PROLOG

73 4 21
                                        

"Verdammt! Shit! How dare he messed with my treasure!"

Ruangan bilik hotel yang mewah itu dihujani dengan kata-kata kesat. Dengusan penuh amarah serta kata-kata berbaur ancaman dihamburkan oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Lelaki itu mengepal penumbuk, dirinya seolah-olah sudah bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja yang mencari nahas dengannya.

"Hez, calm down!"

Seorang lagi lelaki yang sejak tadi menjadi pemerhati lelaki yang digelar Hez itu menegur. Kecut perutnya melihat amarah lelaki itu. Hez ibarat harimau yang terlalu lapar untuk menunggu mangsanya terleka. Tahap kesabarannya sudah sampai ke tahap maksima.

Dijelingnya Alex yang duduk di atas sofa kulit tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"You're telling me to calm down?! That old man crossed the line, Benjamin! And I'm not letting him go again!" keras suara itu menjawab. Tulang pipinya bergerak-gerak. Urat pada wajahnya sudah mula timbul.

"Kau sendiri yang kata kita hanya perlu jadi pemerhati dan tak perlu masuk campur," balas Alex.

"Not after what had he done to her! This time, I'll take care of this thing with my way. We're not letting it passed anymore," Hez menjawab. Langkahnya diatur menuju ke sofa sebelum dia menghumban badannya ke atas sofa tersebut.

"Kau nak buat apa?" Alex menyoal. Sebelah alis keningnya terangkat sedikit.

Bibir Hez terjongket. Mengukir senyum sinis yang penuh dengan makna.

"No, Hez Mikayl! Don't give me that smile!"

Alex menegah. Melihat senyuman Hez, dia bagaikan sudah tahu apa yang berlegar-legar di dalam minda kawan baiknya itu.

Yang pastinya, bukan sesuatu yang mudah.

Hez pandang ke arah Alex. Matanya tepat pada anak mata lelaki itu.

"I'm going to take back what belongs to me. Enough of waiting and watch like an extra, Benjamin. It's time for us to be the main lead," Hez berhenti seketika, dagunya diusap. Bagaikan berfikir sesuatu sebelum dia menyambung ayatnya.

"No, it's time for me to be the main lead," Hez mula berdiri. Dia mendekati Alex. Bahu lelaki itu ditepuknya berkali-kali.

"Come on, Benjamin! We got work to do," suara Hez lantang sebelum dia menyarung kot kelabu asapnya yang diletakkan di atas sofa.

Alex hanya menurut. Langkah Hez yang keluar dari bilik hotel ini diturutinya. Apa saja idea lelaki itu akan dia turuti. Kerana dia tahu, lelaki bernama Hez Mikayl Deneuve itu tidak akan pernah tersilap langkah. Malah, lelaki itu akan sentiasa maju beberapa langkah berbanding orang lain. Sebab itulah dia tidak pernah meragui Hez.

Kereta Hez berhenti di hadapan sebuah kelab malam yang terletak di hujung bandar. Kawasannya agak terpencil namun tempat itu masih kelihatan penuh. Berduyun-duyun pelanggan yang keluar masuk dari kelab tersebut. Semuanya pelbagai rupa dan ragam. Ada yang pada awalnya masuk berseorangan tiba-tiba keluar berdua bersama jantina yang berlainan. Ada yang masuk dengan penampilan kemas tetapi apabila hendak keluar dari kelab malam itu, sudah terhuyung-hayang.

Mabuk, sudah pasti.

Ada juga yang dihumban keluar ataupun dibelasah akibat kalah dalam pertaruhan. Tempat itu tidak ubah seperti neraka dunia. Tempat di mana insan-insan yang terlalu leka dengan nikmat dunia bergelumang. Yang pasti, tujuan Hez ke sana bukanlah kerana dia hendak berjoli. Itu bukan dirinya. Hez datang dengan satu tujuan, iaitu untuk mencari sesuatu miliknya.

Kaki diatur masuk ke dalam kelab malam tersebut. Dari jauh lagi Hez sudah dapat dengar bunyi bising akibat muzik yang dipasang dengan kuat.

"Ugh!" dia lepaskan keluhan. Automatik tangannya menutup hidung. Bau alkohol yang memenuhi segenap ruang kelab malam itu masuk ke dalam rongga hidungnya.

(OG) HIS AURORATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang