Maisara menyikat rambutnya perlahan. Dia merenung wajahnya dalam cermin yang berhadapan dengannya itu, mahu mencari kekuatan untuk dirinya sendiri bagi menghadapi suaminya malam ini. Dia sudah tidak mampu membiarkan permasalahan yang brelaku antara mereka berpanjangan dengan lebih lama lagi. Jiwanya juga semakin tidak kuat untuk melawan arus dugaan yang datang dalam rumahtangga mereka berdua.
"Kenapa Mai?" Norman menegur. Sejak daripada minggu lepas lagi dia perasan isterinya itu semakin berubah. Tidak banyak cakap dan suka menjauhkan diri daripadanya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kekadang, soalannya lansung tidak dijawab.
"Kenapa?" Maisara mengulang ayat yang sama. Dia hanya memandang gerak tubuh suaminya daripada ekor matanya sahaja. Mulutnya mahu bersuara dan hamburkan segala pertanyaan yang menyesakkan fikirannya tetapi secara tiba-tiba sahaja lidahnya jadi kelu.
"Abang tanya Mai...Kenapa pandang abang macam tu? Apa yang Mai fikirkan tentang abang? Emm..." Norman bergerak kearah isterinya. Dia menyentuh rambut Maisara yang panjang menyentuh pinggang. Serasanya sudah lama Maisara agak dingin dengannya.
"Abang dah banyak berubah"
Norman terpaku. Dia merenung mata isterinya dalam-dalam. Fikirannya buntu.
"Abang yang berubah?" Norman duduk bersila berhadapan dengan isterinya. Maisara masih tidak berganjak daripada kerusi kecil dalam bilik mereka. Mata mereka bertatapan buat seketika sebelum Maisara melarikan anak matanya ke arah lain.
"Kenapa Mai tak nak pandang wajah abang? Apa salah abang pada Mai...Kenapa Mai cakap abang dah berubah?" Bertubi-tubi soalan dia kepada Maisara. Sudah sekian lama dia nantikan saat ini. Saat untuk dia dan isterinya menyelesaikan segala kekusutan yang melanda rumahtangga mereka berdua sejak akhir-akhir ini.
"Saya tahu saya banyak kekurangan"
Airmata Maisara sudah mengalir membasahi pipinya yang gebu. Norman agak terkesima dengan ganti nama yang digunakan Maisara kepadanya. Isterinya itu tidak lagi menggunakan nama 'Mai' tetapi 'saya'....Dia cukup faham dengan sikap Maisara, kata ganti nama akan bertukar jika perasaannya terganggu. Dan sekarang, dia tahu isterinya itu dalam keadaan tertekan.
"Sayang, tidak ada manusia yang sempurna. Ingat tak? Mai pernah cakap dengan abang sewaktu kita sama-sama makan kat Kafe Muamalat dulu? Manusia tidak akan pernah sempurna sebab dia memerlukan orang lain untuk melengkapkan kekurangan yang dia ada..." Norman menyentuh airmata yang mengalir. Disapunya perlahan....
Maisara sayu...Suaminya itu masih lagi ingat kata-katanya sepuluh tahun yang lalu, saat dia dan suaminya itu sama-sama menuntut di Universiti Utara Malaysia. Kafe Mualamat menjadi tempat mereka bertemu sekali sekala kerana masing-masing sibuk dengan bidang pengajian yang berbeza....
"Saya masih ingat kata-kata saya tu, cuma sekarang saya sedar kekurangan saya terlalu banyak. Tidak mampu untuk melengkapi kekurangan yang ada pada awak....Saya..."
"Sayang cakap apa ni? Abang ada lukakan hati Mai ke? Mai terus terang dengan abang...." Norman dapat rasakan ada yang tidak kena. Tujuh tahun hidup dengan wanita yang dicintainya itu, serasanya belum pernah Maisara bersikap begitu.
"Awak tak buat salah dengan saya, cuma saya yang belum mampu bahagiakan awak. Dan saya tak salahkan awak kalau kekurangan saya tu yang buatkan awak berubah. Awak..." Maisara nekad. Hatinya telah bulat. Dia menggemgam erat tangan suaminya itu.
"Saya izinkan awak berkahwin lagi"
What? Norman melepaskan tangan Maisara. Dia bangun dengan mendadak. Apa kena dengan Maisara?
YOU ARE READING
Tuhan, Izinkan Aku Menyintainya
RomanceCinta Hartini dipermainkan dalam diam oleh Saiful dan sahabat baiknya sendiri iaitu Adila. Hatinya luka parah kerana dia sangat menyanyangi Adila seperti keluarganya. Ikatan cinta antaranya dan Saiful musnah tatkala Saiful melansungkan pertunangan d...