BAB 7

22 4 0
                                    


" Doktor cakap apa?"

Buru-buru dia disergah dengan soalan oleh Irfan. Dia cuba untuk tersenyum.

" Doktor cakap tulang pinggang saya retak"

" What?"

Irfan seperti mahu menjerit. Hartini terperanjat. Malu apabila ada mata-mata yang memandang ke arah mereka.

" Janganlah menjerit! Malu la orang tengok..."

Hartini memberi isyarat 'diam' kepada Irfan.

" Abis tu...Pinggang kau retak, mestilah aku terkejut. Kalau kau saman aku, cammana?"

Hartini ketawa kelucuan.

" Kenapa kau gelak?" Irfan tidak berpuas hati.

" Saya gurau je la awak...Sakit ni sebab bengkak. Bila bengkak ni surut, sakit ni akan hilang"

Hartini melihat Irfan mengjengilkan matanya yang besar itu kepadanya sekali lagi...

" Perkara macam ni pun awak boleh buat main-main?"

" Tak ada apa la awak..Dah la, saya nak balik"

Hartini mengambil beg sandangnya yang berada di tangan Irfan. Irfan memegang kemas.

" Saya nak beg saya!" Dia bersuara geram.

" Saya bawak...Kan saya kena hantar awak balik rumah" Irfan juga bangun.

" Tak payah, saya boleh balik sendiri..."

Hartini terusan berusaha untuk mengambil beg sandangnya daripada tangan Irfan. Wajah pemuda itu yang menunjukkan reaksi tidak senang tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu sekarang adalah ingin mengambil semula begnya dan segera pulang ke rumah. Badannya masih terasa ngilu.

" Kenapa dengan awak ni?"

" Kenapa dengan saya?"

Hardina juga menyoal kepada Irfan. Dia sengaja mahu menaikkan kemarahan pemuda itu. Tetapi buat seketika, dia terasa ada sesuatu yang agak pelik dalam tutur kata Irfan. Pemuda itu membahasakan dirinya 'saya'? dan memanggilnya dengan panggilan 'awak'?

" Awak janganlah dera saya...Cepatlah saya hantar awak..." Seperti merayu nada Irfan diperdengarannya.

" Ok la..Awak boleh hantar saya tapi bukan hantar depan rumah. Hantar kat simpang jalan je, ayah saya garang..."

Irfan menjungkitkan bahu tanda mengalah.

..............................................................................................................................

Irfan menghempaskan tubuhnya pada katil yang agak kecil jika mahu dibandingkan dengan ruang kosong yang masih banyak dalam biliknya itu. Entah mengapa, sejak beberapa hari yang lalu ingatannya hanya pada satu nama, satu wajah dan satu senyuman. Hartini! Jatuh cintakah aku? Dia menyoal diri sendiri. Dia meraba poket seluarnya dan mengambil talefon bimbitnya. Dia mencari-cari nama Hartini...Dia mahu mendengar suara gadis tersebut sebelum dia tidur. Eh..Tak ada? Hilang ke nombor Tini...Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ditekannya lagi senarai nama yang berada dalam talefon bimbitnya. Ha..ada pun! Patutlah tak jumpa, dia telah menukar nama 'Hartini' kepada 'Cahaya'....Dia tersenyum keseorangan. Bila masa pulak aku tukar ni? Ish...

Ingatan terhadap Hartini datang lagi...Kali ini dia teringat peristiwa di kedai dua hari lepas...

" Hai Tini...Tak sibuk nampak!"

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now