🤍 •DYLM SPECIAL 2• 🤍

1.6K 40 34
                                    


Guruh dan petir saling berlawan. Hujan lebat mencurah-curah, tiada tanda-tanda ingin berhenti. Langit gelap seperti malam.

Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Hujan masih belum reda.

Di ruang tamu, Nish sedang fokus membaca majalah. Matanya melirik kepada setiap perkataan yang ditulis. Mulutnya kumat-kamit.

"Nish!"

Kepala serta-merta diangkat. Tertancap pada satu susuk tinggi di depannya.

"Yes papa?"

"Dah main pasir, tak reti nak mandi?"

Arif bercekak pinggang. Berang dengan Nish. Habis pasir di luar digembur tak dikemas. Nak suruh mandi pun susah?

"Kejap papa. Nish tengah baca berita hot ni. Ha tengok ni papa!"

Sebuah artikel ditunjukkan kepada Arif. Jari telunjuk Nish mengarah kepada tajuk artikel tersebut.

Perlahan-lahan Nish membacakan tajuk tertera. Sekuat-kuatnya.

"Sudah berjaya, lupakan papa."

Arif menjungkit kening. Tangannya disilangkan di dada, memeluk tubuh. Satu senyuman sinis diukir.

Nish melompat dari sofa. Tangannya disilang membuat gaya Ultraman!

"No papa! Nish tahu apa yang papa fikir!"

Senyuman Arif makin lebar. Saja nak mengusik Nish.

"Nish janji, kalau Nish berjaya nanti, Nish takkan lupakan papa! You are the best papa in this world! How can I forget you papa?"

Kaki Arif dipeluk. Danish mempamerkan muka kasihan. Beserta air mata palsu. Drama lebih ini budak.

Arif membongkokkan badan, cukup mendekatkan jaraknya dengan Nish. Pipi Nish dicubit perlahan.

"Pergi mandi."

Nish cepat-cepat melompat ke atas sofa semula. Majalah dicapai menutup muka. Dia menggeleng laju.

"Taknak!"

"Mandilah! Nish kena gatal-gatal nanti."

"Mana ada! Tak gatal pun! Kalau papa nak tahu, setiap kali terserempak dengan perempuan, Nish akan tundukkan pandangan. Takde pun cakap 'Hai awek' sambil buat bunyi wisel tau!"

Arif mengurut dahi. Kalau terus dilayan, boleh jadi gila!

"Okay Nish gurau je tadi! Sebenarnya kalau nampak perempuan, Nish wink-wink! Tapi sikit je!"

Arif membeliakkan mata.

"Okay gurau lagi! Ha ni Nish nak bagitau, pasir  sebenarnya baik untuk kesihatan tau! Nish ada terbaca satu artikel dalam internet. Dalam artikel tu cakap, pasir gurun boleh merawat pelbagai masalah kesihatan khususnya sakit otot dan sendi, lumbago dan beberapa jenis penyakit kulit yang lain."

"Tu pasir gurun. Ni pasir rumah. Banyak kuman."

"Mana ada! Buktinya, tengok kulit Nish. Cantik kan? Tak payah pakai pamoga pun. Mandi pasir je."

Arif menyengseng lengan baju. Pergelangan tangannya dipusing.

"If the soft method is not effective..Maybe we should use the rough method..?"

Nish rasa tak sedap hati! Ni mesti papa nak cubit! Habislah kulitku yang cantik nanti!

"Okay, Nish mandi sekarang! Bye papa!"

Do You Love me?Where stories live. Discover now