Awan pov
"Hi Awin... Buat apa kat sini? Lama tak jumpa." Sapa Damian ketika terserempak dengan kami di mall.
Kecik besar. Kecik besar ja aku tengok jantan ni.
Tak habis² nak kacau kesayangan aku.Tak cukup dengan karangan bunga dan buket coklat dan pelbagai hadiah dihantarkan ke pejabat.
Sekarang dia nak kacau kami kat sini pulak.Hish.
"Hi Dummy." Balas ku bagi pihak Awin.
Awin menahan tawa dengan mengelak memandang ke arah Damian.
Dicubitnya pinggang aku.
"Daddy..." Tegur Awin perlahan. Berbisik la.
Fine.
"Maaf la dokter. Boss saya ni tengah bad mood. Kami baru balik dari tapak projek tadi.
Ni singgah kat tealive sebab saya craving nak minum boba tea." Ucap Awin.
"Baby. Don't cross the line." Aku memberi amaran dalam bisikkan.
Dia hanya menggeleng.
"Laaa... Craving ke? Nape tak bagitahu saya. Saya boleh bawakan."
"Sejak bila plak kau berkidmat dengan grab food ni? Tak cukup dengan jadi posmen hantar barang, sekarang nak hantar makanan pulak?" Sindirku.
Tapi dia buat tak dengar.
"Awin nak makan apa² lagi tak? Saya boleh belikan"
Hish.
Geram pulak aku dengan mamat ni.
Baru aku berkira kira nak hempuk mamat ni, ada pula suara datang menegur dari belakang.
Ish. Banyak pulak orang yang menyibuk hari ni.
Tapi kali ni aku rasa macam nak blah cepat² ja dari sini.
"Awin. Kau dating tak mengajak." Sergah Teha yang datang dengan Wisha.
"Hi dokter." Sapa Teha.
Wisha memandang aku serupa nak telan aku hidup².
Ya la. Aku tipu dia aku g tapak projek kut.
Alih² serempak ngan kami kat sini.
Hari ni kerja setengah hari. So normal la kalau time² gini berjumpa kat sini.
"Wak lu dating!
Aku craving nak boba tea la bangang!
Tak semegah lak aku nak date dengan badan bau peluh gini.
Aku baru balik lawat tapak projek kut. Sial." Hamun si Awin.
Mood dia tak berapa nak elok sikit hari ni.
Sebab tadi banyak benda yang dia tak puas hati kat tapak projek.
"Weh. Lex la. Asal angin kau lain macam hari ni?
Bendera Jepun berkibar ker?"
"Bie buat apa kat sini? Asal tak balik terus ja lepas lawat tapak projek?" Si Awin dah mula sesi menyoal siasat.
Kadang rimas gak aku.
Semua benda nak kena report. 24jam nak kena 'punch card' kat dia.
Aku menghela nafas berat.
Dia mula memandang aku tak puas hati.
"Wish. Sorry la. Lambat lak laki kau balik hari ni sebab kena teman aku cari benda alah ni.
YOU ARE READING
Black Rose
RomanceAwin. Gadis introveted yang berjiwa tiga suku masuk air. Seorang yang berbadan chubby tapi comel. Menolak berpuluh-puluh pinangan yang mampir untuk mempersuntingkan dia. Menolak untuk berkahwin. Disangkakan kerana trauma masa lampau membuatkan d...