BAB 12

34 2 0
                                    


Hartini menyusun satu persatu buku yang baru sampai ke atas rak yang telah dikhaskan mengikut bahagian. Matanya sedikit bersinar apabila melihat ada dua kotak novel yang baru diterimanya sebentar tadi. Kebiasaanya, Maisara akan membenarkannya mengambil sebuah novel yang dirasa menarik untuk dibaca dan disimpan di bilik rehat. Dia menyanyi-nyayi kecil...Gembira benar hatinya apabila berada dalam dunia buku tersebut.

"Tini.." Terasa bahunya disentuh seseorang. Hampir sahaja tercampak buku yang berada dalam pegangannya. Dia berpaling dan mengurut dadanya perlahan...

"Akak! Terkejut saya..." Hartini tersenyum. Wajahnya dimaniskan. Dia perasan sejak akhir-akhir ini majikannya itu sudah jarang tersenyum.

"Tini, akak ada benda nak bincang dengan Tini..."

"Sekarang ke kak?"

Maisara hanya mengangguk. Dia mengorak langkah menuju ke arah ruang rehat yang dijadikan tempat mereka untuk makan dan solat. Dia melabuhkan duduk, berhadapan dengan Hartini yang masih menunggu kata-kata yang ingin dia luahkan. Berat. Perit. Sakit. Tetapi, dia tahu dia perlu berterus terang dengan Hartini dan dia benar-benar yakin, hanya Hartini satu-satunya yang boleh membantunya....

"Emm...Tini bila nak kahwin?" Maisara memulakan mukadimah. Dia nampak riak kejutan daripada wajah pekerjanya itu yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Lama wajah itu terkedu tapi tidak lama kemudian Hartini menggeleng....

"Tini tak ada sesiapa kak" Lirih. Hatinya sedikit tercalar. Hartini tahu, sekuat manapun dia cuba menerima kehilangan Saiful tetapi kadangkala kesakitan itu datang secara tiba-tiba...

"Saiful?" Mairasa terkejut walaupun berita itulah yang ditunggunya selama ini.

"Dia dah bertunang dengan orang lain kak...Dengan kawan baik Tini" Hartini cuba bertenang. Dia tahu, dia tidak mampu untuk menyimpan rahsia itu dengan lebih lama sebab majikannya itu merupakan tempat dia mengadu, tempat dia meluahkan masalah....

"Bila? Kenapa Tini sembunyikan daripada akak?"

"Maafkan Tini kak, Tini bukan sengaja sembunyikan tetapi Tini mahu mengubat hati sendiri dulu...Mahu biarkan masa membawa kelukaan ni pergi kak...Tini nak jumpa dia kak, nak tanya kenapa dia sanggup buat Tini macam ni tapi kekuatan dalam diri ni tak ada. Apa yang boleh Tini lakukan hanyalah menganggap semua ni sudah ditakdirkan dan Tini harus terima dengan redha"

Setitis air matanya tumpah. Ya Allah! Kuatkan hati aku....

Maisara mengemgam tangan Hartini dengan kuat. Mahu memberikan sedikit kekuatan kepada gadis itu. Dia tahu, gadis sebaik Hartini memang akan selalu diuji...

"Kak...Kita tutup buku tentang Saiful ye. Kita doakan dia bahagia dengan kawan Tini...Akak nak bagitahu apa tadi?" Hartini mengukir senyuman. Pergilah Saiful...Pergi jauh-jauh!

"Tini, akak sebenarnya tak tahu apa yang akak nak sampaikan ni akan mengejutkan Tini tapi akak nak Tini tahu yang akak ikhlas"

"Tini tak faham kak...."

"Akak nak melamar Tini"

"Akak!"

"Akak nak melamar Tini untuk abang Norman"

Kerana terkejut, Hartini melepaskan pegangan tangan Maisara. Seseungguhnya, permintaan itu dirasakan terlalu berat! Tidak pernah dijangkanya...

"Tini...Dengar dulu apa yang akak nak terangkan...Tini tahu kan masalah akak? Dah lama akak dan abang Norman kahwin tapi kami masih belum dikurniakan anak. Baru-baru ni, emak mertua akak menyuruh abang Norman kahwin lain dan akak hanya sanggup dimadukan jika akak sendiri yang memilih siapa bakal madu akak...."

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now