Bab 7

4.4K 335 114
                                    

Figura Aayan dilukis ala kadar di atas kertas kosong sementara menanti pelajar hadir. Rumah dekat, sudah semestinya dia menjadi pelajar pertama yang datang ke sekolah. Awal pagi lagi dah muncul dalam kelas, hanya seorang diri.

Aidan pula, terlalu penat dengan latihan semalam. Hari ini jadi manja pula malas nak datang sekolah. Haih, lelaki. Letih sikit, mulalah perangai manja dia keluar yang mengalahkan perempuan.

Perlahan-lahan pandangan beralih pada meja milik Aayan. Kata-kata Aidan semalam masih segar dalam ingatan. Kalau betul Aayan pindah, nampaknya perpisahan akan berlaku sekali lagi.

Nafas pendek dihela, entah mengapa dia takut jika perpisahan berlaku untuk sekali lagi. Mungkinkah dia telah menaruh harapan untuk mengekalkan persahabatan yang sudah terlerai lama.

"Kalau meja bukan main kau tenung, sampai aku... muka aku pun kau tak nak tengok lagi" suara Aayan yang menegur dari belakang membuatkan Alysaa pantas melipat kertasnya dengan pantas. Pandangan pula terus dibuang ke arah lain.

Macam manalah tak perasan Aayan dah muncul dari belakang. Buat malu je!

Tenang Aayan meletakkan beg galasnya di atas kerusi lalu melangkah selamba di meja milik Indah. Kerusi kayu ditarik lalu dipusingkan menghadap Alysaa. Tenang siku kiri di atas meja sambil tangan menahan pipi sendiri.

"Dari dulu sampai sekarang, kalau melukis engkaulah nombor satu" balas Aayan yang memerhati lukisan yang ditutupi oleh Alysaa.

Buang masa tutup kalau semuanya sudah dilihat oleh Aayan sendiri. Itulah perempuan, jauh sangat termenung sampai tak ingat dunia. Kalau ada gempa bumi pun mungkin tak mati-mati lagi lamunannya.

Tanpa rasa sebersalah, terus Alysaa mengoyakkan kertas yang dilukis tadi di hadapan mata Aayan. Dulu dah jaga hati, dipijak tanpa rasa simpati. Ha sekarang, hadaplah semula!

Aayan tetap tersenyum tanpa mengalihkan pandangannya. Terasa dengan perbuatannya, tapi hanya kekal diam.

"Mana Aidan?" soal Aayan. Baru perasan bayang Aidan masih belum kelihatan.

Alysaa diam. Malas mahu membalas. Kepala terus diletakkan ke atas meja, menghadap membelakangi Aayan.

Aayan kemam bibirnya. Suasana terus berubah menjadi kekok. Alysaa memang benar-benar mahu mengambil kesah fasalnya lagi. Tawar hati.

"Kau masih marahkan ak-..."

"Boleh tak berhenti, Aayan?" Alysaa kini bersuara seraya mengangkat kembali kepalanya dan mula menghadap wajah Aayan dengan reaksi geram.

"Sebelum aku pindah ke sini hidup aku memang sama. Aku kena buli, dipinggirkan, orang pandang aku sebelah mata sahaja. Kau ingat mental aku tak penat ke masa tu, Aayan?" sambung Alysaa.

Aayan terdiam.

"Bila aku jejak kaki ke sekolah ni, aku nampak kau. Ya, aku memang ingat kau siapa. Aku teruja gila. Aku jumpa semula kawan lama aku. Tapi bila layanan kau terhadap aku seolah kau dah lupakan aku. Sakit, Aayan. Sakit. Aku tak minta banyak pun dalam dunia ni. Cukup sekadar aku ada kawan untuk jadikan tempat meluah. Aku percayakan kau, aku sabar, tapi apa kau buat?" panjang lebar Alysaa meluah.

"Aku tahu aku salah, Alysaa. Aku dah menyesal dah pun" balas Aayan sebersalah.

Alysaa tersenyum palsu. "Menyesal? Tapi sekalipun aku tak pernah nampak wajah menyesal dalam diri kau" balas Alysaa.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now