Bab 1

8.3K 417 36
                                    

Bunyi lagu ahli kumpulan kpop memenuhi pendengaran telinga di saat mahu terus lena dibuai mimpi, tapi sebagai manusia biasa. Apa sahaja yang mampu buat melainkan bangun dan terus bersiap untuk pergi menambah ilmu. Lumrah kehidupan!

Dalam keadaan separuh sedar, tangan terus berlegar mencari telefon pintar yang tidak berhenti berbunyi setelah jam menunjukkan pukul 5 pagi. Setelah berjaya dipadamkan, kelopak mata perlahan-lahan terbuka. Lampu malap yang menerangi bilik sungguh menguji keimanan dan kemalasan pada waktu ini.

Alysaa terus bangun dari pembaringan dan duduk dalam keadaan yang masih lagi mamai. Pejam celik pejam celik mata saat otak cuba menyedarkan diri sepenuhnya.

Setelah perhatikan bilik ini, tiada benda menarik yang perlu diperhatikan dan rasai walaupun baru sahaja berpindah ke rumah ini 2 hari yang lalu. Mungkin, manusia lain suka bila mendengar perkataan pindah rumah. Tetapi bukan untuk dia, rumah ini seumpama telah hidupkan kembali sejarah hitam yang pernah berlaku atas dirinya.

Selang beberapa minit kemudian, setelah selesai menyiapkan diri dan disudahi dengan solat subuh. Kaki terus menuju ke tingkat bawah untuk menjamu selera sebelum pergi ke sekolah. Beg galas berwarna cream, dipegang dengan erat.

Tak lama, mata mula menangkap figura yang sedang menyiapkan sarapan roti bakar dan disalutkan dengan jem. Wanita lingkungan 50-an itu disapa dengan ramah.

"Morning mama..." tegur Alysaa dengan senyuman manis sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi berwarna hitam.

"Morning too, Alysaa. Where's Aidan?" soal Yasmin setelah meletakkan 2 pinggan kosong di atas meja. Mata melilau mencari figura seorang lagi anaknya.

Alysaa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Memang tak tahu. Biasanya Aidan lebih awal bangun berbanding dia. Tapi hari ini, entah mengapa terlalu sunyi sepi.

Baru sahaja ingin mengigit roti di tangan, bunyi telapak kaki yang menuruni tangga dengan laju sudah menangkap pendengaran. Bila menoleh, mata melihat dengan jelas seorang lelaki seumuran dengannya kelam kabut dalam pakaian sekolah yang tidak teratur.

Rambut masih serabai, tali leher hanya diletak ala kadar sahaja, baju yang masih belum berbutang, tali pinggang yang masih belum dipakai. Serupa budak juvana!

"Woi! Boleh makan lagi? Cepatlah! Dah lambat!" panggil Aidan dalam geramnya. Kalau boleh, rumah banglo ni dipenuhi dengan suara dia sahaja.

Berkerut dahi Alysaa mendengar kata-kata Aidan. Dah lambat? Lambat sangat ke dia bersiap tadi? Sedangkan pukul 5 pagi lagi dia sudah mula sedar dan bersiap sedia untuk pergi ke sekolah.

Eih mustahil dah nak pukul 8.

Baru sahaja Alysaa ingin memerhati jam di tangan, seketika hampir tersedak saat Aidan terus menarik tangannya dengan keadaan memaksa. Dengan segala kekuatan yang ada, tangan Aidan ditepis dengan kasar.

"Boleh tak engkau sabar sekejap?" soal Alysaa dengan geram.

Dengan peluang yang ada, mata terus melihat ke arah jam tangan. Baru sahaja menunjukkan pukul 640 pagi. Apa yang lambat? Bukannya jarak sekolah perlu lalu lebuhraya.

"Yang engkau ni kenapa penyabar sangat?" soal Aidan lagi.

"Yang engkau ni kenapa galak sangat?" soal Alysaa pula.

Wajah Aidan seolah menahan rasa. Baru sahaja Alysaa ingin menyoal lebih lanjut. Fikirannya mula teringat akan sesuatu. Dan sesuatu yang baru sahaja teringat itu membuatkan Alysaa teringin nak hentak kepala Aidan menggunakan kuali yang sudah hitam legam.

Nafas perlahan dihela. Layakkah aku untuk terima kembar sebegini rupa akal fikirannya?

"Mesti kau tengok jam dalam bilik dah pukul 7:34 kan, Aidan Fareed?" soal Alysaa dengan penuh sabar. Terukir senyuman terpaksa pada bibir.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now