4. Nikah

320 3 0
                                    

Awan pov

Time cegini pulak la kau nak mogok pon. Bangang la.

Aku membuka bonet kereta aku.

Dah lewat kut. Mana la ada pomen nak mari repair.

Bebel aku dalam hati.

Dah nak dekat 30 minit jugak la aku selak-selak benda yang ada dalam bonet kereta aku ni.

"Boss! Cari apa tu? Kemain lagi menyelak benda alah tu. Ada wayar tercabut ke?"

Terkejut beruk aku. Terlompat jugak la aku kat situ.

Budak tu boleh lak bantai gelakkan aku.

"Sorry²

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sorry²..." Sambil menyembunyikan gelak nya apabila aku memandang dia tak puas hati.

"Kau asal baru turun? Dah siap ke kerja kau?"

"Haaa... Dah. Nak balik la. Tak kan pulak nak menapak khemah kat pejabat. Bantal bushuk saya dah memanggil tu ha, dalam bilik." Balasnya.

"Tunggu apa lagi? Pergi ah balik." Halau ku.

Kang datang pencegah maksiat. Tak ke naya aku.

Dah la kawasan ni 'the most wanted port' diaorang buat projek. Kat belakang lorong tu, ramai yang sedang menanti pelanggan.

"Nak saya tolong ke? Macam ada masalah ja dengan kereta boss ni."

"Kau tau ke macam mana nak repair kereta?" Tanyaku.

"Hurmm.. Tak la tau sangat. Tapi kalau setakat tengok² tu boleh la. Dulu saya ambil course mekanikal. Tapi mak ayah tak restu la plak saya kerja mekanik. So, terpaksa la ambil double course. Tu yang tetiba leh jadi engineer tu." Balas budak tu.

"Haaa.. Try la tengok. Aku dah ngantuk ni."

Dia datang ke arah ku. Aku melangkah menjauhkan diri. Memberi ruang kepada dia untuk menelek kereta aku.

Dia selongkar sana sini sikit. Lepas tu dia suruh aku try hidupkan enjin.

Aku pun buka pintu kereta. Cuba hidupkan enjin.

Zzzrrr...

Hah. Hidup.

Terpana aku seketika.

Pandai jugak minah ni repair kereta.

Dia menutup bonet kereta aku. Dan terus blah dari situ.

"K la boss. saya blah dulu. Babai." Dia terus berlalu pergi.

" Dia terus berlalu pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Black RoseWhere stories live. Discover now