~CHAPTER 5~

2.1K 121 16
                                    


Pejam celik pejam celik, kini hari yang ditunggu tunggu oleh Tengku Khairudin dan Puan Alvina.
Anak mereka bakal menjadi pengantin baru seperti yang mereka janji sebelum ini.

"Weyhh...aku takutlah. Kalau lari sempat lagi kan?" kata Balqis dalam keadaan tak senang duduk.

"Ehh..kau nih. InshaAllah takda apa-apa lah yang berlaku." jawab Anis

"Wahhh! lawanya pengantin kita nih." sergah Liya dan Lin.

"Aku takut lah...macam mana kalau dia tetiba 'ngap' aku? Masak aku nanti." kata Balqis takut.

"Kalau dia 'ngap' kau..kau 'ngap' dia balik." balas Liya sambil tergelak besar.

Suasana dalam bilik pengantin itu amat riuh rendah dengan suara kawan-kawannya.

"Eh..jom turun. Pengantin lelaki dah sampai." kata Puan Alvina seraya menarik tangan anaknya.

"Mama~..adik takut lah.." kata Balqis sambil menundukkan kepala.

"InshaAllah takda apa yang berlaku" jawab Puan Alvina lalu menyuruh anaknya duduk di atas plamin.

'MasyaAllah.. cantiknya bidadari aku nih' desis Adam

"Ehermm" dehem tok kadi menyedarkan Adam.

"Boleh kita mula ya?" tanya tok kadi kepada Adam.

Adam hanya mengangguk perlahan.

"Tengku Noor Adam Zaquan bin Tengku Noor Adnan."

"Saya.."

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Balqis Sofea binti Tengku Khairudin dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Tengku Balqis Sofea binti Tengku Khairudin dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai."

"Sah?"

Saksi kanan hanya mengangguk.

"Sah?"

Saksi kiri pula mengangguk.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz,Tengku Balqis Sofea sudah menjadi milik Tengku Noor Adam Zaquan.

•skip malam•

Hari sudah larut malam,kini hanya ada beberapa tetamu sahaja.

"Aduhh..lenguhnya badan aku" kata Balqis sambil memusingkan badannya.

"Kenapa nih hm?" tanya Adam lembut kepada isterinya.

"Ehh..awak. Ermm takdelah saje tengok-tengok." tipu Balqis.

"Lain kali kalau tak pandai nak menipu,jangan menipu. Kau lenguh kan?" soal Adam.

Balqis hanya mengangguk perlahan.

"Dah pergi naik atas..mandi solat isyak. Jangan tidur lagi..tunggu aku" kata Adam dalam nada tegas.

"Tapi tetam-  " percakapan Balqis dipotong oleh Adam.

"Takpe aku boleh handle..dah pergi naik" kata Adam lalu keluar dari rumah dan menuju ke khemah.

•skip sampai bilik•

"Yahhh... penat nyerrr. Rehat kejap lah." monolog Balqis lalu terus rebahkan diri di atas katil miliknya.

Tanpa dia sedar,dia sudah melelapkan matanya.

"Assalamualaikum.." kata Adam perlahan

'haih budak nih..aku suruh mandi bukan tidur.' kata Adam sendiri.

"Balqis... Balqis. Heyy bangun." kejut Adam

"ermm" rengek Balqis

"Balqis bangun..aku suruh mandi bukan tidur" kata Adam lalu menarik tangan isterinya supaya duduk.

Mr. Headprefect itu Suami Aku! ✅Where stories live. Discover now