BAB 1

62 3 4
                                    

Aku menarik gaun berwarna baldu ungu yang mendedahkan betis aku. Sungguh, aku tidak betah untuk duduk lebih lama di dalam bilik tidur hotel tersebut. Peluh dingin mula merembes pada dahi, segala perasaan takut dan sedih mula berkecamuk di dalam hati.

Klik!

Seketika telinga aku menangkap bunyi pintu bilik tersebut dipulas menandakan ada orang yang bakal masuk ke dalam bilik yang aku duduki, aku menelan air liur. "Rose Aurora," sebaik saja pintu dibuka, serentak dengan itu nama aku diseru. Aku mengangkat wajah, mencari pemilik suara yang memanggil aku sebentar tadi. Pandangan mata aku bertaut dengan sepasang mata seorang lelaki bersut hitam. Kemas, kacak dan jelas terserlah karismanya.

"Stay here and don't you dare to run away," lelaki tersebut mendekati aku yang masih pegun di atas sofa. Wajahnya didekatkan seinci dengan aku, "you look so beautiful, never fail to disappoint me," bisik lelaki tersebut dengan lembut. Dapat aku rasa hembusan nafasnya pada telinga aku. Aku palingkan wajah, cuba menjauhi lelaki tersebut.

"Saya tak pernah minta untuk buat semua ni," luah aku. Lelaki tersebut ketawa, "kau tak minta but unfortunately you were forced to, that useless father of yours sold you to me," aku mengetap bibir, geram. "Foster dad," tegas aku. Aku takkan pernah mengaku yang ayah angkat aku itu merupakan ayah aku. Dialah punca utama aku berada di sini, lepas berhutang pergi berjoli sakan. Bila tak mampu nak bayar hutang yang menggunung, akulah jadi mangsa dia.

Jual aku pada pemilik kelab malam sebagai ganti kepada RM 15,000. Aku rasa terhina, murah sangat ke harga diri aku? Rm 15,000, hanya itu harga yang diletakkan buat aku.

"Still, sweetheart, you can't do anything, you are mine and soon to be his," sinis balasan lelaki yang aku kenali sebagai Alex itu.

Aku menelan air liur, hampir aku terlupa satu perkara. Malam ini merupakan malam terakhir aku tinggal di dalam hotel setelah hampir sebulan aku menjadi penghuni bilik VVIP berlabel 101 ini. Entah lelaki mana yang akan bawa aku pergi nanti dan disebabkan lelaki itu jugalah aku tinggal di dalam hotel. Kalau diikutkan, aku ni sepatutnya Alex letak dekat kelab malam dia tapi kerana lelaki itu, layanan Alex terhadap aku amat berbeza.

Konon istimewalah sangat! Walhal nasib aku tetap sama, menjadi hak milik lelaki yang aku langsung tak kenal.

Namun, dalam diam aku ada sikit rasa bersyukur. Sebab apa? Kalaulah aku perlu bekerja dengan Alex di kelab malam dia, maksudnya aku terpaksa menjadi 'hamba' kepada nafsu pelanggan-pelanggan Alex yang gatal tak ingat dunia tu! Alex simpan aku dan tak bagi mana-mana pelanggan dia dekat dengan aku sebab syarat yang lelaki tak dikenali itu berikan pada Alex.

Macam mana aku tahu?

Haritu aku curi dengar perbualan telefon antara Alex dengan lelaki tersebut. Masa tu Alex pasang loud speaker, nampak macam mengundang aku untuk dengar sekali saja jadi aku tak dikira curi dengarlah kan?

Lelaki tu kata, "don't you dare bring any men to her, if any of your customers lay a finger on her, I'll send both of you to hell. She's mine, exclusively mine," tegas saja suara garau lelaki tersebut berbicara di dalam talian. Alex pun apalagi, lepas dengar ayat 'I'll send both of you to hell' tu, dia terus terima arahan dengan patuh. Entah besar mana kuasa lelaki itu sampaikan Alex yang digeruni ramai pun boleh kecut perut.

Yang pasti, dia bukan orang biasa.

Ting!

Bunyi telefon bimbit Alex tamatkan perbualan antara aku dan dia. Alex menyeluk poket kanan seluarnya, dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan memeriksa noti yang tertera pada skrin. "Ouh, shit! I'm late!" Alex melepaskan makian. Dahinya ditepuk menandakan dia sudah buat satu kesalahan. Aku memandang ke arah Alex, nampak macam dia akan cakap sesuatu pada aku tak lama lagi.

(OG) HIS AURORATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang