Bab 5

4.7K 336 41
                                    

Hairan Aidan melihat Alysaa yang hanya termenung melihat brownies. Biasanya, kembarnya itu sentiasa berubah menjadi harimau yang laparkan makanan setelah melihat makanan kegemarannya. Nak-nak pula lagi Aidan yang buat. Memang sedap sehingga tak terkira.

Aidan melepaskan keluhan perlahan sebelum badan dikehadapankan, menolak pinggan untuk lebih dekat dengan Alysaa. Tapi masih, sama sahaja termenung.

Suasana di kafe yang terletak di lobby hospital ini tidaklah terlalu bising cuma suara kanak-kanak yang bermain di taman permainan menjamah telinga. Tapi Alysaa, masih lagi dalam dunia sendiri.

Baik. Ini bukan Alysaa.

"Kenapa ni? Aayan dah sedar ke?" soal Aidan prihatin. Risau melihat keadaan Alysaa, lebih kepada diam dan muram. Wajah pun sedih.

"Tak ada apalah..." balas Alysaa dengan perlahan.

"Tak ada apa-apa bendanya. Aayan halau Alysaa" suara Jauhar yang mencelah membuatkan mata Alysaa membulat.

Suara yang hadir di belakangnya membuatkan dia pantas menoleh. Tenang Jauhar mengambil tempat bersebelahan dengan Aidan yang duduk di sofa. Wajah Alysaa dan Aidan dipandang bersilih ganti. Semestinya Aidan paling terkejut mendengar pengakuannya.

"Apa fasal pula?" soal Aidan.

"Biasalah mamat tu... ego tinggi" balas Jauhar tenang.

Mata mula tertumpu ke arah Alysaa. Wajahnya jelas sekali kerisauan. Bila Jauhar dah turun, bermakna tinggal Aayan seorang diri di dalam wadnya.

Kalau bayang ibunya sendiri pun tidak nampak, siapa lagi yang mahu temankan Aayan? Luahan Aayan pada 2 hari lepas jelas sekali sedang hancur.

"Jangan risaulah. Aku rasa dia okay je dekat wad tu" balas Jauhar yang cuba menyedapkan hati Alysaa.

Alysaa mengangguk dengan senyuman tawar pada bibir.

"Aku nak pergi tandas sekejap..." izin Alysaa lalu melangkah pergi.

Aidan menampar bahu Jauhar. Tiada sebarang kata, Jauhar sudah tahu apa yang dimahukan oleh Aidan. Semestinya meminta penjelasan atas apa yang sudah terjadi.

Keluhan perlahan dilepaskan. Susah betul nak selesaikan masalah Aayan. Yang penuh dengan ego. Tak nak mengalah dalam berkata-kata. Ikutkan sangat baran dalam hati.

"Aku tak tahulah apa yang dia benci sangat dekat adik kau... sedangkan Alysaa tu dah jaga dia siang malam. Tak boleh terima sebagai seorang kawan, terima kasih pun dah cukup" kata Jauhar.

"Dia macam mana? Okay ke?" soal Aidan risau. Masih lagi mengambil berat tentang Aayan walaupun kaki terasa ringan untuk tendang Aayan tanpa rasa sebersalah lagi.

"Macam tulah Aidan... cakap fasal keluarga. Terus baran" balas Jauhar.

Aidan mengangguk faham. Segala tentang Aayan sudah pun masuk ke dalam fikiran. Tentang masalah keluarga yang dihadapi oleh Aayan sekarang. Dia tidak salahkan Aayan jika berubah sampai begitu sekali.

Tapi tidakkah terlalu melebih jika Alysaa dijadikan tempat untuk lepaskan marah sahaja? Tengking seolah tidak diajar tentang adab. Masalah keluarga dilepaskan melalui tengkingan.

Kadang kala, memang Aidan nak jauhkan Alysaa dari Aayan. Kalau boleh, biar kedua-duanya tidak bertembung langsung. Bayang pun jangan ditunjuk. Tapi apakan daya?

Alysaa yang masih bernekad mahu menolong sahabatnya dulu. Aayan pula masih bernekad dengan ego hanya kerana perubahannya sekarang.

"Tegur-tegurlah Alysaa tu, Aidan. Aku bukan nak halang dia bantu Aayan. Tapi, aku tengok Aayan... haih langsung tak nak cakap baik-baik dengan Alysaa tu" pesan Jauhar.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now