BAB 3

46 3 11
                                    

"So, what do you want to know about me?" Hez memulakan perbualan di antara kami berdua sejurus selepas meja makan dibersihkan. Aku diam, otak sedang ligat memproses soalan yang ingin aku tujukan berkenaan diri Hez.

"Nama penuh awak?"

"Hez Mikayl,"

"Itu saja?"

"Yes,"

Aku kerutkan dahi, habistu kenapa dari tadi aku asyik dengar staf kafe ini panggil dia Sir Deneuve saja? Nama siapa pula tu?

"So who's Deneuve?"

"Me,"

"Tadi kata nama awak Hez Mikayl aje?"

"Itu nama dekat Malaysia,"

"Jadi Deneuve tu nama dekat mana pula?"

Haih, pening aku dibuatnya! Baru aku tanya soalan basic, nama dia saja pun dah keliru.

"Look schatzi, my name is Hez Mikayl but in German most of them call me Deneuve. I am half Malay and half Germany. My mom married my dad when she went to study at Berlin's university. Is that clear enough?" Hez menerangkan panjang lebar. Aku mengangguk, kalah burung belatuk. Sekarang baru aku faham sepenuhnya kenapa bahasa German Hez sangat pekat, rupanya sebab darah German memang mengalir dalam badan dia.

Patut pun muka dengan ketinggian dia berbeza sangat dengan lelaki Melayu. Kalau teliti wajah Hez, orang yang tak kenal dia mesti cop dia sebagai pelancong negara luar. Dengan hidung mancung, mata bundar, anak mata warna hazel dan kulit yang cerah, aku boleh kata yang wajah Hez bawa trait ayahnya. Tinggi Hez tak payah cakaplah, aku yang pakai kasut tumit tinggi ini pun sampai paras bahu dia saja. Cuba bayangkan kalau aku cabut kasut tumit tinggi ni? Tak ke nampak kerdil?

"Umur awak berapa?"

"29,"

Muda lagi.

"Kerja apa?"

Apesal soalan aku macam nak cari jodoh ek? Aku sepatutnya tanya dia kenapa dia beli aku daripada Alex. Bukannya ambil tahu mengenai hidup dia.

Hez memeluk tubuh sambil mengangkat keningnya, "kau rasa kerja apa yang aku buat sampai mampu beli kau dengan harga yang tinggi?" dia menduga. Aku pandang ke siling kafe ini, berfikir sejenak. Kerja apa eh? Mustahil kerja yang Hez lakukan ini biasa-biasa. Tengok saja kereta yang dia pandu, aku tak tahu jenama apa tapi yang aku pasti kereta itu memang sangat mahal. Takkanlah..shoot!

"Awak perdagangkan manusia eh?!"

Serentak dengan itu aku berdiri daripada duduk, cuba menjauhi Hez yang kelihatan agak terkejut dengan jawapan aku. "Aurora, sit!" Hez mengarah dan aku lihat dia tidak berhenti pusingkan kepala ke arah beberapa orang staf yang berdiri tidak jauh dari tempat duduk kami berdua. "Taknak, awak beli saya daripada Alex lepastu awak nak jual saya dekat Thailand kan?!" aku menuduh. Berdiri bulu roma aku mengenangkan nasib yang mungkin bakal menimpa aku tidak lama lagi. Tak mustahil sekiranya Hez lakukan kerja sebegitu.

"Thailand? Apa yang kau merepek ni? Duduk, Aurora! Sebelum aku yang angkat kau duduk dekat tempat kau balik!" Hez mengugut. Aku nampak dia berdiri dan berura-ura untuk mendekati aku. "Jangan dekat! Saya duduk sendiri!" aku terpaksa akur dengan arahan Hez. Dengan langkah yang berat, terpaksa aku menarik kembali kerusi untuk duduk berhadapan dengan Hez.

"What were you thinking? Muka aku ada nampak macam muka dagang manusia ke?!" Hez bertanya, nada suaranya tidak kuat cuma aku dapat rasa sedikit kekerasan pada suara tersebut. "Awak yang suruh saya teka, logiklah kalau saya kata awak buat kerja macam tu. Nak beli orang ini bukannya murah!" jawab aku. Mempertahankan alasan diri sendiri.

(OG) HIS AURORAWhere stories live. Discover now