dengan ramai orang."

   Usai menerima kad khas yang tertera nombor telefon dan nama seorang lelaki yang diyakini nama pemandu teksi itu, Dhea mengangkat tangannya sekilas ke arah teksi yang ingin berlalu pergi, tanda terima kasih.

   Kad itu disematkan ke dalam beg tangan hitamnya. Badannya kini ditoleh ke belakang, menghadap bangunan gah yang masih terlihat cantik walaupun hakikatnya bangunan itu sudah berdiri lama hampir 20 tahun.

   Rumah yang memang dibeli oleh Melina sejak Dhea berusia 5 tahun dan wanita itu memang berniat mahu memberikan rumah itu kepada anak tunggalnya ini.

   Hari ini, buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke rumah yang telah menjadi haknya. Nafas dihembus keluar dengan perlahan.

   Harapnya di sini dia dapat memulakan hidup baru walaupun hakikatnya orang-orang yang mengejar dirinya masih berada di negara yang sama iaitu Malaysia.

SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now