Bangun ja pagi ni. Badan aku rasa macam kena hempap dek batu belah batu bertangkup kau tau tak?
Nak berjalan pun rasa lemau.
Pijak ja kaki ke lantai. Rasa macam jellyfish ja.
Aku duduk diam di birai katil.
Macam mana aku nak g kerja ni?
Nak tak nak.
Aku buka laci meja di sebelah katil ku.
Sepapan 'pain killer' aku keluarkan dan sebungkus apollo aku buka. Air suam yang ada di dalam jag tahan panas itu aku tuang ke dalam gelas.
Aku mengunyah sepotong apollo coklat itu. Tapi aku tak telan semua. Aku sisakan sikit bagi manis mulut dan lapik perut.
Dua biji pain killer aku masukkan ke dalam mulut dan cepat² aku teguk air.
Nasib la tak dan nak rasa ubat tu. Sebab ubat tu berenang tak lama dalam mulut aku.
Dah selamat dia masuk dalam perut aku.
Aku baring jap bagi ubat tu meresap dalam badan aku sebelum bangun mandi dan bersiap untuk ke pejabat.
...
Kesan dari ubat tu buat aku ngantuk sikit pagi ni.
Pagi ni aku g pejabat bawak kereta.
Aku ada ja kereta. Saja malas bawak sebab nak jimat bajet minyak.
Kedekut tul.
Sampai kat pejabat. Aku terus memulakan pekerjaan aku.
Sedar² dah waktu balik. Hari ni setengah hari ja kerja.
"Win... Jom tengok wayang. Kau dah janji nak ikut kami minggu ni." Ungkit si Teha ni.
Aku memandang ke arahnya.
Wisha turut ada di situ.
(Madu aku weh)
"Bila lak aku janji ni?"
YOU ARE READING
Black Rose
RomanceAwin. Gadis introveted yang berjiwa tiga suku masuk air. Seorang yang berbadan chubby tapi comel. Menolak berpuluh-puluh pinangan yang mampir untuk mempersuntingkan dia. Menolak untuk berkahwin. Disangkakan kerana trauma masa lampau membuatkan d...