🍁 Dylm 55

791 21 6
                                    

"Iman jaga diri kat sana ya.."

"In shaa Allah mak, abah."

"Ingat, kamu tu dah ada suami. Makan, pakai suami kamu, kena jaga. "

"Iyer mak. Mak janganlah risau. Pesan mak semua Iman akan ingat."

Harini, hari kedua mereka sebagai suami isteri.
Harini juga, Iman akan berpindah keluar.
Mengikut suami, ke rumah baharu mereka.
Tidaklah jauh, hanya 10km dari sini.

"Luqman, jaga Iman ni baik² ya."

"Baik Mak Ngah. Saya jaga dia macam nyawa saya sendiri."

"Ish kamu ni, Mak Ngah kan dah jadi mak mertua kamu sekarang? Kenapa panggil mak ngah lagi. Panggil mak la."

"Baik,m-mak."

"Malu² pula menantu kita ni bang."

"Mana taknya dari kecil dia panggil awak Mak Ngah."

"Ish kita pula yang kena."

"Eeee mak abah janganlah gaduh. Iman tengah mood sedih ni.hrm."

"Iyerlah meh kita sambung nangis ye."

Dua insan itu dipeluk erat.
Tak sanggup rasanya ingin meninggalkan.
Namun apatah daya, ada tanggungjawab yang perlu digalas.

..............

"Iman, ni la rumah kita."

"Subhanallah, cantiknya rumah kita!"

"Maaf, Saya tak mampu nak beli rumah besar². Ini je yang mampu."

"Alaa takpe, ni pun dah lebih daripada cukup. Terima kasih awak."

"Sama². Eh jom lah masuk, banyak barang nak kena kemas ni."

"Okay jom hihi."

✨✨✨
Setelah makan malam,

"Awak tidur luar lagi ke harini?"soal Iman, kebingungan.

"Haah, takpe kan?"

"Hrm awak memang taknak tidur dalam bilik ke?"

"Saya belum bersedia."

"Takpelah kalau macam tu, saya tidur dulu. Selamat malam awak, Assalamualaikum."

Malam ketiga...
Malam keempat..
Maalm kelima..
Malam keenam..
Malam ketujuh..
Harini,sudah genap seminggu mereka berkahwin.
Namun tidak pernah sekalipun, mereka tidur sekatil.
Bukannya Iman tidak ajak, tetapi Luqman yang menolak.
Alasannya tetap sama, "tidak bersedia."

Tidak kira, harini Iman harus berkeras. Dia bukannya apa, dia berasa serba salah membiarkan Luqman tidur di luar. Sampai bila? Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.

Seperti yang sudah diduga, Luqman mengetuk² bantal, membuang debu. Dia membaringkan tubuh di atas sofa. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, tiba² Iman menyergah.

"Awak, taknak tidur bilik ke malam ni?"

"Saya belum bersedia Iman."

Luluhnya hati ini, apabila mendengar alasan yang sama.

"Saya tak minta banyak pun awak, saya minta awak tidur dalam bilik je. Kesian awak hari² tidur atas sofa ni. Sakit badan nanti."

"Takpe. Awak janganlah risau."

"Macam mana saya tak risau, awak tu suami saya Luqman."

"Iman, janganlah macam tu. Saya cuma perlukan masa."

"Dah seminggu Luqman. Tak cukup lagi ke masatu?"

"Seminggu tu sekejap je Iman."

"Habistu? Awak nak amik berapa banyak lagi masa? Sebulan?"

"Ya Allah Iman. Kenapa fikir sampai macam tu sekali?"

"Maafkan saya. Boleh tak malam ni, awak tidur dalam bilik? Saya rela tidur bawah, biar awak tidur atas katil. Asalkan awak tidur bilik. Saya taknak awak sakit badan."

"No Iman. Diri awak tu lagi penting."

"Luqman, please.."

"Iman, tolong faham saya boleh tak?!"suara Luqman naik satu oktaf. Cukup mengejutkan Iman kerana Luqman tidak pernah tinggi suara sebelum ni.

"T-takpelah kalau macam tu. Maafkan saya sebab paksa awak. Saya tidur dulu, Assalamualaikum."

Iman cepat² berlari ke dalam bilik. Dia melepaskan air mata. Baru seminggu, dia sudah berdosa dengan suami.
Bukankah isteri sepatutnya taat terhadap suami?

✨✨✨
Pagi ini, Iman menyediakan sarapan sebelum pergi sekolah. Dia hanya diam, mungkin masih trauma dengan hal malam tadi.

"Iman, meh makan sekali."

"Takpe, saya kenyang lagi."

"Iman, tak baik lawan cakap suami tau."

Iman ingat akan pesan mak nya. Dia duduk, bersebelahan Luqman. Namun, masih diam.

"Iman,saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tahu saya salah. Saya tak patut marah awak macam tu."

"Takpe, salah saya juga sebab paksa awak. Maafkan saya juga ye."

"Saya maafkan awak. Tapi awak faham kan, saya perlukan masa? Ye la, kita kan sepupu dari kecil. Jadi, saya akward sikit hrm.."

"Takpe Luqman. Saya faham. Awak amik je berapa banyak masa yang awak perlukan, saya boleh tunggu."

"Saya bersyukur sangat dapat isteri yang memahami macam awak. Terima kasih Iman."

"Sama² Luqman."

Iman senyum di luar, tapi di dalam, hatinya terasa dihiris. Namun, dia tetap cuba muhasabah.

Ya dia akui, betapa mereka rapat sejak kecil.
Sepupu la katakan. Tapi sejak meningkat dewasa, hubungan mereka sedikit renggang. Mungkin kerana semua sibuk dengan hal masing².

Mereka kenal semula pun setelah berjumpa 3 tahun lepas. Masa itu, kedua² mereka menyambung pelajaran di Universiti yang sama, cuma bidang yang berbeza. Iman mengambil bidang pendidikan sementara Luqman pula mengambil diploma dalam bidang veterinar. Kini, dia telah pun berjaya membuka klinik haiwan sendiri, tidak jauh dari rumah mereka.

Ya, memang benar, mereka berkahwin atas kemahuan keluarga masing².
"Mak Long yakin, Iman boleh bimbing Luqman."

Itulah pesanan mommy Luqman, yang Iman ingat sampai kini. Dia pasti boleh!!!!

Do You Love me?Where stories live. Discover now