A

52 10 0
                                    

" Aku terima nikahnya Nuha Arabella binti Syed Mahad dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

"Sah?"

Kelihatan para tetamu sedang berbincang sesama sendiri. "Sah!" "Sah!"

Arabella memejamkan matanya rapat. Mutiara jernih mulai turun dengan deras di pipi gebunya.

Mak Timah mengusap-ngusap tangan Arabella untuk menenangkan menantunya walaupun hati tuanya remuk dek kerana perbuatan anaknya. Tapi dia redha dengan ketentuan Allah. Mesti ada hikmahnya mengapa Allah memberi keluarganya ujian sebegini rupa.

"Ehem!"

Entah sejak bila Mikael berada di depan Arabella pun Arabella tidak sedar. "Hulurkan tangan kamu sayang." Bisik Mak Timah. Arabella yang tersedar dari lamunan terketar-ketar dia menghulurkan tangannya.

Tidak pernah dia menyangka bahawa dia akan berkahwin pada usia semuda ini. Lagi-lagi tanpa restu ibu bapa. Tak. Ini bukan salah aku. Semua ni bukan salah aku atau Mikael...

Selesai saja Mikael menyarungkan cincin, Arabella teragak-agak untuk mencium tangan Mikael. Mikael tanpa ragu terus menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Arabella. Kemudian blah cam tu je.

Nampak sangat tak ikhlas. Ceh! Entah kenapa pipinya mengblushing tetapi tidak ketara kerana pipinya sudah dipakaikan blusher.

ㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁ

"Sudah-sudah lah tu Ara. Kamu masuk bilik. Rehatlah. Mesti kamu penat. Biar mak je yang kemas semua ni." Ujar Mak Timah.

"Eh! Tak apa lah mak cik. Saya boleh buat. Ala sikit je ni."

"Panggil Mak Timah 'mak'. Ara kan menantu mak."Mak Timah merenung menantunya. Tidak tahulah dia patut gembira atau tidak. Hatinya masih lagi terluka. Arabella yang perasan Mak Timah merenungnya hanya menunduk.

"Ara minta maaf mak." Satu persatu mutiara turun dari tubir mata gadis itu.

Mak Timah perlahan-lahan mendekati Arabella sebelum memeluknya. Digosok-gosok belakang Arabella untuk menenangkannya.

"Tak apa. Ini bukan salah kamu Ara. Mak yakin. Ara budak yang baik. Jangan salahkan diri kamu ya nak? Ini ketentuan Allah. Redha saja ya?" Pujuk Mak Timah sambil memandang Arabella.

Terbit rasa simpati di hati tua itu melihat Arabella yang menanggung keperitan hidup. Walaupun dia baru saja kenal dengan menantunya itu, dia rasa seperti sudah lama dia kenal Arabella dan menyayangi Arabella seperti anak kandungnya.

"Dah. Kamu masuk bilik ya? Teman suami kamu. Kesian suami duduk seorang-seorang saja dalam bilik." Pujuk Mak Timah lagi. Arabella akur.

Sungguh dia bersyukur dapat mak mertua yang memahami dan menyayangi dirinya.

Pintu bilik dikuak Arabella dari luar. Dilihatnya Mikael sedang membelek telefonnya di atas katil. Kehadiran Arabella langsung tidak diambil kisah.

Arabella memuncungkan sikit bibirnya. Dia menghampiri katil lalu melabuhkan punggungnya perlahan. "Amboi! Main fon tu macam nak telan je. Borak dengan girlfriend ke?" Telinganya jelas menangkap nada cemburu dalam percakapan Arabella.

"Girlfriend? Aku mana ad-" percakapannya terhenti. Akalnya mendapat buah fikiran nakal.  "Ha ah. Aku tengah text buah hati aku. Yelah. Dia kan girlfriend aku. Mestilah aku setiap hari kena text dia. Maklumlah, aku dengan dia saling suka sama suka. Asal? Kau jeleske?"

Riak muka Arabella berubah. "Eh! Bila masa saya jeles. Tak de nya. Tak de masa saya nak jeles. Emm saya nak mandi jap. Rasa panas pulak." Dia bergegas mengambil tuala mandi lalu menutup pintu tandas.

Saya sayang awakWhere stories live. Discover now