H

28 7 0
                                    

"Mikael. Ayah nak kamu bawak Arabella pi bulan madu." Mikael yang sedang menonton Tv tersentak. Apa keno ayah aku?

"Hah? Bulan madu? Honeymoon? Eh tak yah lah ayah. Membazir duit je. Lagipun, banyak lagi keperluan lain kita nak beli. Pasal bulan madu ni... tak payah lah. Nanti nak kena book hotel, makanan, minyak kereta lagi! Duit tu ayah! Hotel dah beratus. Campur makanan, minyak kete... woah nak dekat seribu tau ayah! Orang cadangkan, kita simpan duit untuk keperluan kecemasan dulu. Ye?"

Mak Timah yang berada disitu mengangguk setuju. "Betul cakap Mika tu abang. Tak payah lah bazir-bazir duit setakat nak bulan madu tu. Kita dulu pun tak de pi bulan madu apa semua ni. Bahagia je." Sokongnya. Tak! Aku takkan benarkan perempuan tu berdua-duan dengan anak aku. Entah apa nanti dia buat kang.

"Kamu ni Timah. Tok sah sebok bole dok? Saya cakap dengan Mikael bukannya kamu." Mak Timah menjeling suaminya. Tch! Aku cakap benda yang betul apa?

"Pasal tu, kamu jangan risau. Ayah dah uruskan semua! Kamu cuma lenggang-kangkong je pi sano." Terbeliak mata dua beranak itu.

"Hah?!"

"Eh abang ni biar betol? Mana abang dapat semua duit tu? Selama ni saya mintak duit nak beli emas punya la payah. Nak beli kuih 4 ringgit pun abang berkira. Dengan si Arabella tu boleh pulak! Tak adil lah abang ni!" Bantah Mak Timah.

"Apa masalah kamu ni sebenarnya Timah? Suka hati saya lah nak bagi diorang. Anak menantu awak jugak. Pasal emas tu, memang lah saya dok bagi duit! Awak tu kerja makan duit suami je! Kata saya dok bagi awak duit beli emas... dalam almari tu dah berlambak dipenuhi emas awak! Macam-macam design ada! Apa lagi yang dok cukup?" Balas Pak Man.

Turun naik turun naik nafasnya. Geram beno dengan sikap isterinya yang tiba-tiba berubah. Bukan haritu, dia ke yang pujuk aku suh diorang berbulan madu? Apa hal berubah tiba-tiba?

"Tapi saya tak nak! Saya tak suka perempuan tu dengan anak kita berdua-duaan! Entah apa yang budak tu akan buat dengan anak kita. Silap-silap, anak kita disihirnya!"

Pap!

Kepala Mak Timah terteleng ke tepi. Dipegangnya pipi kanannya yang terasa pijar. Tidak pernah sekali pun dalam sejarah hidupnya ditampar oleh suaminya sendiri. Mikael yang turut berada disitu turut terkaku.

"Mulut awak tu baik sikit eh! Menantu kita takkan buat benda-benda terkutuk tu! Awak jangan nak tuduh dia tanpa sebarang bukti! Itu dah dikira sebagai fitnah Fatimah Sakinah!" Jari telunjuk dituding kepada Mak Timah.

Tidak menyangka isterinya memikir Arabella itu perempuan yang penuh dengan muslihat. Disangkanya Mak Timah menyayangi Arabella seperti anaknya sendiri. Tapi sangkaannya meleset sama sekali. Fatimah Sakinah yang dia kenal sudah berubah!

"Sampai hati abang kan? Disebabkan perempuan tu, abang sanggup naik tangan dekat saya? Ok. Tak pe. Saya bukanlah yang awak sayang kan?" Mak Timah beredar ke biliknya.

Sakit hatinya pada Arabella semakin membara. Pipi yang kemerahan akibat ditampar Pak Man dibiarkan. Walaupun sakit tapi tidak setanding dengan sakit hatinya.

Pak Man merebahkan punggungnya di kerusi. Dahinya dipicit-picit. Pening memikirkan perihal isterinya.

