BAB 20

18 2 0
                                    


"Tini, awak ok?"

Dia hanya mengangguk. Lauk yang telah siap dimasak dia susun dengan teliti di atas meja makan. Dia buat-buat tidak nampak Irfan yang sama sibuk di dapur untuk membantunya. Irfan memang tidak makan saman, ada ke patut majlis merisik antara keluarga tetapi dia pun sama-sama sibuk dengan tuan rumah dalam menyediakan juadah.

"Awak balik la Irfan, dah pukul berapa ni... Kejap lagi kan family awak nak datang... Saya boleh buat semua ni"

Ifran hanya senyum simpul. Macam malu-malu kucing pula... aishhh... Sape yang masuk merisik siapa ni..

"Sekejap lagi saya balik ye Tini.. Awak jangan lupa pakai baju yang saya hadiahkan tu ye!"

Irfan masih tidak jemu mahu mengingatkan dia perihal baju yang dibeli tiga hari yang lepas. Akibat terlalu sibuk dengan persiapan majlis merisik, baju itu masih tergantung kemas dalam almari. Tidak punya waktu untuk itu. Entahkan muat entahkan tidak!

Aishh..arap-arap baju itu akan selesa digayakannya nanti. Dia menoleh ke arah jam dinding, hampir menginjak ke angka empat petang. Mengikut perbincangan, keluarga Irfan akan sampai selepas asar dan dia tahu waktu untuk dia bersiap hanya tinggal sedikit sahaja.

" Along!!!!"

Belum sempat tangannya mahu mencapai cawan untuk diaturkan kedalam dulang, terdengar jeritan kuat daripada adik keduanya.

"Biar angah je yang buat.. Along pergi mandi dan siap, mak andam dah tunggu dalam bilik along"

Dia membulatkan mata dan hanya ketawa. Siapa yang jadi mak andam? Ada-ada sahaja Hardina ni.. Dia menjeling sekilas kepada Irfan yang mengelap peluh di dahi.

"Awak tak nak balik?" ayat itu diulangnya lagi.

Irfan tidak membalas tetapi melemparkan senyuman yang cukup manis buatnya.

"Suka hatilah!"

Dia berlalu pergi. Mahu segera mandi dan bersedia untuk menunaikan solat asar dan seterusnya bersiap ala kadar untuk majlis ringkas yang akan diadakan petang itu. Perasaan sebak yang datang secara tiba-tiba cuba diusir sejauh yang mungkin. Bercelaru fikirannya dibiarkan begitu sahaja. Namun, sebaik sahaja daun pintu biliknya dikuak, matanya terbuntang luas. Terkejut melihat dulang hantaran serba ungu yang teratur cantik di tepi sudut biliknya. Sempat dia mengira di dalam hati, ada tujuh dulang kesemuanya. Matanya beralih pula kepada seorang wanita yang tidak dikenali yang hanya tersenyum ke arahnya daripada tadi.

"Tini, cepat mandi.. Saya akan siapkan awak"

Hah? Siapa ni?

"Saya Syereen.. Mak Andam awak. Irfan tak bagitahu awak apa-apa?"

Syereen memperkenalkan dirinya sendiri. Tanpa berkata sepatah kata, dia kembali melulu keluar untuk mendengar perjelasan daripada Irfan tetapi dia sudah terlambat. Irfan telah berlalu pergi bersama deruman kereta...

"Angah!"

" Yer Along.."

"Angah tahu pasal Mak Andam tu?"

Hardina hanya mengangguk.

"Barang hantaran tu? Siapa yang beli?"

"Abang Irfan tempah ngan Kak Shereen.. Semua Kak Shereen uruskan. Abang Irfan nk buat surprise kat Along.. So..Surpriseeeeeee!!!"

Hardina menjerit gembira. Tidak sabar mahu menceritakan semula kepada Irfan mengenai reaksi terkejut kakaknya itu.

"Ya Allah... Irfan ni, ape lagi yang dia sembunyikan daripada Along? Emm...jangan dia buat gila sudahlah..."

Hartini sudah malas mahu fikir. Dia harus segera mempersiapkan diri. Waktu sudah semakin suntuk namun seketika, dia berhenti melangkah... Ini kan majlis merisik, kenapa harus ada dulang hantaran??

