"Kalau aku tak kutip kau. Ambik kau jadi awek aku. Kau ingat ada ke laki nak kat kau? Sedar diri kau tu sikit. Badan dah macam peti ais dua pintu. Heh! Malu la aku. Setiap kali bawak kau keluar. Malu. Kau tau tak?"
Pedas! Kasar!
Cacian yang dia lontarkan kepada aku.
Air mata yang bertakung di kelopak mata, sedaya upaya aku tahan dari mengalir.
Aku penat menangis.
Penat mengalah.
Kali ni. Biar dia pula yang rasa.
Aku mengumpul kekuatan dalam dada.
Aku memejamkan matakan beberapa saat.
Ada setitis air mengalir di pinggir pipi.
Nafas ku atur.
Aku membuka semula mataku.
Aku menayang sengihan di hujung bibir.
Mata ku berubah dingin. Sedingin ais.
Ada panahan yang menikam terselit aku lontarkan padanya.
Dia kaku. Terkejut dengan perubahan ku yang mendadak dingin.
Walaupun di bibir terpamer sengihan. Tapi ianya amat menakutkan bagi mata yang memandang.
Ditambah pula dengan pandangan mata yang menikam ke ulu hati.
Membuatkan Haikal kaku. Kejung. Tiba² peluhnya merenek mengalir di pinggir pipinya.
"Kau lupa ke? Kalau bukan sebab aku. Kau dah lama merempat kat tepi jalan. Makan mengutip dalam tong sampah.
Sedarlah diri tu. Mak bapak kau pun tak pernah ambik peduli pasal kau.
Kalau bukan sebab aku mengenangkan jasa kau selamatkan aku dari mangsa rogol.
Tak hingin aku nak terima kau jadi pakwe aku.
Kau fikir. Selama ni aku couple ngan kau, aku happy ke?
Dengan perangai toxic kau! Kaki merempit! Kaki pau! Pemalas! Muka bajet korea.
Kau rasa aku hadap sangat ke dengan kau?
Ayat kutip yang kau selalu guna kat aku selama ni. Aku telan. Sebab mengenangkan jasa kau selamatkan aku ja.
Kalau tak. Tak hingin la aku nak hadap perangai bangang kau ni.
Ayat tu sepatutnya aku yang gunakan untuk kau.
Kau memang sampah yang tak boleh dikitar semula.
Sampah masyarakat!
Menyusahkan hidup aku!
Kau ingat aku ni apa? Anak Zety aziz ke? Kerja sign duit bagi kat kau.
Kalau kau nak duit. Pergi kerja la. Pemalas!
Menyesal aku terima kau.
Lebih baik single la. Dari ada pakwe toxic macam kau."
Berjela aku memaki dia. Memulang paku buah keras yang pernah dia gunakan untuk aku.
Selepas puas memakinya. Aku pergi meninggalkan dia di situ.
Sudah 8 tahun masa berlalu. Perhubungan aku dengan Haikal membuatkan aku menutup rapat pintu hati aku buat mana-mana lelaki.
YOU ARE READING
Black Rose
RomanceAwin. Gadis introveted yang berjiwa tiga suku masuk air. Seorang yang berbadan chubby tapi comel. Menolak berpuluh-puluh pinangan yang mampir untuk mempersuntingkan dia. Menolak untuk berkahwin. Disangkakan kerana trauma masa lampau membuatkan d...