Sesekali Mikael memandang ayahnya. Takut untuk membuka mulut. Semua orang tahu. Kalau mood Pak Man dah macam singa kelaparan, tak ada siapa yang berani buka mulut. Tak pasal-pasal mati awal kang!

Mikael melepaskan keluhan di dalam hati. Nak tak nak, dia kena setuju juga gamaknya. "Orang setuju."

"Tak de siapa minta jawapan kamu. Bila ayah kat itu, tu lah dia!" Jawabnya dengan nada yang tinggi.

"Err.. bila-"

"Esok. Ayah nak kamu berdua pi esok." Kepalanya diangguk-anggukkan. Dia meminta diri untuk memasuki bilik. Pintu bilik dikuak dari luar.

Mata Arabella dan Mikael bertentang. Pantas Arabella mengalihkan pandangannya. Risau kalau ditenung lama-lama kang, ada juga yang kena 'ngap' kat situ. Aih! Gatai tul kau ni Ara! Pipi ditampar silih berganti diikuti dengan gelengan.

Kerutan di dahi Mikael jelas kelihatan. Apa kena minah ni? Kena sampuk ke apa? Tanpa mempedulikan Arabella yang termenung memandang lantai itu, dia memulakan perbualan.

"Kemas baju kau malam ni jugak. Ki-" Araeblla memotong kata-kata Mikael. Pantas dia berdiri lalu berlari kecil ke arah Mikail. Tubuh Mikael dipeluk erat. Mikael tersentak. Serta merta tubuh badannya menjadi kaku.

"Hah?! Kenapa?! Awak nak halau saya ke?! Janganlah! Saya tak de tempat lain lagi nak berteduh! Tolonglah! Saya minta maaf kalau saya ada buat salah! Tapi saya mintak sangat! Tolong jangan halau saya! Saya sayang awak, Mikael!!! Saya tak sanggup berjauhan dengan awak!!!" Rengeknya. Malunya tidak muncul dikala ini.

Dup dap! Dup dap! Dup dap!

Jantung yang telah sedia berdetak semakin laju dek terdengar pengakuan Arabella. Satu badannya menggeletar hebat. 'Saya sayang awak?' Tak mungkin perempuan ni... lamunan dihentikan.

"H-hoi perempuan! D-dengar lah du-dulu! Ak-aku tak cakap p-pun yang aku hal-au k-kau." Ah sudah! Bila masa aku ada penyakit gagap ni?! Ya Allah! Tolong hamba Mu yang dalam kesusahan ini!!!

Arabella terdiam. Wajah Mikael dipandang bersama sisa air mata. Hingus dia fuh- meleleh habis! Dah lah hijau! Harap tak kena baju aku Aamiin...

"J-jadi...?"

"First... lepaskan aku."

Arabella memandang tangannya yang masih erat memeluk tubuh Mikael. Matanya terbuntang. Cepat-cepat dia meregangkan pelukannya. Oh shet! Apa aku buat ni?! Dia menjauhkan sikit tubuhnya daripada Mikael. Malu...

Masing-masing memandang tempat lain. "Er- ayah s-suruh kita pi h-ho-hon" Oh please!Malu nak sebut perkataan tu!!!

"Honeymoon. Ayah suruh kita pergi honeymoon esok. Cepat kemas. Aku nak keluar jap." Matanya dilarikan daripada memandang Arabella.

"O-ok"

Sejurus saja pintu ditutup, Arabella terduduk lemah. Dadanya dipegang. Teringat apa yang dibuat tadi. Oh malunya!!! Muka ditekup dengan tangan.

Sementara di sebalik pintu...

Dia menyandar pada pintu tersebut. Wajah diraup lembut. 'Saya sayang awak, Mikael!!!'. Pengakuan itu membuat bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Ditampar kedua belah pipinya.

"Apa benda aku ni? Takkan aku dah jatuh cinta dengan dia kot?" Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya. Persoalan tu dibiarkan sepi.

To be continued...

Arigato kpd yang baca!
Moga dimurahkan rezeki u gais
Hontoni araigato gozaimasu minna!!!🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️

Saya sayang awakWhere stories live. Discover now