• satu •

33 4 0
                                    

SEMPADAN UDARA (LAUTAN HINDI)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEMPADAN UDARA (LAUTAN HINDI)

   AKU memandang ke luar tingkap pesawat bernama Aegean Airlines yang dinaiki tika ini. Pesawat terkenal negara Greece.

   Memandangkan tempat duduk yang dipilih bersebelahan tingkap, ia memudahkan aku untuk melihat pemandangan indah di langit yang jarang-jarang semua orang dapat melihat secara dekat sebegini.

   Tidak semena-mena, bibirku mengulum senyuman kecil. Mana tidaknya, setelah beberapa tahun bermastautin di negara orang, akhirnya kini aku pulang juga ke negara yang dikatakan ‘hujan batu’ itu.

   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Itulah peribahasa yang aku semat sedalam-dalamnya di dalam kotak fikiran.

   Tidak kira betapa seronoknya negara luar, dihujani salji yang sejuk hingga ke tulang hitam tetapi tetap cantik dipandang dan juga musim panas yang tidak mungkin ada di negara yang menjadi tempat kelahiran aku...

   Tetapi, aku tetap selesa berada di negara sendiri, tidak merasa diri ini orang luar sebaliknya akulah warganegara negara tersebut. Ada hak keistimewaan yang tersendiri seperti mana tokoh-tokoh terdahulu memperjuangkan untuk negara Malaysia yang kini.

   Ya, aku lahir di Malaysia.

   Keluhan ringan dilepaskan perlahan. Senyuman yang tadi hanya terukir nipis terus lenyap begitu sahaja. Badan kini diregangkan sedikit.

   9 jam.

   Selama 9 jam itu juga aku hanya berada di dalam kapal terbang ini. Kira-kira perjalanan dari Greece ke Malaysia mengambil masa 11 jam. Dua jam lagi, aku akan tiba di lapangan terbang KLIA.

   Di dalam pesawat ini pula, ada masanya aku tidur. Ada masanya ke tandas. Dan ada masanya aku termenung sendirian dengan nasib hidupku selama ini dan untuk masa depan yang aku tidak dapat jangka apa akan berlaku.

   Mata diliarkan ke sekeliling. Satu-persatu manusia yang berada di dalam pesawat ini menjadi pemandangan aku sekarang.

   Ada beberapa orang rakyat Greece, ada juga beberapa orang rakyat Malaysia. Mungkin mahu melancong dan pulang ke tanah air? Sama seperti aku, pulang ke tanah air. Mungkin.

   "Good morning, Miss."

   Aku tersentak sebelum pandangan mata beralih ke atas, mendongak melihat seorang pramugari yang bertugas sedang memegang dulang yang elok tersusun beberapa buah cawan kertas.

   "Ti eídous potá thélete? Kafés í zestí sokoláta? (What kind of drinks do you want? Coffee or hot chocolate?)" Soalnya dengan penuh ramah seperti mana semua pramugari dan pramugara diajar.

   "Zestí sokoláta, parakaló. (Hot chocolate, please.)"

   Lantas itu, secawan berisi air coklat panas yang masih berasap itu diberikan kepadaku. Hanya senyuman diberi menjadi tanda isyarat 'terima kasih' daripada aku.

   Cawan yang masih panas itu sengaja dipegang di tangan agak lama, mahu mendapatkan kehangatan. Maklumlah, hidup sendirian takkan lah pula mahu pegang tangan orang lain untuk memberikan kehangatan, kan?

   Setelah menyangka bahawa air coklat itu sudah sejuk sedikit, dengan lafaz Bismillah terus aku meneguk sehingga habis licin.

   Lega. Ini juga dikira sebagai alas perut untuk pagi ini. Sebelum menaiki pesawat pukul 11 malam semalam, aku hanya ambil beberapa biji kacang dan sebiji epal sahaja sebagai makan malam.

   Badan diangkat untuk berdiri sebelum badan ini juga dikalih memandang ke arah belakang, di mana terletaknya tandas. Pantas kaki melangkah ke tempat yang menjadi tujuan utama.

   Satu tong sampah dengan material logam bersebelahan pintu kecemasan lebih menarik perhatian aku. Secara automatik, tanganku membuang cawan kertas yang sudah ronyok.

   Dan serentak itu juga, badanku secara tiba-tiba terhuyung-hayang. Langsung tidak dapat diimbangkan. Pelik. Memang pelik!

   Aku langsung tidak berasa pening atau sakit kepala, tetapi semuanya terasa bergoyang di pandangan aku. Beberapa saat kemudian, jeritan daripada para penumpang yang lain sedikit demi sedikit menyedarkan aku apa yang akan berlaku sebentar lagi.

   Mataku dilarikan ke arah mereka, ada yang sudah jatuh terjelepuk di atas lantai pesawat. Ada juga yang sedang berpelukan sesama sendiri sambil mata tidak henti-henti merembeskan cecair masin masing-masing.

   Aku?

   Hanya berdiri tidak berapa tegak kerana badan masih lagi terhuyung-hayang namun otak dan akalku masih tidak dapat menangkap situasi sekarang.

   "Cik! Jangan berdiri dekat dengan pintu tu!" Seorang pramugari tiba-tiba menjerit ke arahku dengan berbahasa Greek. Dia maksudkan pintu kecemasan itu.

   Kenapa? Kenapa aku seolah-olah dipukau dan tidak dapat berfikir apa yang patut dilakukan sekarang?

   ZASS!

  Sekonyong-konyong tanganku yang berlapik baju berlengan panjang ditarik sedikit kasar oleh seorang lelaki berkot hitam dan berbadan tegap.

   Wajah bengisnya menyentakkan aku. Tak... tak mungkin. Kenapa sampai ke sini dia mengejar aku?

   "No! Lepaskan aku!" Sambil berbahasa Melayu, aku cuba meleraikan pegangannya yang kuat itu.

   "Aku tak boleh biarkan kau mati. Kau satu-satunya waris yang ada. Paling tidak, kau seorang yang akan selamat dari kemalangan ni." Dengan tenang dan tegas dia menerangkan satu-persatu perkataan walaupun pesawat ini tidak lama kemudian akan terhempas hancur.

   Aku juga akan mati. Sangat pasti, ke mana lagi aku mahu mengelak?

 Sangat pasti, ke mana lagi aku mahu mengelak?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now