"Haaaa... Dating!" Sergah ku. Apabila terserempak dengan kawan aku di area mall.
Terkejut beruk minah tu kena sergah ngan aku.
Mengurut ke dada. Menghilangkan debaran di dadanya sambil memandan aku tak puas hati.
Hahaha...
Tak guna sungguh aku ni.
"Kau ni Win. Nasib tak 'gol' aku satni. Kalau tak. Naya nak kena panggil ambulane bagai." Bebel Wisha kepadaku.
Masih lagi mengurut dadanya.
Sekali lagi aku bantai ketawa.
"Mana cik buah hati kau?" Tanyaku.
"Celah mana mari buah hati pulak? Aku baru ja putus tunang." Elaknya.
Eh... Mengelak plak dia.
"Cish. Macam la aku tak tau. Kau kua date dengan En.Awan. kan?" Serkap jarang ja aku ni.
Memang aku ni jenis suka serkap jarang.
Kengkadang. Masin jugak la mulut aku ni. Hahhaha
Dia mencerlung ke arahku.
Hahahah.
Comel ja aku tengok kawan aku sorang ni.
Kecik molek ja orangnya.
Arwisha Jailani. Berusia 22 tahun. Beza umur dengan aku dalam 4 tahun macam tu. Anak bungsu dari enam beradik. Semua perempuan.
Aku pulak Darwina Rayyan. 26 tahun. Anak sulung dari 4 adik beradik. Aku seorang ja perempuan. Adik aku semua lelaki. Kembar tiga.
Ok. Berbalik kepada putus tunang.
Si Awish ni baru ja putus tunang tahun lepas sebab tunang dia tu jenis 'toxic'.
Baru ja tunang. Dah berani angkat tangan. Kuat mengongkong plak tu. Tu baru tunang. Kalau la dah nikah. Mau ja hari-hari masuk wad kecemasan budak Awish ni.
Lepas putus tunang. Aku selalu la kenen-kenenkan dia dengan budak-budak pejabat ni.
Semua aku kenenkan dia.
YOU ARE READING
Black Rose
RomanceAwin. Gadis introveted yang berjiwa tiga suku masuk air. Seorang yang berbadan chubby tapi comel. Menolak berpuluh-puluh pinangan yang mampir untuk mempersuntingkan dia. Menolak untuk berkahwin. Disangkakan kerana trauma masa lampau membuatkan d...