Bab 14

3.9K 249 101
                                    

Selesai membantu Aayan dan Aidan menghidangkan makanan ke atas meja. Alysaa mengambil tempat bersebelahan dengan Aidan. Aayan pula tenang duduk di sebelahnya. Kepala terus menunduk saat Hannan duduk berhadapan dengannya.

Aayan yang melihat terus ke arah wajah Alysaa. Membuatkan hati risau dan membuak-buak ingin tahu. Siapakah Hannan buat Alysaa serta Aidan. Musuh ataupun seorang kawan yang telah tak dianggap kawan lagi.

"Makin cantik Alysaa sekarang ni" suara Widad merupakan ibu kepada Hannan itu. Hanya membuat bibir Alysaa tersenyum tawar.

"Tengoklah kawan siapa ibu" tiba-tiba sahaja Hannan mencelah dengan rasa bangga.

Wajah Alysaa sekarang semakin sukar ditafsir oleh Aayan. Tangan Alysaa kelihatan sedikit mengigil dan menggengam erat seluar sendiri. Menahan rasa yang terkandung di dalam jiwa. Namun Aayan sendiri tidak tahu apakah ia.

"Sebelah Alysaa tu siapa, Min?" soal Widad yang tersedar kehadiran seorang lelaki yang sentiasa menjadi pengikut Alysaa.

"Oh Aayan. Kawan Alysaa dengan Aidan masa kecik dulu. Dia dengan Alysaa memang tak boleh berpisah langsung dari kecik. Sampai ke besar sama je" balas Yasmin tanpa rasa malu.

Wajah Aayan dan Alysaa yang terpaksa menahan malu. Aayan terus batuk secara terpaksa, menyembunyikan rasa segan. Bocor rahsia tak boleh berpisah dengan Alysaa.

"Eh. Ini Aayan yang join kelas tambahan perniagaan tadikan?" soal Hannan yang baru tersedar Aayan.

Bukan baru tersedar. Dah lama sedar. Saja tunggu masa sesuai. Lelaki itu tadi pun diam sahaja dalam kelas. Buat kerja sendiri. Tak suka bergaul dengan orang lain. Sampai cikgu sendiri dah faham.

Aayan hanya mengangguk dengan wajah biasa. Tiada senyuman. Mata pun hanya sesaat melihat ke arah Hannan sebelum melilaukan pandangannya ke arah lain.

"Alysaa kenapa tak ambil subjek tambahan juga? Ambil seni pun okey juga" soal Hannan dengan mata yang membulat ingin mendengar jawapan Alysaa.

Alysaa buntu kata-kata. Memang sengaja Hannan memancing emosinya. Bukan Hannan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya sebelum ini.

"Ap-..." kata-kata Aidan terus terputus saat pantas Aayan bersuara.

"Dah ada kimia, biologi, fizik dan matematik tambahan pun dah cukup. Tak perlu nak serabutkan fikiran lagi. Aku tambah subjek perniagaan ni pun sebab keluarga aku yang suruh. Kalau tidak, baik aku ikut Alysaa je. Fokus dekat empat subjek yang terang menerang susah. Kan Alysaa?" mata terus menoleh ke arah Alysaa.

Mata menyambut pandangan redup Aayan. Perlahan kepala hanya mengangguk dengan senyuman segaris. Ada pula mulut Aayan nak mencelah. Ingatkan dia pun sama naik bisu.

"Memang betul-betul rapatlah dia orang ni Yasmin" ujar Widad yang kagum dengan persahabatan mereka. Nampak sepadan.

"Hm. Dua orang tu. Masa sakit pun nak kena pujuk sesama sendiri. Kalau tidak, hm dua-dualah sakit terus. Si Alysaa nak Aayan, yang Aayan nak Alysaa. Geram je aku nak nikahkan dia orang dua ni nanti"

Tersembur air kosong yang diminum oleh Aidan sebelum batuk tanpa henti.

"Eh Aidan. Kamu pula yang tersedak?" soal Yasmin hairan. Laju tangannya memberi tisu kepada Aidan disebelahnya.

"Kenapa mesti Aayan eh" balas Aidan dengan rasa kesal. Aayan jadi adik ipar dia? Fuh maut-maut. Tengok gaya sekarang pun tak layak mana.

"Kenapa? Kamu dengki kalau Aayan tu jadi adik ipar kamu? Nanti dah tak boleh berkepit dengan Alysaa lagi?" soal Yasmin.

Aayan menahan senyumannya sebelum tangan menekup mulut. Terus bibir mengukirkan senyuman lebar disebalik tangan yang menutupi bibir sendiri.

Alahai blushing!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now