Bab 13

3.5K 256 34
                                    

3 hari berlalu...

"Bye mama!" lambai Aayan ke arah Yasmin setelah keluar dari kereta.

Alysaa menjeling tajam ke arah Aayan. Mentang-mentang Yasmin suruh gelarkan diri sebagai mama. Boleh pula rampas ibu orang lain. Yasmin pula, haih sekarang lebihkan Aayan berbanding segalanya.

Yasmin yang memandu itu terus melambai-lambai ke arah Aayan yang tersenyum riang. Aidan yang melihat wajah Alysaa yang masam mencuka itu hanya menggeleng perlahan dengan senyuman segaris pada bibir.

Si bongsu, mana boleh tengok ibu ayah sendiri lebihkan orang lain berbanding dirinya. Bukan main kuat Alysaa cemburu sekarang. Aayan pula tak nak lepaskan peluang jadi minyak kepada api kecil.

"Mama akulah!" marah Alysaa ke arah Aayan yang berdiri sebelah dirinya.

Terdengar suara kecil itu memarahinya. Aayan menurunkan pandangan ke arah Alysaa. Dasar kuman. Tinggi pun paras bahu sahaja.

"Mama kita. Kan aku dah kata nak pinjam kasih sayang keluarga kau" balas Aayan dengan menunduk separuh sebelum menjelirkan lidahnya.

"Aayan..." panggil Aidan sebagai amaran.

"Fine. Fine..." tangan diangkat ke langit sebagai tanda mengalah. Kalau nada suara Aidan jelas memberi amaran. Memang kena mengalah terus. Dah kata, belakang Alysaa terus jadi harimau. Depan Alysaa sahaja dia jadi kucing.

Kaki diatur melangkah ke dalam kawasan sekolah. Serupa seorang penjaga, Alysaa berjalan ditengah-tengah antara mereka walaupun Aayan sedikit jauh darinya. Saat angkat sahaja pandangan, kebanyakkan mata-mata tertumpu ke arah mereka. Berkerut dahi Alysaa melihat pelajar di sekolah itu.

Ada yang berbisik. Ada yang muka tidak berpuas hati. Kenapa? Salah ke nak berjalan dengan abang sendiri.

Namun seketika, fikirannya baru tersedar. Aayan masih disebelahnya. Berjalan dengan lagak tenang setelah berminggu tidak hadirkan diri. Tapi sekarang? Tenang pula dia naik sekolah seperti tiada apa yang terjadi.

Alysaa menoleh pula ke arah abangnya. Sama seperti reaksi Aayan. Nampak tenang. Dia pula yang berasa tidak selesa.

"Aidan..." panggil Alysaa perlahan.

"Hm?" Aidan menoleh.

"Kau tak perasan ke orang tengok-tengok kita?"

Aidan melihat sekeliling. Perasan memang perasan. Tapi, nak kena buat apa? Salah ke berjalan dengan adik sendiri. Tak akanlah orang tak tahu mereka adik beradik pula.

"Biasalah. Kiri kanan kau ramai peminat" Aidan balas dengan senyuman sinis.

Memang kenyataan Aidan dan Aayan sama-sama ramai peminat. Aidan lagilah, baru minggu pertama jejak kaki di sekolah ini. Bukan main ramai minta instagram. Dia pun melayan aje. Tapi malang, surat cinta hanya dibaca tapi seorang pun tak dapat pikat hati Aidan. Memang susahlah manusia macam Aidan nak jatuh cinta.

"Hiraukan je Alysaa. Kau kena serang. Kita orang datang" Aayan mencelah. Terdengar suara perlahan Alysaa.

Alysaa mengangkat wajahnya merenung sisi wajah Aayan dengan riak wajah menyampah dan malas. Eh, macam hero tamil pula. Kena serang sikit hero terus datang.

Setibanya di dalam kelas. Belum sempat Alysaa melangkah 3 kali ke dalam. Tubuhnya serta merta dipeluk erat oleh seseorang setelah tubuh Aayan dan Aidan yang dekat dengan Alysaa itu ditolak dengan kasar. Hampir sahaja dahi Aayan menyembah dinding.

"Oi! Sesak nafas adik aku nanti" marah Aidan lalu menarik tangan Alysaa jauhkan diri dari Indah.

"Biarlah! Aku nak melawat dia, kau tak bagi!" marah Indah tidak berpuas hati dengan tindakan Aidan sebelum ini. Terlebih risaukan adik punya pasal. Nak melawat pun tak dibenarkan.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now