BAB 5

50 3 1
                                    

"Dah berapa lama kerja dengan Hez?"

Aku tujukan soalan pada Ash yang jalan seiring dengan aku. Hampir semua kawasan di dalam rumah sudah aku teroka bersama Ash. Kali ini kami berpindah ke luar rumah pula. Ash bawa aku untuk melihat green house yang aku boleh nampak dari balkoni bilik aku. Katanya dalam green house itu banyak bunga dan aku pasti suka. Sangkaan Ash betul bila aku automatik berubah menjadi kanak-kanak ribena yang teruja lepas nampak bunga. Bukannya aku tak boleh kawal perangai cuma bunga memang kegemaran aku. Tambah lagi bila dalam green house itu dipenuhi dengan bunga orkid dan ros. Confirm aku tewas.

"Lebih kurang 3 tahun," jawab Ash sambil menarik kerusi yang tersedia di dalam green house tersebut dan menjemput aku untuk duduk.

"Thank you," aku duduk di atas kerusi tersebut sambil menarik nafas. Apabila nafas dihembus, aku tersenyum puas. Segar dan harum sungguh suasana di dalam green house ini.

"Awak suka kerja dengan Hez?" sekali lagi aku mengajukan soalan.

Ash mengangkat kening, "kenapa tanya soalan macam tu?" soalnya.

Aku angkat bahu, "well, apparently awak semua takutkan Hez. Saya tanya kot-kot awak rasa terseksa kerja dengan dia," selamba aku menjawab.

Ash membalas kata-kata aku dengan tawa, "takut? Takdelah, kami bukan takutkan Tuan Hez. Cuma, kami hormat pada dia. Bekerja dengan Tuan Hez benda terbaik pernah jadi dalam hidup saya. Dia majikan yang baik, tak pernah berkira dengan pekerja. Tuan Hez jaga kebajikan kami, siapa yang takde tempat tinggal, dia sediakan. Siapa yang susah, dia tolong. He might seems cold but he's kind hearted. Tell me, dekat mana nak jumpa bos baik macam tu?" Ash tidak putus-putus memuji Hez.

Aku kecilkan mata memandang Ash, sekeliling green house ini aku teliti. "Awak cari apa?" Ash bertanya. Mungkin hairan dengan tingkah aku. Aku pandang ke arah Ash yang masih berdiri sambil menyandarkan separuh tubuh bawahnya pada meja yang terletak di antara kami.

"Cari cctv," balas aku.

"Cctv?"

Aku angguk, "ya, manalah tahu awak puji Hez lebih-lebih sebab dalam ni ada cctv," jawapan aku sekali lagi mengundang tawa Ash.

"Mana ada cctv lah, saya memang ikhlas puji dia macam tu," Ash berkata sambil menyeka air matanya yang terkeluar sedikit akibat terlalu banyak ketawa. Terhibur betul dia dengan aku.

"Tak sangka awak ni lawak juga eh, ingatkan tak boleh bawa bergurau" Ash menyambung kata selepas tawanya reda.

"Itulah, never judge people before you know them. Kan dah penat gelak," selamba aku membalas.

"Ash, saya nak tanya awak satu soalan boleh tak?" aku bertanya pada Ash sebaik sahaja satu soalan menerpa di minda aku.

"Boleh, apa dia?"

"Ermm, nenek Hez. Awak kenal?" soalan aku buat Ash kerutkan dahinya.

"Tak kenal sangat tapi saya pernah jumpa Madam Irma sekali masa hantar Tuan Hez pergi rumah family dia," jawab Ash.

"Madam Irma, itu ke nama nenek Hez?" soal aku lagi.

Ash angguk, "Irma Deneuve,"

"Ermm, nenek Hez sakit apa?" banyak pula soalan yang aku tanya pada Ash. Aku harap dia tak menyampah dengan aku.

"Madam Irma was diagnosed with cancer a year ago, she received chemotherapy treatment tapi.." Ash berhenti menjawab soalan aku.

Aku pandang dia dengan pandangan ingin tahu, "tapi?" desak aku.

Ash lepaskan satu keluhan, "she won't last long. She's old and her body can't keep up with the treatment. Sebab itulah, Madam Irma paksa Tuan Hez untuk hentikan semua sesi perubatan dia. Madam kata dia dah penat," sambung Ash.

