🍁 Dylm 72

857 30 8
                                    

Harini hari yang ditunggu-tunggu,
Buat pertama kali dalam hidup Iman, dia bakal belayar menaiki cruise yang berkaki-kaki besar.

Royal Gold Cruise(rekaan semata-mata🤣),
Memang besar bak istana. Boleh dikatakan, orang-orang berada je yang mampu afford naik kapal ni.

Iman menunggu dari tadi, bersama Nish di sisi. Rasanya dah hampir 15 minit, Arif tak muncul-muncul. Pergi amik barang kat kereta ke buat kereta? Haih.

Bagasi bersusun, pelbagai saiz, pelbagai warna. Nak trip 3 hari je, tapi macam setahun. Ghisau! Ramai juga yang berada di situ, sedang beratur menunggu turn masuk ke kapal. Entah orang luar ataupun bukan. Tapi kalau tengok dari wajah, semua ala-ala chinese. Kalau yang nampak macam melayu pun, 10 peratus je kot.

Iman pun pelik, sejak dia datang tadi, Papa dengan mama Arif langsung tidak kelihatan. Bukan ke ni family trip? Mana satu family Arif ni? Semua nampak macam orang asing je.

"Hye, lama tunggu?" Satu suara menyapa.

"Lambat 15 minit, Arif." Jam tangan diketuk dengan jari telunjuk, menegaskan bahawa Arif sudah lambat.

Arif hanya tersegih, menayang wajah tidak bersalah.

"Mana barangnya? Kata tadi nak amik barang? Halimunan ke apa?" Iman mengerling, tengok-tengok Arif datang dengan tangan kosong, pelik juga. Barang apa yang dia amik?

"Nothing. Eh jom la beratur. "

"Jom! Tak sabar nak masuk cruise ni!"

Eh eh Iman pula yang terlebih excited. Maklumlah, peluang sekali seumur hidup😔✋

Ramai juga yang membanjiri pada hari tersebut, semuanya buat hal masing-masing. Ada yang bermain telefon, ada yang mengambil gambar dan ada pula yang sedang berbual antara mereka.

"Arif, mana papa dengan mama awak?"

"Dorang dah masuk lama dah. "

"Lah, patutlah tak nampak dari tadi."

"Btw kan Arif, mana satu family awak? Dari tadi saya nampak orang asing je." Soal Iman dengan wajah keliru.

"Orang asing? HAHAHAHAHAH!" Arif menghambur tawa. Mendengarkan perkataan orang asing, betul-betul menggelikan hati.

"ISH KENAPA GELAK?Betullah, tengok tu..Haa tu lagi! Semua tak nampak macam orang Malaysia pun. Nampak macam orang..orang asing la!"

"They are not strangers, cikgu. They are my family. Hahahaha adui." Satu jari diangkat, mengelap air mata yang sedikit timbul pada hujung mata. Apa yang lucu sangat, tak tahulah.

"Huh?" Iman masih lagi dengan wajah berbaur keliru.

"Cikgu lupa ke? I've already told you before, my grandmother is pure Chinese. So, here they are."

"Kalau macam tu, kenapa tak tegur mereka? Kata family, takkanlah tak kenal kan?"

"Cikgu ni banyak soal la. Memang patut jadi cikgu. HAHAHAHAH!"

"Ish Arif! Saya tanye ni!"

"I'm not like other relatives. Saya tak pandai bergaul sangat. Just dengan orang tertentu je saya boleh selesakan diri, including you. "

"Oh macam tu eh?Tapi kan Arif.."

"Dah jangan tanye lagi. Otak saya kosong, tak boleh jawab soalan KBAT."

Do You Love me?Where stories live. Discover now