🍁 Dylm 74

737 21 17
                                    

Malam itu, makan besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu, makan besar.
Dewan terang-benderang disusuli bunyi lagu yang kuat bergenre romantik, sesuai dengan family candlelight dinner. Sangat lembut singgah di telinga.

Bertemakan Red and Rose, hiasan pada malam itu menumpukan warna merah dan bunga ros sebagai simbolik utama pertemuan keluarga yang setahun belum tentu sekali. Meja bulat tersusun kemas, dibaluti alas berwarna putih beserta reben merah blinking. Setangkai bunga ros akan diletakkan di tengah-tengah setiap meja, bersama lilin yang menyala di kiri dan kanan.

Karpet merah siap terbentang, menjadi laluan utama setiap susuk yang hadir. Malam itu memang meriah, umpama malam perayaan.

Keluarga Arif boleh tahan besar, semuanya memperagakan pelbagai jenis pakaian yang cantik dan grand. Bagi perempuan, semua berpakaian ala-ala Korean, dengan rekaan round neck long sleeves. Sementara lelaki pula mengenakan tuksedo putih dengan bowtie hitam, tampak segak dan bergaya. Putih dan merah, kombinasi yang sesuai, tidak terlalu menyerlah dan tidak terlalu tenggelam. Semuanya sempurna.

Dato' Hisham dan Datin Arfa, dua-dua nampak sama cantik. Baju kebaya moden berwarna merah lembut yang dipilih itu sememangnya sesuai dengan Datin Arfa yang hampir mencecah 52 tahun. Dato' Hisham pula, apa kurangnya. Masih segak walaupun sudah berusia. Hanya beza umur 5 tahun, kedua-dua pasangan itu nampak serasi, matang dan saling menyayangi. Dapat anak pula, handsome mengancam, memang rawr!

"Aku la tu."Tidak semena-mena, Arif memotong kata.

"Dah habis cite?" Soal Arif kepada Fath yang dari tadi syok sendiri.

"Eh, tu baru sinopsis. Okay mari kita sambung. Nama diberi Muhammad Arif Fayyad, merupakan seorang pemuda yang-"

"Daripada kau cerita pasal aku. Apa kata kau cerita pasal kau pulak? Kisah pertemuan cinta dua benua antara Fattah Idham dengan minah Thailand sawadikap."

"Haaa! Kalau nak cite pasal tu, tunggu next coming la."

Arif menjeling tajam, gelas didekatkan ke mulut. Dia menghirup air dengan laju, haus sungguh hari ini. Orange juice, memang pilihan terbaik. Kemanisannya mengalahkan senyuman seorang gadis jelita.

"Dah Arif, dah. Cukup-cukup dengan iklan jus oren kau tu."

"Diamlah kau. Potong line lah."

Tawa mereka pecah. Apabila dua pemuda ini bergabung, mengalahkan pasangan kekasih. Lain macam...

Sampai satu ketika, tawa yang tadinya gegar gempita, kini senyap tiba-tiba. Kedua-dua pasang mata milik Fath memandang ke arah seseorang yang sedang berjalan ayu menuruni tangga.

Dengan gaun merah muslimah rekaan Azalea, Iman nampak berbeza malam itu. Cantik, pasti mampu menarik perhatian mana-mana mata yang memandang.

"Cantik siot." Puji Fath, teruja.

Do You Love me?Where stories live. Discover now