🍁 Dylm 49

732 27 0
                                    

Pagi itu, bunyi burung2 bersiulan jelas kedengaran,
Pagi subuh, angin sejuk terasa,

Nish bangun awal harini, pintu chalet dikuak perlahan. Dia menghirup udara segar, sepoi² angin berbahasa.

Arif pula sedang lena tidur. Lepas subuh, terus tumbang.

"Ehhhh kucing!"
Kucing parsi, berbulu tebal, sememangnya gebu. Kecantikan dan kecomelan makhluk Tuhan itu, telah menarik perhatian Nish. Tanpa peduli apa2, Nish terus memasang larian, cuba menangkap kucing tadi.

Matahari baru sahaja terbit, bahang mulai terasa.
Arif bangun, membasuh muka. Kemudian, dia melihat ke arah katil, tiada sesiapa.

"Nish?!"

Seluruh ruang digeledah, setiap saat nama Nish dipanggil, namun tiada sahutan. Hati mulai risau, ke mana agaknya Nish pergi.

*Tuk tuk tuk*
Bilik A-24 diketuk kuat, tidak berhenti.

"Arif?" Iman, dengan kepala berlilit hijab, melihat dengan muka terpinga-pinga. Secawan milo panas di tangan dipegang, menandakan dia baru sahaja hendak minum pagi.

"Kenapa ni?"

"Nish ada kat sini tak?"

"Takde pulak. Bukan Nish dengan awak ke?"

"Tak, that's why I came here. Saya bangun je tido, tengok² Nish takde. I thought he was here.."

"Ya Allah, dah cuba cari dekat tempat lain?"

"After this."

"Okay tunggu sekejap. Saya ikut awak sekali."

Arif meraup wajah, betapa dia risau. Wajahnya nampak cemas, tidak dibuat-buat. Namun, dia tetap berlagak tenang.

.......
"Macam mana ye kak?"

"Semua ibu bapa dan pelajar bersama beberapa orang cikgu pengiring yang lain akan pulang ke KL kejap lagi. Akak, Iman, Kartini dengan Arif akan tinggal di sini. Kita sama-sama cari Danish sampai jumpa."

"Pihak pengurusan dah tau ke pasal ni?"

"Ya, akak dah bagitau pegawai kat sini. Mereka juga akan sama-sama membantu pencarian."

"Baik, terima kasih kak."

"Baik sekarang ni, kita berpecah. Akak dengan Kartini, Iman dengan Arif. Okey? Go go!"

"Baik kak.Arif, jom!"

Sudah 1 jam, kelibat Danish langsung tidak nampak. Merata dah mereka cari, setiap pelosok, setiap ruang. Sehingga kini, pencarian masih diteruskan.

Arif lelah, dia penat. Begitu juga dengan Iman. Mereka mengambil keputusan untuk berehat. Di dalam hutan ini, gelap dan sayu. Samalah seperti hati ini.

"Ya Allah... Mane Nish ni.."suara Arif terketar-ketar, menahan sebak. Anak hilang kot, sape je tak risau.

"Sabar Arif, kejap lagi mesti kita jumpa dia."

"Dah 1 hours kita cari, still tak jumpa...Nish, where are you.."

Arif melipat lutut, tangannya memeluk tubuh, kepala ditundukkan. Dia diam, diam sebentar. Semuanya senyap.

Iman juga kelu, dia juga risau. Danish masih kecil, macam-macam boleh jadi.

"I'm worst." Perlahan, Arif meluahkan.

Do You Love me?Where stories live. Discover now