• tujuh •

16 2 0
                                    

    PINTU utama rumah apartmen itu ditutup rapat sebelum dikunci

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    PINTU utama rumah apartmen itu ditutup rapat sebelum dikunci. Setelah memastikan pintu itu telah dikunci, terus kakinya dihayun melangkah pergi.

   "Adreena. Letak beg tu."

   Serentak dengan suara tegas itu, kakinya berhenti daripada terus meneruskan langkah. Badannya kini betul-betul berdiri di hadapan sebuah rumah apartmen yang hanya bersebelahan dengan rumahnya.

   Dhea berkerut dahi seketika. Bergaduh suami isteri?

   Mungkin.

   Malas mahu mengambil tahu, kakinya setapak melangkah untuk berlalu ke arah lif.

   "Adreena Sofia! Boleh tak kau dengar cakap aku sekali ni je?" Suara lelaki itu sekali lagi mengherdik bagai tiada hari esok.

   Sekali lagi juga kaki Dhea terhenti. Entah apa yang menghalangnya daripada terus pergi dari situ. Dia bukannya sejenis manusia yang suka masuk campur dalam urusan orang lain.

   Pernah dengar, 'ignorance is bliss'? Bermakna sungguh pepatah itu kalau difahamkan betul-betul. Untuk keselamatan diri sendiri pun iya juga.

   Bayangkan kau masuk campur urusan organisasi jenayah terancang? Tahu-tahu dah dikerat 14 sebelum dicampak ke gaung. Atau laut?

   Depends, dengan siapa kau sibuk campur tangan.

   Dhea menghela nafas berat. Ikutkan hati mahu saja dia berhambus dari situ dan teruskan tujuan asalnya untuk ke kedai serbaneka di bawah.

   Setapak dia berundur ke belakang dan perlahan-lahan badan dipusingkan menghadap pintu rumah yang masih tertutup rapat itu.

   Dhea berdecit perlahan, "Kot iya pun nak bergaduh, carilah hutan ke apa. Dalam rumah juga jadi tempat bertekak. Tak sedar diri hidup berjiran."

   Tidak sampai sesaat, pintu itu terbuka sedikit. Dhea yang perasan terus mengundur beberapa tapak ke tepi. Dipendekkan cerita, dia kini sudah berdiri di hadapan pintu rumah sendiri.

   "Kau nak aku dengar cakap kau sekali ni je? Habis, selama ni aku pekakkan telinga ke? Aku dengar setiap arahan kau, tahu? Tolonglah, aku tak sanggup dah tinggal dalam rumah ni. Dengan kau. Hidup aku rasa tak bebas!"

   Masih tiada sesiapa yang keluar dari rumah itu. Dhea masih lagi berdiri tegak dengan tangan yang memeluk tubuh.

   "Ini untuk keselamatan kau juga." Lelaki itu bersuara dengan nada yang lembut. Cuba memujuk mungkin.

   "Keselamatan. Keselamatan. Keselamatan! Tak ada alasan bodoh lain lagi ke yang kau boleh bagi?"

   "Okey! Kau keluar dari rumah ni, aku tak akan jaga kau lagi lepas ni, Adreena. Kau rasa kau dah besar boleh jaga diri sendiri, kan? Go on! Keluar."

   Spontan kening sebelah Dhea terjungkit naik.

   "Yes. Aku tak perlukan kau lagi untuk jaga aku. Terima kasih sebab bebaskan burung yang kau dah simpan berbelas-belas tahun ni."

SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now