Bab 4

4.7K 309 29
                                    

Berkerut dahi membaca soalan yang sudah terhidang di hadapan mata. Bila mengangkat wajahnya, Indah, Firas dan juga Jauhar tenang menjawab soalan. Sedangkan Aidan, sudah dibuai lena sejak dari mula lagi.

Cuti penggal yang sudah bermula tidak membuatkan mereka terus senang lenang dibuai dengan rasa bahagia bila SPM bakal menghantui hidup mereka tak lama lagi. Maka, terpaksalah manfaatkan cuti dengan mengulang kaji di perpustakaan sahaja.

Saat Alysaa ingin bersuara dengan perlahan, Firas sudah mengeliat lalu meletakkan pen hitam ke atas meja, tanda sudah selesai menjawab soalan. Ulang kajinya terlalu mudah bila otak lelaki memang bijak tentang sejarah.

"Aayan dah lama tak mesej aku. Dia ada mesej kau ke?" soal Firas yang diajukan kepada Jauhar yang duduk disebelahnya.

Jauhar memusingkan pennya berkali-kali. Wajahnya jelas sekali tidak berminat untuk menjadikan nama lelaki itu sebagai perbualan.

"Lantak dialah. Kau pun menyampah dengan perangai dia sekarang. Kenapa kau nak kesah pula?" soal Jauhar dengan nada terpaksa.

"Memanglah... tapi kau tak rasa pelik ke kenapa dia tak datang sekolah sebelum cuti ni? Kan ayah dia marah kalau dia cuti" balas Firas.

"Ayah dia marah?" celah Alysaa pula.

Firas menoleh lalu mengangguk sebagai jawapan. "Ayah dia memang selalu marah si Aayan tu. So, dia memang kena ikut cakap ayah dia. Tak kira dekat mana, tak kira masa. Walaupun perkara tu, benda yang dia sangat benci" terang Firas.

Alysaa diam buat seketika. Itukah sebab Aayan berubah? Sedangkan dulu, keluarga itu bahagia. Sangat-sangat bahagia.

"Tak payah nak kesah fasal dia sangatlah Alysaa" suara Aidan yang sedang menyembamkan wajah pada lengan saat meletakkan kepala ke atas meja itu menerpa pendengaran.

"Sokong" sahut Jauhar selamba tanpa mengalihkan pandangan dari buku latihannya.

Keluhan perlahan dilepaskan. Bukan dia sengaja mahu masuk campur urusan Aayan, tapi lelaki itu tetap sahabatnya. Memang sekarang dia sudah berubah, cuma Alysaa yakin pasti ada sesuatu yang sudah memaksanya untuk berubah sebegitu rupa.

Tanpa kata lagi, Alysaa terus bangun dari kerusinya lalu membuka langkah menuju ke tingkat atas dalam perpustakaan ini. Mahu tenangkan fikiran. Nak padam nama Aayan dalam ingatan sekalipun, terlalu sukar. Nama lelaki itu sentiasa berlegar-legar dalam ingatan.

Saat kaki mula berhenti di bahagian novel melayu. Satu persatu novel dilihat. Sekadar membaca sinopsis, setelah itu diletak kembali ke tempat asalnya.

Kemudian, tanpa dia sedari. Seorang lelaki berpakaian hoodie kelabu memerhatinya dengan wajah yang bosan. Perlahan, kaki melangkah mendekati Alysaa.

"Muak dah aku tengok muka kau" sapa Aayan.

Terus Alysaa mendongak memerhati jejaka dengan ketinggian 178cm. Nak dibandingkan dengan ketinggian dia, memang kalah. Dari awal undur diri bila 159cm sahaja yang mampu dia capai.

Wajah tampan Aayan memenuhi pandangan. Tak berubah seperti dahulu. Keningnya terbentuk sempurna dengan mata yang sentiasa lunak memberi ketenangan. Kulitnya juga cerah.

"Tak payah tenung sangatlah. Baru berapa tahun tak jumpa" sambung Aayan sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Siapa je nak tengok kau lama-lama? Sudahlah tak sekolah" balas Alysaa lalu mengalihkan semula pandangan ke arah novel di hadapan mata. Baik tengok novel daripada tengok muka lelaki yang tak habis-habis nak tengking orang sahaja.

Aayan menjulingkan matanya ke atas. Kalau dia tahu Alysaa turut di sini, memang tidaklah dia mahu jejakkan kaki ke perpustakaan awam ini. Baik duduk rumah, belajar di rumah sahaja. Habis cerita!

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now