"Setakat itu saja yang saya tahu. Saya tak berani cerita lebih-lebih. Kalau awak nak tahu lebih banyak, you can ask Tuan Hez yourself," aku mengangguk selepas mendengar apa yang Ash katakan. Fahamlah aku yang dia hormat akan privasi keluarga Hez. Aku juga tidak berniat untuk mengorek lebih dalam berkenaan nenek Hez pada Ash. Kalau aku hendak tahu lebih banyak, aku akan tanya Hez sendiri walaupun aku tahu mungkin sukar untuk aku buat lelaki itu menjawab soalan aku.

"Ash, last question," baru aku teringat satu benda.

Ash angkat kening.

"You have so much question running in your head, Rose. Tadi kata satu soalan, kalau saya jawab soalan awak kali ini dah masuk tiga soalan,"

Aku tersengih bila dengar apa yang Ash katakan. Apa nak hairan? Ini Rose Aurora kot. Aku dengan soalan memang kamcheng sejak azali. Berpisah tiada.

"Tunang Hez, mana dia sekarang?"

Memang ini yang aku rancang untuk tanya pada Ash dari awal. Cuma aku perlulah ada mukadimah, tanya soalan dari pokoknya dulu. Barulah aku berpindah pada buahnya.

"Tunang Tuan Hez?"

"Ya, tunang. Her fiance that ran away with another man," jelas aku. Nampak wajah Ash berubah hairan. Anak matanya bergerak-gerak tanda dia sedang proses soalan yang aku ajukan tadi.

"As far as I know, Tuan Hez takde-"

"Rose Aurora!"

Oh mak kau!

Hampir terjatuh aku dari kerusi apabila terdengar suara kuat yang memanggil nama aku. Serentak aku dan Ash menoleh ke arah suara tersebut.

"Hez, you're awake?" aku bersuara selepas melihat Hez yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk ke dalam green house ini. Pakaiannya sudah berganti. Kali ini dia mengenakan sweater berwarna coklat bersama seluar berwarna krim. Melalui penampilannya yang kemas, jelas sekali dia terjaga lebih awal.

Hez tidak menjawab soalan aku sebaliknya melangkah mendekati aku dan Ash. Dia berhenti betul-betul di hadapan kami berdua, pandangannya difokuskan pada Ash yang sudah berdiri tegak di sebelah aku  yang masih lagi duduk di atas kerusi.

"Ash," panggilnya.

"Ya, Tuan Hez!" ibarat askar Ash menjawab. Nasib baik dia tidak tabik pada Hez. Kalau tidak aku akan persoalkan sama ada Ash itu pemandu ataupun askar.

"Sejak bila kau jadi sopan panggil aku Tuan?" terangkat kening Hez.

Ash sengih, "ala, sekali-sekala aku nak tunjuk hormat dekat kau tak boleh ke?" jawab Ash.

Hez tayang wajah jengkel, "huh, iyalah tu!" kata Hez sebelum pandangannya beralih pada aku.

"I guess you've met Ash, my personal assistant," melopong mulut aku dengar pengenalan Hez tentang Ash terhadap aku.

"Personal assistant? Seingat saya, awak kata awak ni pemandu Hez?" aku pandang Ash. Sedia untuk telan dia hidup-hidup kalau aku tahu yang dia tipu aku.

Ash sengih lagi, dia meraup belakang lehernya.

"Well, I do both. Personal assistant and a driver," jelas Ash.

"Aku malas nak dengar sesi perkenalan korang. When you guys are done, please bring Aurora to my work room. Aku ada benda nak cakap dengan dia," Hez memberi arahan dan terus berlalu meninggalkan aku dan Ash.

"Patutlah awak tahu banyak sangat tentang Hez. You are his personal assistant," aku menyindir Ash.

"Awak tak tanya pun saya kerja apa selain daripada pemandu," balasan Ash buat aku buntangkan mata.

"Macam mana saya boleh expect yang awak akan ada dua kerja?" soal aku.

Ash angkat bahu, "I need more than one job to survive living in this materialistic world, Rose," jawab Ash lagi.

"Yeah, you're right. Jomlah, bawa saya pergi jumpa Hez," aku mengubah topik perbualan. Meminta Ash membawa aku untuk bertemu dengan di bilik kerjanya seperti mana yang Hez arahkan sebentar tadi. Entah apalagi yang dia hendak bincang dengan aku. Sampai tahap ini aku hanya mampu akur dengan setiap arahan daripada Hez. Siapalah aku untuk melawan apabila mengenangkan hakikat yang aku terikat dengan lelaki itu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(OG) HIS AURORAWhere stories live. Discover now