"Aurora, wake up," sayup-sayup kedengaran suara Hez membangunkan aku dari tidur. Aku membuka kelopak mata, terkejut aku apabila mendapati wajah Hez yang berada dekat dengan wajah aku. Secara refleks aku menolak tubuh Hez, "heyh, awak buat apa ni?!" aku memarahi Hez. Terkejut dengan tindakannya itu.
Hez tayang wajah tidak bersalah, "what? Dah dekat 5 kali aku bangunkan kau, I thought you were dead," balas Hez. Aku mengurut dada, "tak payahlah dekat sangat dengan saya, awak boleh buat saya mati sebab sakit jantung tahu tak?!" marah aku lagi.
"Kau mati ke tadi?"
Aku diam. Hah, apa ni?!
"Tak mati kan? Jadi tak payahlah nak marah over sangat," Hez berkata selamba.
Cis!
Tak guna punya ayat!
"Dah, jom turun!" Hez keluar dari kereta. Aku pula hanya menurut arahan Hez dan turut sama keluar dari kereta tersebut. Aku mendapati bahawa aku sekarang berada di dalam sebuah garaj selepas pandangan aku teralih kepada beberapa buah kereta mewah yang tersusun cantik di dalam garaj ini. "This is where you will be staying, with me, of course," Hez memaklumkan sambil kami berdua jalan seiring untuk keluar dari garaj kereta ini. Aku kecilkan sedikit mata apabila pancaran matahari terkena pada wajah aku. Bila aku angkat wajah untuk meneliti kawasan rumah Hez, mulut aku terbuka sedikit. Terpersona.
Oh my god, this man own a freaking mansion!
Tak percaya aku dengan pemandangan yang menghiasi mata aku sekarang. Semuanya indah dan mewah. Rasa macam masuk ke dalam dunia lain. Tak pernah dalam seumur hidup aku lihat tempat tinggal secantik ini. Dari luar saja aku dapat lihat kemewahan rumah yang berjumlah 3 tingkat ini. Kawasan tanah yang dimiliki Hez sangatlah besar. Kalau dianggarkan mungkin dalam 8000 ke 10000 meter persegi. Sekeliling kawasan rumah Hez ini semuanya ditumbuhi dengan pokok-pokok hijau yang segar. Redup dan tenang saja kalau ditiup angin. Di bahagian tengah kawasan halaman rumah pula ada satu binaan air terjun yang menarik minat aku kerana di sekeliling binaan tersebut terdapat banyak bunga ros putih yang ditanam.
Mata aku kini fokus kepada bangunan yang tersergam indah di hadapan aku sekarang. Warna cat yang digunakan pada bangunan rumah Hez sangat cantik, bangunannya semua disaluti dengan warna krim. Birai tingkap pula disaluti dengan warna hitam manakala atap rumah berwarna biru. Ala-ala rumah Inggeris. Ouhh, aku hampir terlupa. Hez ini ada darah Inggeris, wajarlah kalau penginapan dia juga punyai aura Inggeris.
"Nak masuk ke nak terpacak dekat depan ni sampai subuh esok?"
Lamunan aku dikejutkan dengan suara Hez yang menegur aku. Aku mencerlungkan mata ke arah Hez yang sudah mengatur langkah menuju ke pintu hadapan rumahnya. Penat aku puji rumah dia dalam hati, dia pula boleh selamba sakitkan hati aku.
Huh!
Aku mendekati Hez dan aku lihat dia menekan loceng rumah.
Ding! Dong!
Dapat aku dengar bunyi loceng yang kuat datang dari dalam rumah tersebut. Tidak sampai seminit, pintu kaca tersebut dibuka dan menunjukkan seorang wanita lewat 40-an yang sedang tunduk hormat kepada Hez. "Selamat pulang, Tuan Hez," sopan saja wanita itu menyapa Hez.
"Thanks, Kak Nab. Nanti tolong panggilkan Ash , suruh dia angkatkan barang-barang yang ada dalam kereta saya dan bawa masuk dalam rumah," Hez mengarah dan mula menapak masuk ke dalam rumah. Aku pula masih pegun di hadapan pintu, nak masuk ke tak? Tak ada pula Hez jemput aku masuk. Wanita yang dipanggil Kak Nab itu pula tak sedar akan kehadiran aku.
"Baik, tuan," Kak Nab menjawab. Aku nampak Hez memeluk tubuh sambil matanya memandang ke arah aku. "Kak Nab, boleh Kak Nab jemput tetamu kita yang ada dekat luar tu? Dia tunggu apa entah kaku aje dekat situ, nak akak bentang red carpet baru dia nak masuk kot," sindiran Hez buat aku mencebik. Normallah aku kekok, aku ni dahlah orang luar. Takkan nak masuk tak dijemput? Nampak sangat tak ada adab.

ANDA SEDANG MEMBACA
(OG) HIS AURORA
RomanceHez Mikayl Deneuve || Rose Aurora "She's his treasure. The greatest gift he ever received and nothing can take her away from him," - Benjamin. "You are meant to be with me, Aurora. There's a red string that tie our faith to be together. You can't ru...