• lima •

12 1 0
                                    

TRUST no one!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TRUST no one!

Serentak itu dahi Dhea berkerut hebat tatkala ada satu suara wanita yang keras memberi amaran muncul di sudut memorinya.

Jangan percayakan sesiapa. Itu adalah nasihat dan amaran daripada seorang wanita yang pernah bersama-sama dengan Dhea sewaktu di Greece.

"Maia..." Seakan luar tindakan, Dhea menyebut nama wanita itu. Subconsciously.

"Who's Maia?"

Tersedar. Dhea baru tersedar bahawa sekarang dia masih lagi bersama lelaki asing yang tidak pernah dikenalinya itu.

Syaf mengangkat kening sebelahnya. Masih mahu tahu siapa Maia yang disebut Dhea sebentar tadi.

"Looks like it's your business?" Penuh sarkastik Dhea menjawab pertanyaan Syaf yang langsung tidak memberikan jawapan tepat seperti diinginkan Syaf.

"None of mine. Saja nak tahu."

"Saja nak tahu? Like I know who you are? Kau stranger, takkan senang-senang aku nak bercerita? Huh."

Mereka terdiam beberapa saat. Syaf memandang Dhea. Tetapi Dhea langsung tidak memberikan sebarang pandangan ke arah Syaf. Kepalanya hanya tertoleh ke kiri.

"Ni sampai anjing menyalak esok pagi baru nak lepaskan aku ke macam mana?"

Perlahan-lahan Syaf melepaskan tangannya daripada terus menggenggam erat kedua-dua pergelangan tangan Dhea yang cuba melawannya tadi.

Dhea bangun dari duduk di atas lantai itu. Tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata, kakinya dihayunkan ke tingkat bawah. Ingin mengambil begnya yang sudah ditinggalkan seperti tidak bertuan itu.

"You're unbothered."

Suara garau Syaf berjaya menghentikan pergerakan kakinya. Dhea menoleh dengan kening yang diangkat. Terasa malas mahu bercakap itu sangat berkuasa di dalam dirinya kini. Terlalu penat.

"Kau langsung tak respon apa-apa bila aku cakap aku dihantar bukan untuk bunuh kau?"

Dhea menarik nafasnya sedalam mungkin lalu dilepaskan panjang.

"You, kid. I don't trust you. At all."

×××

BUNYI langsir yang lembut beralun dan terkena pada almari kecil sebelah pintu balkoni membuatkan mata berat Dhea terbuka kecil.

Pancaran cahaya matahari tepat tepat menusuk ke kornea matanya. Secara drastik Dhea menutup matanya semula dengan kuat. Memang betul-betul tindakan luar kawalan.

Tidak lama kemudian, matanya dibuka semula dengan luas. Dia menghela nafas panjang.

Nampaknya malam tadi dia terlupa menutup pintu balkoni. Akibat mata yang penat tapi tidak dapat tidur, maka dia membuat keputusan untuk mengemas rumah yang sudah lama ditinggalkan itu.

SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now