"I told you to take a good care of her but look what had happened?! That fool even lay his lips on her!"
Aku dikejutkan dengan bunyi bising yang menjengah masuk ke dalam telinga aku. Aku membuka mata, sedar-sedar saja aku sudah berada di atas katil. Diselimut dengan rapi, aku menyelak comforter putih yang membalut tubuh aku. Gaun yang aku pakai semalam sudah digantikan dengan pijama satin berwarna biru laut yang aku pasti bukan milik aku.
Aku cuba berdiri dari posisi baring namun serta-merta sakit di bahagian kepala menyerang. Aku panggung kepala, memicit kiri dan kanan bahagian dahi untuk mengurangkan rasa sakit. Setelah aku pasti bahawa rasa pening yang aku hadapi berkurang sedikit, aku turun dari katil dan menuju ke arah meja solek yang tidak jauh dari katil aku. Aku menghalakan pandangan pada pantulan aku pada cermin meja solek tersebut.
Air mata aku bertakung di tubir mata selepas melihat keadaan aku yang nampak sangat teruk. Pipi aku dah muncul lebam akibat tamparan lelaki tersebut semalam. Itu aku tak kesah sangat tapi yang buat aku bertambah sedih bila pandangan aku beralih pada bibir dan leher aku. Bibir aku luka, sedikit pecah. Leher aku, penuh dengan kesan lebam yang aku tahu bukan akibat dipukul namun akibat perlakuan lelaki semalam yang melepaskan nafsunya pada aku.
Aku mengusap air mata yang sudah mengalir deras. Aku rasa jijik dengan diri sendiri, walaupun lelaki tersebut tidak sempat berbuat jahat terhadap aku dengan lebih jauh semalam, aku tetap rasa jijik dengan diri sendiri. Disentuh oleh lelaki yang aku langsung tak kenal.
"Bullshit!" aku mendecit sedikit setelah mendengar suara tengkingan yang datang dari luar bilik aku. Sudah kali kedua suara yang sama memaki hamun. Aku mendekati pintu bilik aku, menekap telinga pada pintu untuk mencuri dengar perbualan mereka. "Hez, please..kawal diri kau, aku janji aku akan buat lelaki bodoh tu menyesal sebab sentuh Rose," kali ini suara Alex pula aku dengar menenangkan lelaki yang bernama Hez itu. "You better! Kalau tak, aku sendiri yang akan hukum mamat bodoh tu with my way of punishment," aku dengar Hez mendengus kasar di akhir kata-katanya.
"Aku nak masuk tengok Rose," Alex menghentikan perbualan antara dia dengan Hez. Alamak, kalau diorang tahu aku curi dengar, habislah aku! Kalut aku berlari anak ingin kembali ke atas katil. Niat nak buat-buat tidur terbantut bila kaki aku tersepak kerusi meja solek aku. "Auch!" aku melepaskan jeritan, automatik aku terduduk di atas lantai. Takdelah sakit sangat tapi tetap pedih rasanya.
"Rose, you're awake? What happened?" suara Alex yang baru masuk ke dalam bilik menegur aku. Dia mendekati aku yang sudah duduk bersimpuh di atas lantai. "Tersepak kerusi," jawab aku ringkas. Alex menepuk dahi, "macam mana boleh tersepak pulak?" soalan Alex buat aku menelan air liur. Takkan nak jujur pada Alex yang aku curi dengar perbualan antara dia dengan Hez?
"Balasan sebab curi dengar perbualan orang, padanlah muka," belum sempat aku nak auta dengan Alex, satu suara dah mencelah. Aku angkat wajah dan nampak susuk tubuh sasa seorang lelaki yang memakai t-shirt polo hitam yang dipasangkan dengan seluar hitam sedang bersandar pada dinding di tepi pintu sambil memeluk tubuh. Eh-eh, macam mana dia tahu aku curi dengar?
"Come, pergi baring atas katil," Alex memaut bahu aku dan memimpin aku kembali ke atas katil. "Nak air tak?" Alex menyoal lembut, musykil aku. Tahap baik Alex pada aku hari ini agak luar biasa. Aku membalas soalan Alex dengan anggukkan, memang aku haus pun. Tekak pun dah rasa gatal sebab kering. Aku nampak Alex halakan pandangan ke arah lelaki yang bersandar pada dinding tadi, "Hez, tolong ambil segelas air boleh tak?" soal Alex pada Hez.
Dalam hati aku berbisik, ini rupanya Hez yang aku duk dengar Alex sebut dari tadi.
Mata Hez membulat bila dengar Alex tanya soalan macam tu pada dia. "Aku? Ambil air? Siapa bos sekarang ni? Aku atau kau?" bertubi-tubi soalan yang Hez lontarkan pada Alex. "Ambik air pun nak berkira bos atau pekerja ke? Tolonglah kejap, aku nak cakap sikit dengan Rose," Alex menjawab. Aku dengar Hez mendengus sambil merungut. Entah apa yang dia rungutkan sebab aku tak dengar sangat.
YOU ARE READING
(OG) HIS AURORA
RomanceHez Mikayl Deneuve || Rose Aurora "She's his treasure. The greatest gift he ever received and nothing can take her away from him," - Benjamin. "You are meant to be with me, Aurora. There's a red string that tie our faith to be together. You can't ru...