"Angah... Ini majlis merisik kan?"

Hardina sudah tersenyum-senyum...

"Along, ini majlis merisik dan bertunang Along..."

Ya Allah!

Sejujurnya, dia tidak menyangka Irfan akan lakukan perkara segila ini dengannya. Patutla Irfan beriya-iya tidak mahu dia memasak, semua makanan ditempah dan dia hanya menolong mana yang sepatutnya sahaja. Khemah juga ditempah, kata Irfan, keluarganya ramai mahu datang...takut kalau-kalau ruang rumah tidak mencukupi. Dan entah mengapa, dia hanya menurut dan tidak banyak tanya kerana hatinya kosong...

Dan setelah mengetahui semuanya, barulah perasaannya kini menjadi berdebar-debar...

.............................................................................................................................................

Dia didandan indah, dia sendiri tidak menyangka wajahnya akan berubah setelah dihias sebegitu rupa. Kedengaran riuh rendah suara di halaman rumahnya, tidak menyangka ayah telah mewakilkan imam kampung untuk menjemput jiran-jiran terdekat untuk hadir memeriahkan lagi majlisnya ini. Dia diseliputi perasaan sayu dan sedih bersilih ganti, memandang potret keluarga yang tergantung dalam biliknya. Kehidupan aku akan berubah, bagaimana nasib keluargaku selepas ini? Bolehkan aku terus berbakti kepada mereka? Dan kisah silamku, akan sembuhkah hanya dengan ikatan ini?

Persoalan demi persoalan bermain dalam mindanya. Jiwanya kembali berkecamuk.

'Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku...'

"Tini..Angkatlah fhone tu"

Dia tersentak, dengan cepat di dekatkan talefon bimbitnya itu ke telinga.

"Assalamualaikum Irfan"

Dia menuturkan perlahan ayat itu miskipun dia tahun adik-adiknya dan kak Syereen memasang telinga mahu mendengar.

"Awak dah siap?"

"sudah"

"Rasa apa?"

"Berdebar" jujur dia katakan...

"Saya pun..."

"Awak kat mana Irfan?"

"Ada luar rumah awak"

Hah? Automatik dia terbangun dan menjenguk ke luar pintu biliknya, memang dia nampak dengan jelas Irfan sedang memegang fhone dan memandang kearah biliknya.

"Awak memang gila kan?"

"Yup... Gilakan awak! Selagi majlis ni tak selesai, saya rasa susah hati. Biar saya kat bawah ni Tini, saya risau kalau-kalau Saiful datang kacau majlis kita..."

Irfan meluahkan kegusarannya. Hartini sedikit terusik. Begitu besarkah rasa cinta Irfan untuknya?

"Dia tidak akan berani Irfan..."

"Kalau dia mahu rasa sekali lagi penumbuk saya ni, silalah datang!"

"Sudahlah Irfan, macamlah awak pernah tumbuk dia!" Hartini cuba untuk ketawa, mahu sembunyikan rasa yang sudah bertukar rentak dalam jiwanya itu. Hartini mematikan panggilan tersebut apabila adiknya memberikan isyarat.

"Mak abang Irfan nak masuk bilik, nak sarungkan cincin"

Dia mengangguk, cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin. Dia tidak mahu fikir apa-apa lagi. Melihatkan senyuman ikhlas Puan Soraya yang memandanganya dengan lembut terus melenyapkan perasaan negetif dalam diri. Cincin itu disarung lembut, dan dia mengucup lembut pipi bakal ibu mertuanya itu. Mengalir perasaan bahagia dalam jiwa. Airmatanya mengalir laju, perasaan apakah ini? Aku bahagia tetapi ada air mata yang keluar...

"Cantik Tini hari ini..." Puan Soraya memeluk erat Hartini, seakan memeluk anaknya sendiri. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doanya selama ini agar Irfan dipertemukan dengan seseorang yang boleh membawanya kepada cinta Ilahi..

"Tahniah Along..."

Dia menerima pelukan daripada adik-adiknya. Masing-masing ceria melihatkan dirinya yang sudah menjadi tunangan kepada Irfan. Lelaki pelik yang hadir dalam hidupnya!

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now