✿ Jimin | Missing You

10.6K 442 18
                                    

Watak: Jimin & Jin

Pairing: Kau (Readers)
_______________________________________________________________________

Kau duduk bersendirian di hadapan sebuah pokok yang telah mati. Sudah berkali-kali kau menyiram pokok itu. Kau tidak pernah berputus asa untuk menghidupkan kembali pokok yang mati itu.

Kau tersenyum tawar,pokok itu sudah mula menyerupai diri kau yang sebenar. Perlahan-lahan dalamannya mati, meninggalkan daun yang gugur di tanah.

Kau mengambil daun pokok itu yang baru sahaja gugur jatuh ke bumi. Kau membelai daun itu dan tiba-tiba daun itu hancur. Hanya disebabkan satu sentuhan daun itu hancur.

Kau tahu, untuk menghidupkan semula pokok yang telah mati adalah mustahil dan tidak akan langsung berlaku. Namun, kau tidak berputus asa.Kau mengambil secawan air dan mula menyiram pokok itu.

"Wahai pokok, hiduplah demi saya" Kau berkata sendirian sambil menyiram pokok itu.

Air mata kau berlinang. Sudah dua tahun berlalu namun kau masih lagi tidak mampu menerima hakikat yang sebenar. Orang yang paling kau sayang pergi dan meninggalkan kau dengan pokok yang hidup subur. Semakin lama, pokok yang subur itu mula mati. Seperti diri kau juga.

Aku rindu kau. Sangat-sangat merindui kau. Tolonglah balik ke pangkuan aku. I miss you so much.

Kau memandang pokok itu dengan pandangan yang sayu. Terlalu banyak kenangan yang indah yang tidak mampu untuk kau lupakan. Kau tersenyum namun air mata kau mula mengalir. Hati kau mulai terbelah dua. Kau tidak sangka, selepas pemergian kekasih kau datang pula penggantinya.

Kim Seokjin, lelaki yang pertama dapat memiliki hati kau. Jin adalah kawan baik kau sejak kau berumur 13 tahun. Kau mula berkawan dengannya kerana dia adalah seorang budak yang dingin.

Setiap kali kau melihat mata Jin, hati kau akan berdegup laju. Mata itu bercahaya dan indah untuk ditatap. Semakin lama, hatinya yang sesejuk iceberg itu cair dengan kehadiran kau. Sebelum dia pergi meninggalkan kau, dia sempat meluahkan perasaannya terhadap kau.

"__________-ah, aku suka kau. Jaga diri dan jangan lupakan aku. Ingat, aku sentiasa ada di sisi kau" luahnya sambil mengusap tangan kau lembut.

Kau pula memandang Jin dengan mata yang sayu. Melihat badannya di atas katil hospital itu membuatkan kau ingin saja menggantikan tempatnya.

Kau membalas usapan tangan Jin yang dicucuk dengan wayar yang pelbagai warna dan pelbagai fungsi. Akibat kecuaian kau ketika memandu, Jin yang menanggung akibatnya.

Kenapa Jin! Kenapa baru sekarang! Kenapa baru sekarang kau luahkan! Kau tahu aku ini tidak kuat tanpa kau!

Kau mengusap air mata kau yang mula mengalir. Luahan hati Jin itu kau anggap sebagai satu seksaan. Patut ke dia luahkan perasaannya ketika dia sedang terlantar sakit. Kau menangis dengan teresak-esak.

Kau juga mahu meluahkan perasaan kau yang telah lama duduk mendiami diri kau. Jin mengangkat tangannya perlahan-lahan, lemah dan mengesat air mata kau. Belum sempat kau ingin membuka mulut tangan Jin jatuh secara mendadak dan mesin nadi mula berbunyi.

Kau mula panik. Tangan Jin kau usap dan kau menciumnya berkali-kali. Tidak cukup dengan itu kau memeluk badannya lama. Air mata kau mengalir dengan lebih deras. Doktor dan jururawat mula menjalankan kerjanya. Riuh-rendah di dalam bilik wad VIP itu mendorong kau untuk terpaksa keluar. Di luar, kau bersandar di dinding dan mula berdoa.

Tuhan, tinggalkanlah dia dengan diriku. Berikanlah dia kehidupan semula.

"Cik" tegur doktor yang berada di wad Jin. Mukanya jelas hampa.

BTS IMAGINES [DC]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang