Wajah Hartini yang sedang tidur direnungnya. Semakin lama ditatap, semakin kuat perasaan mahu memiliki Hartini menekan dalam jiwanya. Kasihan gadisku! Tangan Irfan menyentuh lembut rambut Hartini dan berhenti seketika pada pipi mulus tersebut. Dielusnya perlahan, bimbang andai tidur Hartini terjaga dan gadis itu akan hilang kawalan semula. Dia tahu, jiwa Hartini sangat menderita. Jika tidak, gadis itu tidak akan bertindak diluar kewarasan seperti tadi. Gadis itu bukan seorang yang mudah mengalirkan airmata. Sepanjang mengenali Hartini, gadis itu seorang yang sangat tenang... Bijak menyembunyikan kesedihan dan seorang yang sangat kuat menghadapi ujian kehidupan. Mengapa Ya Allah... mengapa Hartini perlu lalui semua ini? Tidak cukup berat lagikah ujian yang perlu dipikulnya?
Lewat petang tadi, dia sempat bersemuka dengan Saiful... Kerana geram yang teramat, berdarah mulut Saiful akibat ditumbuk!
"Kau apsal hah?"
Saiful memegang pipinya yang terasa sakit akibat ditumbuk. Dia diserang sewaktu tidak bersedia, sudah tentulah dia tidak sempat untuk mempertahankan diri. Pintu keretanya kembali ditutup. Dia memandang wajah Irfan yang agak garang memandangnya.
"Kau masih sempat tanya aku kenapa?! Kau bodoh atau apa?!"
"Kejap-kejap... Kau tumbuk aku semata-mata sebab aku dah rosakkan Tini?"
Saiful membetulkan kolar baju yang dipakainya.
"Kau memang binatang kan?!"
"Aku akan bertanggungjawab! Kau jangan risau..." Saiful bersuara sinis.
"Jangan risau?! Kau memang binatang lah Saiful! Pergi matilah kau!"
Sekali lagi penumbuk Irfan mengena pipi Saiful. Saiful mengerang kesakitan.
"Kau nak marah sangat ni kenapa..hah? Tini tu adik kau ke?"
"Tak guna aku terangkan dekat kau siapa Hartini pada aku. Aku datang sini cuma nak ingatkan kau.. Kalau kau sayangkan kerjaya kau, sayangkan tunang kau dan family kau.. Kau jangan cuba-cuba ganggu Hartini lagi! Kat tangan aku ada laporan perubatan Hartini dan bila-bila masa sahaja aku boleh serahkan pada pihak polis!"
"Kau jangan cuba nak ugut aku Irfan! Apa yang kau dapat kalau kau buat semua ni? Hartini tak akan jadi milik kau! Tak akan kau nak perempuan yang..."
Belum sempat Saiful sudahkan ayat, Irfan terlebih dahulu menumbuk perut Saiful sehingga pemuda itu lembik. Tidak dapat berbuat apa-apa.
"Ini bukan ugutan binatang! Kalau aku tahu, kau cuba ganggu Tini lagi, lebih teruk daripada ini kau akan terima!"
Irfan berlalu dengan perasaan yang sukar untuk dia gambarkan...
"Ayah..."
Irfan tersedar. Bibir Hartini bergerak-gerak.
"Tini..."
Irfan memanggil perlahan.
"Irfan, saya kat mana?"
"Awak kat hospital lagi... Awak nak apa?"
"Saya lapar" Bibir itu tersenyum. Irfan membalas lega. Gembira hatinya dapat menatap senyuman manis itu.
"Sekejap. Saya turun bawah belikan. Awak nak makan apa?"
"Nasi goreng"
Irfan mengangguk. Buru-buru dia keluar untuk membelikan Hartini nasi goreng yang diminta. Hartini tentu sangat lapar. Seharian gadis itu tertidur akibat diberi ubat penenang. Tidak sampai sepuluh minit, dia kembali semula mendapatkan Hartini yang hanya tenang memandangnya.
YOU ARE READING
Tuhan, Izinkan Aku Menyintainya
RomanceCinta Hartini dipermainkan dalam diam oleh Saiful dan sahabat baiknya sendiri iaitu Adila. Hatinya luka parah kerana dia sangat menyanyangi Adila seperti keluarganya. Ikatan cinta antaranya dan Saiful musnah tatkala Saiful melansungkan pertunangan d...