BAB 8

21 4 0
                                    

" Awak tahu tak Irfan...tadi kan, ada seorang budak sekolah nak beli buku latihan matematik tapi dia terambil buku matematik tambahan. Lepas tu, dia cakap saya yang salah sebab tak susun buku ikut subjek...Tapi pecah rahsia bila kawan dia tetiba datang dan tanya kenapa dia tinggalkan spek kat rumah...Akhirnya, dia malu sendiri...Emm..."

Hartini rancak bercerita sambil menyuap perlahan-lahan ais kacang yang masih tinggal separuh dalam mangkuk sederhana besar. Dia mengangkat muka, kelihatan Irfan sedang memandang pada satu arah. Dia juga pusingkan wajah, untuk melihat apakah yang sedang dipandang oleh Irfan sehingga tidak mendengar apa yang dicakapkannya.

" Irfan..."

Masih lagi diam.

" Irfan!"

" Haa...Ya..Awak cakap ngan saya ke?" Irfan termangu-mangu. Dia melihat Hartini mengerutkan dahi.

" Awak ni kenapa? Ada masalah ke?"

" Emm...awak tanya saya tentang apa tadi?" Irfan sudah mula kembali ke alam nyata.

" Saya tak tanya awak...Saya cuma bercerita dengan awak tentang seorang pelangan tadi..."

Hartini terasa sedikit pelik.

" Kenapa dengan pelanggan tu?"

" Kan saya dah cerita tadi...."

" Bila?"

" Tadi...Eh, awak ni...Awak ada masalah kan? Tapi tak nak syer dengan saya..."

Hartini tersenyum. Mahu menghilangkan apa jua rasa yang bertandang di hati teman yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lepas. Serasanya, dia tidak pernah melihat Irfan berkeadaan begitu. Bagaikan ada sesuatu yang menghantui perasaan temannya itu. Seketika, barulah dia perasan keadaan Irfan agak tidak terurus. Rambutnya tidak rapi seperti biasa, tali leher yang dipakai senget dan tidak kemas. Dalam anak mata pemuda itu, ada rasa gusar yang tidak tertahan.

" Awak boleh tolong saya tak?"

Irfan memandang penuh mengharap.

" Tolong awak?"

Irfan mengangguk.

" Tolong apa?"

" Tolong jadi kekasih saya"

Haa? Hartini tercengang. Dia memandang wajah Irfan tanpa berkelip. Entah mengapa, terasa ada debaran dalam hatinya. Ya Allah, kenapa dengan aku?

" Awak cakap apa ni?"

Hartini cuba untuk berlagak setenang yang mungkin.

" Emm...Saya tahu awak dah ada Saiful dan saya juga tahu awak sangat sayangkan dia. Tapi, saya dah tak ada kawan lain yang boleh tolong saya selain daripada awak. Please Tini...Jadi kekasih saya untuk sekejap? Untuk saya perkenalkan pada mama dan papa..."

" Untuk apa?"

Hartini kehairanan. Tak kan tidak ada kekasih, temannya itu dalam keadaan yang sangat teruk!

" Untuk buktikan kepada family saya yang saya juga boleh dapatkan perempuan yang baik, masih ada perempuan yang ikhlas berkawan dengan saya"

Hartini menggeleng.

" Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan Irfan..."

" Saya terluka dengan family saya. Awak tahu kan tentang sejarah silam saya? Awak tahu kan saya banyak teman wanita? Tapi...semua teman wanita saya tak macam awak...Family saya tak berkenan. Sampai sekarang, mereka macam tak percaya saya boleh berubah...Hanya awak yang percaya..."

" Irfan, dengan membawa saya sebagai kekasih awak tidak dapat selesaikan masalah...Awak boleh duduk berbincang dengan family awak, terangkan kepada mereka awak nak berubah. Jelaskan kepada mereka berikan awak masa untuk mencari seorang wanita yang betul-betul ikhlas dengan awak"

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now