• tiga •

20 3 0
                                    

   KAKI dipasak kemas menghadap sebuah rumah banglo yang tidak kurang mewahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   KAKI dipasak kemas menghadap sebuah rumah banglo yang tidak kurang mewahnya. Rekaan moden dan ala-ala English design itu menjamah ruang mata.

   Loceng rumah berhampiran pintu ditekan sekali. Malangnya, tidak mendapat sambutan.

   Baru saja tangan ini mahu naik menekan loceng itu sekali lagi, kelihatan tombol pintu seakan dibuka dari dalam. Wajah yang tenang setia dipasang sejak dari tadi.

   "Siapa..." Kata-kata wanita separuh abad yang berada di hadapanku terhenti meleret selepas dia menilik diri ini beberapa saat.

   "Saya ganggu Mak Andak ke?" Soalku penuh kelembutan. Tiba-tiba sahaja wajahnya yang agak keliru itu bertukar sinis sekelip mata selepas mendengar soalanku.

   Sambil memeluk tubuh dia berkata dengan lagaknya yang dari dulu tidak diubah, "Ingatkan dah mampus dekat negara orang sana. Sihat sempurna pula kau ke sini ya?"

   Tanpa sedar kepalaku tertoleh ke kiri sedikit dengan senyuman senget terukir dibibir tanpa dipinta. Pissed off!

   Wajahnya yang sedikit berkedut itu dipandang semula. Kali ini, tiada secalit senyuman menghiasi bibir ini.

   "Aku datang nak tuntut hak mak aku. Kalau tak ada tujuan, rumah kau ni... Aku jeling pun tak ingin." Dingin saja suaraku menyapa gegendang telinganya. Hilang sudah gelaran saya, memang wanita ini tak layak dihormati nak buat macam mana?

   Dia menoleh ke dalam ruang rumahnya sebelum keluar menghampiri aku. Pintu rumah kayu itu ditutup rapat. Aku terus mengundur ke belakang setapak. Tolonglah, tak mahu aku berdekatan dengan dia.

   "Hak apa kejadahnya? Lepas mak kau mati, hubungan kau dengan keluarga ni dah tak ada apa-apa. Tak faham bahasa ke?" Dengan bersahaja dia membalas bersama wajah yang berlagak. Mahu saja aku benamkan muka itu ke dalam tanah, sedalam-dalamnya!

   Riak wajahku masih sedaya-upaya ditenangkan. Tidak mahu bertekak mulut dengan manusia sebegini. Aku ke dia yang tak faham bahasa? Aku pun tak tahu la orang tua ni.

   "Kesiannya, tak belajar agama ke Mak Andak? Aku ni jahil juga bab agama tapi agak-agak la. Harta wasiat Melina tu dah tertulis namanya Dhea Khayra, satu-satunya anak tunggal dia. Bukannya untuk Marisa sekeluarga. Siapa yang tak faham bahasa sekarang ni ya, Mak Andak?"

   Ergh! Mahu saja aku meludah liur yang barusan tadi menggelarkan dirinya Mak Andak dan menyebut namanya. Jijik!

   "Harta apa, huh? Bagitahu aku harta yang mana satu?" Dengan nada geram Marisa menyoal. Jelas giginya diketap rapat membuatkan rahangnya sedikit bergerak.

   "Itu la kan. Terlalu banyak harta yang dirampas lepas kematian Melina, sampai terlupa mana satu yang sepatutnya jadi hak mutlak anak si mati tu..."

   "Cakap terus terang boleh tak, perempuan? Jangan sibuk nak menyindir aku!" Tangannya sudah pun naik mencengkam rahangku. Semakin lama semakin terasa kuat cengkamannya itu.

   Aku memandang wajah Marisa tanpa sebarang reaksi. Tangannya yang dari tadi mencengkam ditepis kuat ke tepi. Bahagian rahangku disapu sedikit. Jijik dengan pegangannya.

   "Tahu pula terasa? Macam ni la, aku malas nak buat kecoh dekat rumah buruk kau ni. Entah-entah proses pembinaan pun guna duit peninggalan mak aku yang bukan untuk kau,"

   "Kau!"

   "Kunci apartmen. Mana kunci apartmen mak aku yang sepatutnya jadi hak aku?" Tanpa pedulikan kemarahannya, terus aku menyatakan tujuan utama aku datang ke sini.

   Marisa terdiam beberapa saat. Sebelum dengan lembut dia bersuara tetapi matanya tepat memandang ke arah mataku. Tajam. Seakan pisau yang baru diasah, sedia untuk menikam mangsanya.

   "Dhea... Dhea... Tak apa. Kali ni, aku lepaskan harta yang satu tu aje dekat kau. Memandangkan wasiat mak kau ada tertulis apartmen tu atas nama kau, kan?"

   Tanpa teragak-agak aku mencengkam lehernya. Semakin lama, semakin kuat cengkaman itu tanpa aku sendiri sedar. Mata aku juga tidak kurangnya menikam dengan dalam anak matanya.

   "Sampai bila nak jadi bodoh, Marisa? Hak aku bukan takat satu tu je. Banyak lagi. Agaknya macam manalah hidup kau selama ni? Tenang ke tak lepas makan harta anak yatim piatu?"

   "Bahagia. Tenang. Hidup aku kau tak payah sibuk. Lepas!" Dengan kuat dia menepis tanganku yang mencengkam lehernya sejak tadi.

   Aku tersenyum. Tidaklah sehingga mataku mengecil. Cukup sekadar segaris senyuman, yang pastinya tidak ikhlas.

   "Sebab balasannya bukan dekat sini, Marisa."

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

SECRECY [HOLD ON]Where stories live. Discover now