BAB 1

49 16 19
                                    

Menjejakkan kaki ke Malaysia semula bukannya mudah bagiku. Kenangan pahit menerjah dan mencucuk kotak fikiranku. Bertahun-tahun kesakitan itu aku pendam sendiri namun aku harus menguatkan diri untuk melawan semua ' makhluk ' itu.

Pintu rumah ku buka lalu aku melangkah masuk. Kunci ku gantungkan lalu badan kubuang ke tilam untuk menghilangkan kepenatan. Sudah hampir 2 minggu aku pulang ke Malaysia namun aku tidak memberi tahu sesiapa pun kecuali Fatin.

Fatin merupakan sahabat aku sejak sekolah menengah lagi. Jatuh bangun aku, susah payah aku ada dia disitu. Seseorang yang sentiasa menyokong aku dan memberi aku semangat untuk terus hidup di dunia yang dipenuhi orang-orang yang kejam.

Bukannya penting pun berita kepulangan aku ni. Aku menginap dirumah Fatin sebab aku taknak keluarga aku tahu aku dah balik.

Sedang aku melayani kepenatan, deringan dari telefon milikku menyapa lembut halwa telinga.

" haishh siapa pulak ni " keluhku. Sehari tak kacau hidup aku memang tak sah lah manusia dalam dunia ni.

Aku mencapai telefon ku yang terletak diatas rak katil. Tanpa melihat nama pemanggil, aku menyambut panggilan itu .

" yahh kenapa?? " soalku kepenatan. Dalam 2 minggu ini aku macam penjenayah yang tengah dicari oleh pihak polis. Nak keluar cari makan pun harus sembunyi-sembunyi. Kalau keluarga aku nampak aku, memang sah² aku disuruh balik ke rumah neraka tu.

" Aurel! " Jeritan itu menelusuri gegendang telingaku. Untung saja sempat aku jauh kan daripada telinga kalau tak memang confirm besok lusa telinga aku yang sedia ada pekak ni tambah pekak

Terkejut dengan jeritan itu aku lantas melihat nama pemanggil. Alangkah terkejutnya diriku yang cantik dan comel ini melihat nama yang tertera di layar kaca telefonnya. Bingkas aku bangkit dari perbaringan ku.

" Aurel ! Kenapa tak bagi tahu ayah yang kamu dah balik ke Malaysia? " marah Zazrizal.

" Untuk apa? bukannya kau penting pun " sinis suaraku menyapa manusia yang ada dihujung talian itu. Nak tahu siapa? Itu ada lah bestfriend syaitan.

" kau jangan kurang ajar dengan ayah! Jangan biadap " Zazrizal mula naik angin.

" setahu aku, semua tu aku belajar dari kau tau. Salah ke? hurm? kau salah didik aku lah selama ni kan? " Sindirku. Zazrizal sedaya upaya menahan rasa amarahnya.

Biar dia rasa bagaimana aku menahan amarah ku terhadap mereka selama bertahun-tahun.

" Sudah. Kau tak payah nak banyak cakap sangat. Esok datang rumah, Ayah ada benda nak bincang " Jemput Zazrizal.

" Kau tak payahlah nak gelar diri tu ayah, kau bukan ayah aku pun. Gelilah eii " larangku.

Aku membuat muka meluat. Sejak bila aku ni jadi anak dia aku pun tak tahulah. Syaitan bertopengkan manusia seperti dia tak layak nak gelar diri dia tu ayah aku.

" Kau jangan melampau Aurel, kau jangan naikkan angin aku. Datang sahaja esok ada benda penting nak bincang dengan kau " Tengking Zazrizal.
Aku ketawa dihujung talian.

Kisah pulak aku kalau dia marah, dia ingat dia siapa? Thor? Loki?

" Nak bincang ke atau kau nak bunuh aku? " bidas ku.

" Ehhh anak sial kau datang jelah, banyak bunyi pula kau. Jangan sampai aku cari kau " Ugut Zazrizal.

Astagfirullah pakcik tua ni, dunia nak kiamat tapi tak reti nak taubat. Kubur dah panggil dah tu tapi telinga dia pekak kalau bab bab macam ni. Sebab tu kubur panggil dia tak dengar tu.

" lembutnya bahasa. Wow amazing Zazrizal tua. Kubur panggil kemarin tak dengar ke? " Gelak ku yang semakin besar membuatkan pembulur darahnya seperti ingin pecah.

ZAYYAN LAVROTH (on going- slow update)Where stories live. Discover now