R

20 4 0
                                    

Duit yang berada di dalam genggamannya dilempar kasar di atas meja. Kerana perasaan berangnya, dia menghentak kuat meja tersebut. Muka diraup kasar.

"Hahaha! Kau ni kenapa Bakri? Sejak dua menjak ni, kau asyik kalah je. Hahaha! Nampaknya tuah kau dah habis!" Diambil duit yang dilempar Bakri tadi dengan senyuman lebar.

"Diam ah!" Berangnya. Nafasnya tidak teratur.

Seketika, dahi Faidhi berkerut. "Ni mana cukup Bakri! Kau hutang dengan aku lagi RM65000!"

"Alah! Nanti aku bayar ah! Gelojoh ah kau ni!"

Faidhi pulak menjadi berang. "Nanti, nanti. Nanti tu bila?! Dari bulan lepas lagi kau tak bayar!"

"Nanti aku bayar ah! Bagilah aku masa sikit lagi! 1 bulan mana cukup nak bayar semua tu! Aku nak cari duit kat mana?! Kau ingat aku ni bank ke sial?!" Dia mulai bangkit dari kerusi.

"Anak kau kan dah kaya sekarang! Asal tak mintak kat dia je?! Lebih dari tu pun dia mampu lah!" Giliran dia pula bangun dari duduknya.

"Kau ingat senang ke nak dapat duit dari budak tu?! Dia pun dah pandai lawan cakap aku sekarang kau tau tak?! Satu sen pun aku tak dapat!" Meja plastik yang dipenuhi barangan-barangan judi, diterbalikkan.

Kawan-kawan mereka yang lain mula menjauhi mereka. Mereka tahu. Mesti akan ada perang besar antara mereka berdua.

"Ah! Aku tak kira! Dalam masa 3 minggu kau tak bayar jugak, kau tahulah nasib kau!" Katanya seraya berlalu dari situ dengan amarahnya.

Bakri menjadi gelisah. Kalau dia tak mengikuti kehendak Faidhi, pasti lelaki itu akan menamatkan riwayatnya. Tak! Aku tak bersedia nak mati lagi! Banyak lagi dosa aku!

Kerusi yang berdekatan dengannya ditendang melepaskan marah yang membuak-buak. Kedua belah tangannya memegang kepala. Apa aku nak buat ni?!

Nak tak nak, aku kena jugak mintak duit kat budak tu!

ㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁㅁ

Haura menjeling sedikit kelibat kakak iparnya yang sedang mengelap minyak di lantai dapur. Senyuman sumbing diukirkan. Padan muka kau!

Usai Arabella mengelap, dia menuju ke singki lalu membilas kain lap itu.

"Tunggu!"

Arabella menoleh. Haura memandangnya penuh sinis. Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku ni?

"K-kenapa Haura?" Soalnya polos.

"Aku nampak ada lagi kesan minyak tu. Lap balik!" Arahnya seperti mem besar. Arabella hanya akur dengan arahan Haura. Kalau dia tak ikut, mahu dia kena buli lebih lagi.

Dia memerhati lantai itu. Keningnya terangkat. "Mana ada kesan minyak. Saya dah lap semua-" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, minyak masak yang dipegang Haura sudah mendarat satu badannya.

Habis lencun baju dan tudungnya. Automatik dia terbangun akibat terkejut. Haura sudah mengekek ketawakannya.

Arabella mengalihkan pandangannya terhadap Haura. Tidak menyangka adik iparnya akan membuat sedemikian rupa. Sungguh dia terkesima.

"H-Haura... ke-napa...?"

"Kenapa apa? Kan aku dah cakap. Ada lagi kesan minyak kat lantai tu. Kau tak percaya. Ni aku buktikan." Sinis kata-katanya memasuki gegendang telinga Arabella. Tubir matanya sudah mula berair.

"Ha. Tengok apa? Lap ah!"

Arabella menggenggam tangannya. Tapi akhirnya, dia akur jua. Sabar Ara. Sabar...

Dia kembali mengelap lantai itu. Boleh saja guna mop tapi ditegah Haura. Nak buat macam mana? Orang dah tak suka...

"Haura, Ara? Kamu dua buat apa kat dapur ni?" Kedua-dua menoleh ke arah Mak Timah.

"Ara! Kamu buat apa tu?!"

Arabella terpinga-pinga. Dia memandang kain lap kemudian beralih ke wajah Mak Timah. "A-Ara...l-lap.. mi-nyak..."

Mak Timah meluru mendapatkan Arabella. Dilihatnya dari atas ke bawah. Pipi Arabella diusap-usap.

"Kenapa ni? Kenapa satu badan Ara berminyak ni? Dah, dah, dah! Biar mak je yang lap! Kamu pergi mandi! Bersihkan semua minyak-minyak tu!" Kata Mak Timah dengan nada yang cemas.

"T-tapi Mak Timah-"

"Tak de tapi-tapi! Pergi cepat! Nanti baju tu bagi kat mak! Biar mak yang basuh! Lagi satu! Panggil mak, 'mak' je! Dah cepat!

Arabella teragak-agak untuk mengangguk. Kakinya mula memainkan peranan. Sejurus saja kelibatnya hilang dari pandangan, Mak Timah mengalihkan pandangannya terhadap anaknya yang bongsu itu.

"Apa yang kau dah buat Haura? Aku tak pernah ajar kau buat macam ni kat orang!"

Haura membuat muka innocent. "Haura buat apa mak? Dia yang jatuhkan minyak tu sendiri. Haura tak buat apa-apa pun." Nafinya dengan muka yang tak bersalah.

"Kamu jangan nak kelentong mak ye! Mak tahu ni semua kerja kamu Haura Masyitah!" Nadanya kian meninggi. Mata mencerlung tajam menikam anak mata Haura.

Haura mengalihkan matanya. Tidak mahu bertentang dengan mata helang Mak Timah.

"Ish! Yelah, yelah! Memang Haura yang buat! Puas hati mak?!" Laju dia meninggalkan Mak Timah keseorangan.

Mak Timah terduduk di atas kerusi. Kenapa Haura jadi macam tu? Adakah ini salah aku kerana tidak mendidiknya dengan betul?

Haura membuka pintu biliknya lalu dihempas kasar. Badan dihenyakkan di atas katil empuk miliknya. Siling rumah dipandang.

Kenapa tiba-tiba mak berubah? Selalunya dia orang pertama yang tak suka betina tu! Entah-entah betina tu dah pergunakan mak tak?

Karut!

To be continued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saya sayang awakWhere stories live. Discover now